Isnin, 30 April 2012

Gempar!! Penampakan Hantu Tanpa Kepala?

Assalamualaikum


Hari ni Nh nak kongsi satu gambar yg baru-baru ini dikatakan tersebar di facebook yang pengirimnya memuatkan gambar ini melalui sistem Blackberry Messenger (BBM).


Menurut sumber yg Nh baca, gambar ini diambil di Makassar Sulawesi Selatan dan pengirimnya tidak pula diketahui siapakah gerangannya.. sila lihat dulu gambar dibawah ini bagi membangkitkan rasa seram terutamanya yg takut dengan cerita-cerita seram..huhu




Jika korang perhatikan gambar diatas ini terdapat seorang lelaki berbaju belang di sebelah kiri lelaki yg sedang bergambar dgn 3 org awek yg comel loteh ituh..hukhuk..


Apa macam nampak tak? Tapi pada pandangan Nh lah, mungkin ketika sesi bergambar oleh 4org kawan ni, maka lelaki yg berbaju belang tu malu lah, bila dah malu tu, dia tunduk lah. Tu yg nampak badan dia ajer lah.. Tu pada pendapat Nh lah kan. Tak tahu lah pendapat korang camana pulak lah.. Adeh berapa banyak lahhh dah..hukhuk.


NH: So Nh nak mintak pendapat koranglah mengenai gambar di atas neh.. Apa jua komen korang, komen lah kat ruang komen yg tertulis perkataan KOMEN di bawah ini yer.. Adoiyaai.. Pening sudah..


Sumber gambar 

SERAM : Jelmaan Hantu Tanpa Kepala Di Tepi Jalan



gambar hiasan


Ada dalam kalangan kita menolak kewujudan alam misteri dan mistik. Tidak kurang yang menyatakan ia hanya tahyul dan tidak seharusnya dipercayai. Bagi penduduk Terap Daerah Kulim Kedah, penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala beberapa tahun lalu, meninggalkan kesan kepada mereka apabila jelmaan hantu lembaga tanpa kepala sering ditemui berdiri di tepi jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.



Ada juga penduduk kampung yang pernah melihat lembaga itu pada waktu pagi, terutama yang bekerja di ladang getah. Seorang Penoreh Getah, En. Abu Hassan Ismail yang tinggal di Terap sejak 54 tahun lalu berkata, hanya mereka yang pernah bertemu dengan lembaga hantu itu sahaja akan mempercayai kewujudannya. Menurutnya, sehingga kini, ramai penduduk sudah melihat sendiri dan ada antara mereka yang sampai demam kerana terkejut.
“Sekitar tahun 2007 dan 2008, penduduk kawasan ini digemparkan dengan penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala di dalam kawasan ladang getah. Mereka dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayat mereka dibuang disini.”
“Selepas kejadian itu berlaku, ada penduduk kampung, terutama penoreh getah yang keluar bekerja seawal jam 4 pagi, ternampak lembaga tanpa kepala berdiri di tepi pagar kawasan ladang atau di tepi jalan. Sejak itu laluan dari Terap ke Sungai Tengas dikatakan berpuaka” kata En.Abu Hassan.
Sementara itu, seorang penggemar burung yang sering masuk ke kawasan hutan berdekatan berkata, dia turut menemui lembaga itu kira-kira jam 12 tengah hari. Ketika sedang leka mengunggu, dengan tiba-tiba burung yang dijadikan umpan bertukar menjadi liar.
Sedang dalam kehairanan itu, dia merasa seram sejuk dan seakan ada orang sedang memerhati. Apabila dia menoleh ke belakang, lembaga hantu tidak berkepala itu telah ada di belakangnya.
Selain itu, kawasan misteri berkenaan juga sering berlaku kemalangan. Penunggang motosikal, pemandu kereta, bahkan pemandu lori treler juga dilaporkan sering terbabas kerana cuba mengelak daripada lembaga tidak berkepala yang sedang melintas jalan.
Anggota-anggota polis dari Pondok Polis Terap yang sering membuat rondaan juga menyatakan yang kawasan berkenaan amat menyeramkan terutama apabila tiba di puncak bukit.
Sumber dari kedah2u dan wootmedia

Merungkai Misteri Di Sebalik Pasaraya Tesco

Kisah misteri kali ini berkenaan sebuah pasaraya tesco Mergong yg dikatakan panas dan berhantu, jom kita baca kisah seram disebalik Pasaraya ini..




Menurut penulis blog melayukini.net, jika pelanggan yg membawa anak kecil masuk ke dalam pasaraya ni mesti secara tiba-tiba budak tu menangis..




Sumber yg di perolehi dari pihak kedah2u pula terdapat dua buah kubur di sebelah pasaraya tesco yg cuma di pisahkan melalui zing yg dikepung di sekeliling pasaraya itu.. maklumat yg diterima oleh beberapa pekerja tesco dan salah seorang pekerja restoran makanan segera di situ, mereka sering kali terlihat penampakan lembaga hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok di kawasan kubur tersebut ketika mereka pulang dari kerja lewat malam.. 




Seorang pengawal disitu juga memaklumkan bahawa dia sering kali terhidu bau wangi dan akan berasa seram sejuk ketika bertugas dikawasan itu.. dua buah kubur itu pula tidak diketahui siapa pemiliknya dan tiada tindakan susulan dari pihak atasan dalam menangani misteri kubur yg terus menjadi misteri sehingga kini.. Wallahualam..




P/s: Ada sapa-sapa rakan blogger yg pernah ke sini? mana tahu ada pengalaman seram ke? boleh ler kongsi kat ruang komen.. 


Sumber dari melayukini.net dan kedah2u.com

Sabtu, 28 April 2012

KFC Diarah Bayar Rm 25 Juta Kepada Gadis Lumpuh





SYDNEY, Australia – Rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) diperintah oleh sebuah mahkamah Australia supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.3 juta (RM25.26 juta) kepada keluarga seorang gadis yang lumpuh kerana kerosakan otak selepas dia memakan hidangan KFC yang tercemar.
Ketika kejadian itu berlaku pada tahun 2005, gadis tersebut, Monika Samaan berusia tujuh tahun.
Samaan, ibu bapa dan saudara lelakinya terpaksa dirawat di sebuah hospital kerana keracunan bakteria salmonella selepas mereka memakan hidangan Twister ayam di sebuah restoran KFC dekat sini.
KFC yang dimiliki oleh Yum! Brands dalam satu kenyataan menyifatkan kes itu sebagai tragis tetapi ia kecewa dan terkejut dengan keputusan itu.
Kenyataan yang sama menyatakan KFC akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.
Pada minggu lalu, seorang hakim Mahkamah Agung New South Wales memihak kepada keluarga Samaan dengan menyatakan, KFC telah melanggar tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan kepadanya.
Hakim itu kemudian mengumumkan RM25.26 juta sebagai bayaran ganti rugi dan kos perbicaraan tersebut.
Media Australia memetik peguam gadis tersebut, George Vlahakis sebagai berkata, kos rawatan Samaan yang tinggi menyebabkan keluarganya ditimpa masalah kewangan.
“Pampasan itu amat di perlukan oleh mereka,” kata Vlahakis. – Reuters
P/s : kalau nak makan kat luar tu hati-hatilah.. malang tak berbau..

hujan sudah turun

hujan sudah turun..


Dari pagi tadi panas tahap membara punya.. sampai pelanggan semua asyik merungut bahang3x. ha samalah dgn aku..huhu...

Dah hujan ni boleh lah pakat mandi hujan beramai-ramai..heheh boleh pulurk gitu ek.


Cantik awan ni, lepas hujan berhenti tadi ternampak awan ni terus aku snap.. sempat lagi tuh..

..SUBAHANALLAH..

ps: kalau berani main lah ujan, mau demam lorhh.. ermm sejuk pulak rasa cam kat genting highland pulurk.. huhu..
posted from Bloggeroid

Nayati Shamelin Moodliar Hilang

terkejut aku dapat mesej dari celcom jap je tadi ni.. cakap orang puteh pulak tu.aku bukan paham sangat pun, huhu.

aku cari kat google baru jumpa, rupanya budak hilang..

nama nya Nayati Shamelin Moodliar,berumur 12tahun telah di culik ketika hendak pergi ke sekolahnya.. ok korang baca mesej yg aku terima dari pihak celcom ni heh..


A young boy Nayati Shamelin Moodliar was kidnapped in a black Gen2@Jln Kiara,near MontKiara Intl School.If u hv info,pls call police999/0321159999.TQ Malaysia!


pada sapa yg ada maklumat tu hubungilah pihak polis yer..


ps: tahniah celcom sebab bg info penting pada pelanggan2nyer..
posted from Bloggeroid

Aku Yang Tersedar Dari Lamunan

ASSALAMUALAIKUM...

Ermm.. Rupanya nak jadi blogger ni bukan senang yer kawan sumer.. Lagi-lagi nak jadi blogger glamor.. Hu entah sampai bila (ada hati nak glamor) haha..

Usahkan nak glamor, nak dapat traffik pun payah.. Huhu. Jadi selama ni aku kejar traffik lah ek??

Urmm.. Ada lah sikit-sikit.. Haha mengaku sudah.. Bukan apa suka tengok orang baca entry yg kita tulis.. Tu jer.. Tak lebih pun..

Tapi masalahnya nak kena selalu lah pulak buat entry best-best dan tajuk yg mengancam gitu lorh... Baru ler orang nak baca ek?

Haha.. Hari ni baru ler aku sedar yg blog aku ni dah macam blog copy and paste plak.. Ermm.. Payah jugak macam tuh.. Sampai bila.. Huhu..

Apapun sejak mengenali korang semua aku rasa seronok bila entry aku di baca dan di komen oleh korang dengan komen yg power dan cukup bernas...

Dari situ aku rasa sangat bertuah kerana korang sume saport aku walau blog nih masih mentah dan masih mencari identiti tersendiri..

Aku malu dengan korang semua... Maafkan daku..

Aku harap korang berilah aku sedikit nasihat dalam dunia blogging nih..

Ps: nasihat dan kata-kata semangat sangat-sangat aku perlukan dari korang semua...

posted from Bloggeroid

Jumaat, 27 April 2012

Masalah Kemurungan




Gangguan kitaran dalaman badan Ritma Sirkadian punca murung, jejas kehidupan

Kes 1
AWALNYA, Wei Ling (bukan nama sebenar), 26, tidak menganggap kesukaran dan gangguan tidur dialaminya satu masalah kerana beranggapan keadaan itu normal bagi kebanyakan orang yang melakukan kerja tambahan.
Menceritakan rutin kehidupannya, dia pada mulanya bertugas di sebuah syarikat mengikut waktu pejabat jam 9 pagi hingga 5 petang, namun apabila mendapat tawaran melakukan kerja sampingan pada malam hari dalam industri hiburan yang cukup mencabar dan menarik, dia mengambil peluang itu.

Jadual kerjanya dari awal pagi sehingga lewat malam itu menyebabkan Wei Ling mula mengalami tabiat tidur tidak normal sehingga mula menjejaskan tumpuan dan aktiviti seharian. 

Bagaimanapun, dia tidak menghiraukan keadaan itu dan meneruskan rutin harian sehingga menyedari keadaan tubuh, perlakuan dan mindanya semakin terjejas.

Dia bukan saja tidak mampu fokus dalam setiap kerja dilakukan, tiada selera makan, kurang minat bersosial bersama rakan dan sentiasa rasa diri kurang bersedia, tetapi juga kegembiraannya mula bertukar menjadi kemurungan. 
Menyedari dirinya berdepan masalah kesihatan yang semakin kritikal, Wei Ling sedar dia perlu mendapatkan bantuan doktor.

Pada awalnya, dia berjumpa dengan doktor biasa yang memberinya ubat-ubatan untuk membantu mengatasi masalah dialami terutama memberinya tidur lebih lena, namun ia tidak menunjukkan kesan terbaik.

Kemudian, dia sekali lagi bertemu doktor biasa yang merujuk kesnya kepada seorang pakar psikiatrik dan dia dikesan mengalami simptom masalah kemurungan. 

Selepas menjalankan beberapa ujian, pakar psikiatrik berkenaan mengesahkan Wei Ling berdepan masalah kemurungan tahap awal dan beliau terus merawatnya melalui kaedah kaunseling dan perubatan.

Beliau turut menyarankan supaya berhenti bekerja tambahan di waktu malam kerana segelintir orang sepertinya tidak sesuai melakukannya banyak kerja kerana kitaran ritma sirkadian tubuh mereka sukar menerima corak perubahan itu.

Akur dengan nasihat doktor, selepas tiga hingga empat bulan, masalah kemurungan dialami Wei Ling akhirnya pulih dan dia mampu menjalani kehidupan normal dan gembira bersama keluarga, rakan dan orang sekeliling.

Kes 2

RAHMAN Abdul Rahim (bukan nama sebenar), 51, adalah seorang jurutera berjaya di sebuah syarikat ternama yang menjalani kehidupan cukup gembira dan bahagia bersama isteri serta dua orang anak perempuan.

Keperluan tugasnya yang cukup sibuk ditambah sikapnya yang sangat kuat menjadikan dia adalah orang pertama sampai ke pejabat dan terakhir pulang ke rumah. Keadaan itu baginya adalah suatu kebiasaan asalkan kerjanya dapat diselesaikan mengikut waktu ditetapkan serta mencapai sasaran tugas dikehendaki.

Sikap komited terhadap tugas dan kedudukannya sebagai jurutera kanan membuatkan dia dipilih mengetuai pasukan kakitangan untuk menyediakan kertas kerja berhubung satu projek mega.

Ekoran sikapnya yang meletakkan jangkaan tinggi dalam sesuatu tugasan untuk mendapatkan hasil terbaik, dia mendesak ahli pasukan supaya bekerja keras namun tetap tidak berpuas hati dengan kerja dilakukan mereka walaupun ia beberapa kali diperbaiki. 

Dia menganggap dirinya seorang ketua tidak berguna, tidak mampu menghasilkan kertas kerja terbaik, merasa teruk, resah dan cepat letih.

Keadaan itu menjadikan Rahman kurang keyakinan untuk ke pejabat dan berdepan bos serta rakan-rakan kerja yang sering menganggapnya tidak mampu mengetuai pasukan. 

Ia juga menyebabkan dia mengalami kebimbangan, masalah tidur, hilang selera makan, tidak mempunyai harapan, sering memohon cuti kerja dan mengambil cuti sakit.

Lebih teruk, ketika di rumah, dia lebih banyak menghabiskan masa terperap di dalam bilik, pura-pura tidur dan hanya keluar bilik apabila isteri serta anak-anaknya tiada di rumah.

Atas desakan berterusan daripada isterinya supaya bertemu pakar psikiatrik, dia akhirnya bersetuju dan bertekad untuk mengatasi masalah itu.

Hasil pengalaman dan ujian tahap kesihatan yang dijalankan pakar psikiatrik, beliau mengesahkan Rahman mengalami masalah kemurungan serius sebelum dia dirawat melalui penggunaan ubat-ubatan, bagi membaikpulih saraf berhubung gangguan Ritma Sirkadian.

Dalam tempoh sembilan bulan, Rahman diberi terapi yang mampu membantunya mengatasi masalah itu dan memberinya kehidupan gembira, bahagia dan normal seperti sebelum ini.


DUA kes di atas adalah senario yang membelenggu kehidupan dan diri penghidap kemurungan. Takrif kemurungan itu adalah satu bentuk gangguan perasaan atau emosi yang dialami seseorang sama ada di dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang sehingga bertahun-tahun lamanya. 

Namun, hakikatnya, penghidap di atas dan juga mungkin ada lebih ramai lagi yang tidak menyedarinya, masalah mereka bukan berkisar kepada aspek emosi semata-mata sebaliknya lebih daripada itu. Ini kerana mereka turut mengalami satu atau lebih simptom gangguan ‘circadian rhythm’ atau ritma sirkadian seperti rasa sedih dan kosong, hilang minat terhadap aktiviti kegemaran, cepat letih, kurang bertenaga, mudah berputus asa serta menganggap diri tidak berguna.

Mereka juga mungkin mengalami gangguan tidur, hilang selera makan, penurunan berat badan, mudah marah, berasa tidak tenteram, menganggap mati lebih baik daripada hidup, kurang fokus, sukar membuat keputusan dan simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit badan serta masalah penghadaman.

Kajian kesihatan beberapa tahun lalu, mendapati masalah kemurungan dialami kira-kira 121 juta manusia di seluruh dunia dan dijangka meningkat berikutan persaingan ekonomi.

Lebih membimbangkan, kajian kesihatan mental direkodkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan, masalah keempat paling ramai dihidapi penduduk dunia itu turut dialami kanak-kanak. 

Andai masalah kemurungan ini tidak dirawat segera dan sewajarnya, ia boleh mengakibatkan perubahan negatif kepada penghidapnya dari segi kelakuan serta pemikiran sehingga menyumbang kepada kematian akibat bunuh diri.

Bagaimanapun di Malaysia, kegagalan seseorang mengenali simptom kemurungan akibat kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai masalah itu, menyebabkan ramai tidak dirawat sedari awal.

Pakar psikiatris dan Bekas Presiden Persekutuan ASEAN berkaitan Psikiatrik dan Kesihatan Mental (AFPMH), Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, berkata sebanyak 82 peratus daripada penghidap masalah kemurungan yang tampil menjalani rawatan daripada doktor biasa, pada awalnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala masalah kemurungan. 

“Sebanyak 18 peratus penghidap hanya diberi ubat bagi menangani simptom yang dialami kerana doktor biasa tidak mempunyai kepakaran mengenalpasti atau merawat secara tepat masalah psikiatrik dan kesihatan mental. 

“Sebenarnya punca utama masalah kemurungan adalah gangguan dikenali Ritma Sirkadian iaitu kecelaruan kitaran dalaman tubuh seseorang yang berfungsi mengawal proses biologikal seperti aktiviti gelombang otak, penghasilan hormon dan penjanaan semula sel.

“Gangguan Ritma Sirkadian yang dialami ini mampu mengubah kitaran aktiviti individu sama ada ketika berjaga atau tidur, pembebasan hormon, suhu badan dan fungsi penting tubuh.

“Akibat perubahan ini yang biasanya disebabkan banyak faktor seperti tekanan persekitaran, keturunan, personaliti pesimis iaitu tahap keyakinan rendah dan penyakit, seseorang mula berubah menjadi murung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Bengkel Media Malaysia Servier bertemakan ‘Penetapan Semula Ritma Sirkadian Memberikan Dimensi Baru Kepada Masalah Kemurungan’ anjuran syarikat farmaseutikal Servier Malaysia Sdn Bhd, sempena Bulan Kesihatan Mental.

Selain Mohamad Hussain, bengkel itu disertai dua ahli panel iaitu Perunding Psikiatrik, Jabatan Psikiatrik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Azhar Md Zain dan Perunding Psikiatrik Swasta, Dr Ting Joe Hang.

Mengulas lanjut, Mohamad Hussain berkata, penting bagi individu memahami secara mendalam kaitan gangguan Ritma Sirkadian dan masalah kemurungan supaya ia mampu dikesan dan dirawat segera.

“Andai anda mengalami simptom kemurungan, segeralah berjumpa dengan pakar psikiatrik bagi memastikan anda mampu dirawat secara berkesan dan kembali menjalani kehidupan normal.

“Jangan dapatkan rawatan dari pakar perubatan biasa kerana hanya pakar psikiatrik mampu memahami dan menyelesaikan masalah anda mengikut jenis rawatan paling sesuai.

“Antara rawatan diberikan selain perbincangan pakar dan penghidap adalah ubat-ubatan anti kemurungan yang menumpukan gangguan pemancar saraf (neurotransmitter) dan penggunaan agomelatine yang memfokuskan saraf penerima melatonergic di dalam otak,” katanya.

Namun, katanya, pada masa sama, orang ramai perlu membuang stigma bahawa individu yang bertemu pakar psikiatrik adalah gila kerana kemurungan bukan penyakit mental.

“Stigma itu hanya membantutkan niat seseorang bertemu pakar psikiatrik dan menyebabkan rawatan sukar diberi selain menambah trauma pengidap,” katanya.

Kemurungan, jelasnya, bukan masalah ringan dan memerlukan perhatian serta rawatan sewajarnya bagi memastikan penghidap tidak mengalami masalah kesihatan mental yang lebih serius.

INFO: Simptom kemurungan

  • Perasaan sedih dan kosong

  • Hilang minat terhadap aktiviti kegemaran

  • Cepat letih

  • Menganggap diri tidak berguna

  • Kurang bertenaga

  • Mudah berputus asa

  • Hilang selera makan

  • Mengalami gangguan tidur

  • Penurunan berat badan

  • Kerap marah

  • Perasaan tidak tenteram

  • Menganggap mati lebih baik daripada hidup

  • Kurang fokus

  • Sukar membuat keputusan

    Kaitan gangguan Ritma Sirkadian dan masalah kemurungan

  • Perubahan Mood Harian
    Kemurungan di waktu pagi dan keadaan mood yang tidak normal

  • Corak Aktiviti Siang Hari
    Kurang bertenaga, tumpuan rendah, waktu makan tidak teratur

  • Pengurusan Malam Hari
    Sukar tidur, gangguan ketika tidur kerana kerap terjaga serta bangun awal

  • Konsentrasi Terjejas
    Keletihan pada siang hari dan mengantuk.


  • Khamis, 26 April 2012

    Legoland Malaysia Akan Dibuka



    Ingat pada entry Nh sebelum ni tentang Taman Tema Legoland, ha ni nak habaq mai.. Tadi Nh terbaca berita harian online, ada kabar gembira, LEGOLAND akan dibuka pada September depan, wah tak sabar rasanya nh nak kesana, ceh macam banyak duit jer kan... mestilah banyak duit, kan ke lepas raya.. hehe... ok kalau tak percaya cer baca dibawah ini...




    NUSAJAYA: Legoland pertama Asia akan dibuka bagi perniagaan pada 15 September depan.


    Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst, berkata taman tema berharga RM700 juta di kawasan seluas 76 ekar di Iskandar Malaysia, Johor itu kini sudah 75 peratus siap.


    Beliau berkata, bulan lepas, kontraktornya memulakan kerja-kerja memberi tema kepada taman itu, dan bulan depan mereka akan mula memasang 50 juta kepingan lego dan model.


    "Saya gembira mengumumkan bahawa hasil daripada usaha keras semua kontraktor kami, kami akan membuka taman itu beberapa bulan lebih awal daripada dijadualkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


    Legoland Malaysia di sini adalah taman tema Legoland keenam di dunia dan yang pertama di Asia.


    Taman itu yang ditampilkan dengan tujuh tema khas iaitu 'Lego kingdom', 'imagination', 'land of adventure', 'lego technic', 'the beginning', 'lego city' dan 'miniland', direka khas bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak berusia dari dua hingga 12 tahun.


    Boerst berkata lebih 35,000 pas tahunan telah dijual dan 60 peratus daripada pembelinya adalah warga Malaysia. Pas tahunan berharga RM195 bagi orang dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak itu sah hingga akhir 2013.


    "Tiket harian taman ini akan mula dijual dalam talian dalam bulan ini dengan harga tawaran pengenalan khas sebanyak RM96 bagi orang dewasa dan RM70 bagi kanak-kanak.


    Legoland Malaysia menjangka dapat menarik sejuta pengunjung dalam tahun pertama ia beroperasi.


    Tiket-tiket boleh didapati dalam talian melalui laman sesawang AirAsia RedTix dan Legoland Malaysia.


    Boerst berkata Legoland Malaysia sedang berunding dengan pengusaha tempatan untuk menyediakan pakej bagi pelawat dari Lembah Klang.


    "Kami berharap dapat menyediakan lebih banyak pengangkutan bagi pengunjung kami di sini dan rancangan telah dibuat untuk mengadakan laluan baru dengan pihak berkuasa tempatan agar bas sampai di sini," katanya.


    Mengenai penginapan, beliau berkata Merlin Entertainments Group telah menandatangani perjanjian pengurusan dengan LL Themed Hotel Sdn Bhd untuk membangunkan dan membina Hotel Legoland. Hotel Legoland dijangka siap pada 2014.


    Sementara itu, Legoland Malaysia juga sedang berunding dengan pengusaha hotel di Johor untuk menyediakan bas perantara dari hotel ke taman.


    "Kami sedang berbincang dengan pemilik hotel dan kami harap mereka boleh bekerjasama dengan kami," katanya.


    Legoland Malaysia akan menampilkan lebih 40 tunggangan interaktif, pertunjukan dan pelbagai tarikan apabila ia dibuka kelak.


    Taman-taman tema Legoland lain di seluruh dunia ialah di Denmark, United Kingdom, Jerman, Florida dan California, di Amerika Syarikat.


    Ini adalah taman kedua selepas taman Legoland Billund, Denmark, untuk menempatkan Menara Cerap di mana pengunjung dijulang naik ke ketinggian 41 meter untuk menyaksikan pandangan keseluruhan taman tema itu sambil menara itu berputar untuk melengkapkan satu pusingan dalam tempoh 50 saat. - BERNAMA


    sumber berita harian online..


    NH: Pada Nh lah, boleh je berhibur asalkan kena tempatnya, dan jaga batasnya.. sesekali apa salahnya kan kan, betul tak?

    SERAM : Misteri Di sebalik Jambatan Permas

    ASSALAMUALAIKUM...


    Apa habaq semua rakan-rakan blogger Nh? hang sihat ka ? hehekk.. cakap utagha plak.. saja je tapi nh memang suka dengan lohgat utara.. korang suka? apapun loghat korang tetap kawan ceq na.. walaupun kita hanya kawan maya tapi ceq rasa kita dekat ja.. dekat camana tu ceq tak taw nak habaq.. hehehhh..


    Ok lah dah baca tajuk di atas? rupanya ada lagi misteri yg belum terungkai yg nh terlepas pandang, tapi misteri kali ni tak lah berapa glamor macam misteri banglo hilang dan mall berhantu tu, yg memang dah famous dalam Negeri Johor ni..jadi untuk tidak membuang masa korang baca enty di bawah ni, tapi nh ambil sumber ni dari blog yul lah.. sory yer yul.. nanti nh letak creadit nama yul..


    Arwah Mansor dan Arwah Shikeen Black.


     Saya akan "simple" kan cerita ini. Kedua-duanya adalah pasangan kekasih, tetapi di tentang hebat oleh kedua-dua belah keluarga bila menyuarakan ingin berkahwin. Tatkala itu Arwah Shikeen telah pun mengandungkan anak kepada Arwah Mansor (5 bulan). Bila dua buah keluarga tidak merestui, Arwah Mansor mengambil jalan mudah untuk membunuh diri bersama Arwah Syikeen di RAILWAY PLENTONG dengan mengikat dan berbaring di railway tersebut sehingga berkecai tubuhnya digilis keretapi. Selepas kejadian itu, ramai yang berkata jumpa arwah Mansor berkeliaran bersama Arwah Shikeen mengendong anak tapi yang dikedong adalah Batu Nesan...Wallahualam.. 


    Orang yang berniaga pun tidak berani berniaga sehingga lewat malam..dan sehingga sekarang..ada satu restoran railway di Highway Pasir Gudang(sekarang hanya tinggal restoran kosong) sebelum masuk ke Simpang Giant Plentong tidak pernah ownernye kekal berniaga..Wallahualam.


    Kemalangan maut pasti terjadi tiap-tiap tahun, org kata jambatan ni memang terkenal dgn sikapnya yang ketagih darah org.. Sebabnya? semasa jambatan ni mula2 di bina, byk kejadian bunuh diri berlaku di situ.. Di katakan tempat itu keras kerana pemandu2 kereta akan ternampak bayangan aneh melintasi jalan.. Siapa yg berani nak jalan sorg2 di situ ketika waktu malam? Sebelum Bayu Puteri & Flat Sri Stulang di dirikan di situ, ianya merupakan hutan paya bakau yg di penuhi monyet. Sebelum jambatan ni di dirikan, kalau korg dari bandar nak ke Permas Jaya, korg kena lalu jalan tebrau - carrefour pandan - highway pasir gudang - plentong & baru lah sampai ke Permas Jaya..

    Kes bunuh diri secara berpasangan.. Ini kerana ahli keluarga tak merestui perkahwinan mereka, si perempuan pula berbadan dua, kandungannya berusia 5 bulan.. Pasangan itu di katakan membunuh diri mereka dgn berbaring di railway Plentong.. Hancur berkecai di gilis kereta api kargo yg membawa muatan ke Pasir Gudang.. 

    Dipendekkan cerita, dulu ada pokok buluh bawah jambatan permas (dari plentong nk masok permas). Kat situ ade sorang brader berniaga burger sampai ke tengah malam. Then datang seorang perempuan. Pakaian serba putih mengendong anak. Datang ke stall burger tu, hanya order daging mentah..tokey burger tu pon pelik la dgn perempuan tu..then tengok pulak anak perempuan tu dalam kain yang dibuat selubung anak tu..batu nisan ! kelam kabut tokei burger tu lari..esok pagi baru datang kemas stall ape sume..tros dah tak berniaga kat situ lagi..pokok buluh tu pon dah kene tebang..orang-orang situ cakap perempuan tu mungkin roh sheikin tu la (gf arwah mansor)..roh nye tak tenang kot..itu crite org2 dekat2 situ la.. Tak tau betul atau tidak. Alhamdulillah, sekarang ni dah tak dengar pun gangguan yg berlaku di situ, kemungkinan roh arwah dah tenang..




    sumber dari yulsaja.com


    Macam tulah ceritanya, nh baru mula baca rasa seram teramat.. nh penah gak lalu kat jambatan  tu dalam 3 kali.. tapi sekarang dekat permas jaya tu dah berubah.. jalan pun tengok dah bertingkat-tingkat.. semakin maju dah johor, silap haribulan orang Johor sesat jalan di Negeri sendiri..huhu...


    Nh : sebenarnya banyak lagi cerita seram nantilah nh update ok.. terima kasih pada En Etuza kita minat betul cerita seram kat blog nh, hehe sama lah dengan nh ni.. korang macam mana minat tak?

    Rabu, 25 April 2012

    Statistik Blog Yang Menarik Perhatian

    kali ni Nh nak kongsi pula statistik menarik dari blog Nh sendiri, eh!! bukan saja nak menunjuk-nunjuk trafik blog ni ek!, erk nak menunjuk apanya bukan banyak sangat pun trafik masuk..huhu, Hanya sekadar tatapan korang je.. ok jom kita tengok sama...












    Apa yg korang nampak? hah!! Hantu? lerr, mentang-mentang lah blog nh ni banyak cerita seram, dah korang nampak hantu.. bukan hantu tapi seolah-olah lakaran wajah dari posisi tepi.. huhu.. ok tu je yg Nh nak kongsi.. harap korang terhibur...


    NH : yg last sekali tu NH pernah konsikan pada entry yg lepas...

    Selasa, 24 April 2012

    Pokok Betik Berwajah Manusia



    Terkejut Nh baca kosmo online yg bertajuk  pokok betik berwajah manusia, Siap marah lagi tu.. hehe memang pelik bin ajaib.. korang tengok lah sendiri.. tak tipu punya.. asli dari ladang betik kampung parit hassan..

    PONTIAN - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.
    Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.
    Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.
    Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.
    "Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.
    sumber kosmo online
    Nh : cuma satu je nh nak cakap, pelik bukan?

    Kisah Manusia Bertukar Menjadi BIGFOOT



    Apa kabar korang semua? Sihat tak? Wokeh, pada kali ini Nh nak kongsinya satu kisah yg benar benar terjadi disebuah kampung.. Kampung mana tak perlu lah Nh bagitahu.. Cukuplah Nh bagitahu yang ianya berlaku di negeri kelahiran Nh..


    Sebelum Nh mencoretkan kisah ini, Nh ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada ahli keluarga yg mempunyai hubungan dengan kisah ini terbaca entry yg Nh hendak kongsikan disini, NH tidak bermaksud hendak mengaibkan sesiapa, cuma ingin berkongsi serta menjadikan cerita ini sebagai iktibar dan tauladan buat kita semua... 



    Begini ceritanya....

    Kisah ini bermula di sebuah kampung, dimana penduduk disitu hendak menyambut majlis maulidur rasul di sebuah masjid di kampung itu.. Pada kebiasaannya orang-orang yg berkenaan akan berbincang untuk memilih seorang tukang masak untuk majlis tersebut, pak osman adalah tukang masak yg berpengalaman dalam bidang itu hampir 40tahun lamanya. manakala Pak Ali pula pengalamannya baru sahaja 20 tahun, walaupun begitu, masakan oleh pak ali lebih sedap berbanding pak osman yg dikatakan  lebih otai dan berpengalaman dalam bidang tersebut. maka semua orang kampung  lebih berminat untuk mengambil Pak Ali sebagai tukang masak utama manakala Pak osman pula ditugaskan hanya menjadi pembantu Pak Ali..


    bermula dari situ rupa-rupanya Pak Osman berkecil hati kerana tidak dipilih sebagai tukang masak utama, dia merasakan dirinya tidak lagi di perlukan oleh orang kampungnya... dia yg tidak terima dengan keputusan itu telah menyimpan dendam yg membara serta berniat untuk membuat satu kejutan pada majlis maulidur rasul itu nanti.. 


    " yer, kau tahulah, apa yg akan aku lakukan nanti" kata pak osman didalam hatinya yg tersimpan strategi jahat untuk membuat suasana pada majlis itu bertukar kecoh..


    Pagi-pagi lagi Pak ali sudah sampai di Masjid tersebut, diikuti beberapa orang kampung yg telah diberi tugasan masing-masing.. akan tetapi Pak Osman yg diberi tugas untuk membantu pak ali, masih juga  tidak kunjung tiba..  Pak Ali hanya mendiamkan diri bila mulut orang kampung sibuk bertanyakan dimana Pak Osman, Dia sudah faham benar dengan sikap Pak Osman yg selalu sahaja datang lewat jika ada apa-apa majlis dikampung itu, mungkin juga itu salah satu sebab Pak Osman tidak terpilih.. 


    Beberapa jam berlalu...


    "Ali!! maaf lah aku ada hal tadi, kau dah siap masak lauk? tiba-tiba Pak osman menyapa pak ali yg sedang mentanak nasi...


    Eh!!... takpe bang, abang tolong tengokkan lauk dalam periuk tu jer, biar saya tengok-tengokkan nasi ni... pak ali membalas dengan senyuman tawar pada wajahnya yg kepenatan..




    Pak osman yg baru saja sampai, terus menuju ke periuk yg berisi lauk disitu, dalam diam-diam dia menoleh ke kiri dan ke kanan, setelah memastikan orang yg berada disitu tidak melihatnya, dia terus menyeluk kocek seluarnya, dan mengeluarkan satu barang yg telah dibungkus rapi lalu dia memasukkan barang itu ( nh tak pasti apa barang tersebut) kedalam periuk yg berisi lauk tersebut.. terus mengacau-ngacau sehingga rata.. begitulah yg dibuat oleh pak osman pada lauk-lauk didalam periuk yg lain tanpa disedari oleh pak ali yg sedang sibuk dengan kerjanya...

    ketika menjamu selera

    setelah selesai majlis tersebut, orang kampung di jemput menjamu selera, masing-masing makan dengan berselera sekali.. sejam kemudiaan bermulalah episod orang kampung diserang sakit perut yg teramat sangat, sehingga menyebabkan ada yg berlari masuk kesemak untuk melepaskan hajat masing-masing, ada juga yg berlari ke tepi sungai dan ada yg tidak sempat terus sahaja terbuang didalam seluar.. maka majlis yg pada mulanya berlangsung dalam suasana meriah, serta merta menjadi riuh rendah dengan kejadian yg tak disangka-sangka.. Pak Ali dipertanggung jawabkan atas kejadian itu, ramai orang kampung yg menuduh Pak ali yg punya angkara sehingga mereka menanggung sakit perut selama 3hari berturut turut..

    Pak Ali bersungguh sungguh  mempertahankan dirinya kerana dia langsung tidak berbuat inaya pada tetamu yg hadir.. kejadian malang itu memaksa pihak yg terbabit mengadakan mesyuarat tergempar, dan dengan permintaan banyak pihak, supaya mengadakan bacaan yassin serta solat hajat dilakukan bagi mencari siapakah punya angkara yg sanggup berbuat demikian..


    Seminggu selepas solat hajat serta bacaan yassin dilakukan...

    Pak Osman tiba-tiba jatuh sakit, seluruh badannya kemerah-merahan, badannya ditumbuhi bulu-bulu halus.. genap dua malam bulu-bulu yg tumbuh dibadanya semakin panjang dan kasar..sehingga dia kelihatan seperti bukan dirinya lagi.. Isteri Pak Osman pula, terkejut melihat keadaan yg menimpa suaminya itu, setelah didesak barulah pak osman mengaku kepada isterinya bahawa dialah yg melakukan khianat pada orang kampung kerana  tidak dipilih sebagai tukang masak pada majlis maulud tersebut.

    pak osman menangis semahu-mahunya.. namun sesalnya tidak berguna lagi, doa orang kampung telah pun termakbul, isteri pak osman terus berjumpa pak ali dan tok penghulu memohon maaf atas kesalahan suaminya.. tapi mereka tidak berupaya menyembuhkan penyakit pak osman.. Pak osman yg berasa malu dengan semua orang terus keluar dari kampung itu, anak dan isterinya ditinggalakan begitu sahaja.. 



    Kini telah berpuluh tahun berlalu, kisah tragis yg berlaku pada pak osman kian dilupakan oleh penduduk kampung.. Isteri pak osman pula sudah redha dengan apa yg terjadi.. Suami nya itu sehinga kini masih tidak muncul-muncul sejak kejadian itu..


    Semasa hari persandingan anak pak osman, penduduk kampung gempar apabila terlihat kelibat seakan bigfoot disebalik rimbunan pokok tidak jauh dari rumahnya.. Ada yg menyangka itulah pak osman yg di telah bertukar menjadi bigfoot.. Hanya linangan air mata mengalir dipipi isteri pak osman kerana terlalu rindu dengan suaminya itu..ditambah lagi dengan kata-kata nista yg dilemparkan oleh orang kampung kepadanya...


    Pada satu ketika juga ada kabar kabar angin mengatakan yg pak osman tinggal di sebuah bukit yg jauh dari kampung itu, penampakan itu diceritakan oleh seseorang yg sedang memburu pelanduk di bukit tersebut, orang itu mengatakan terlihat susuk manusia yg seakan bigfoot itu nyaris ditembak olehnya.. Dia yg juga ketakutan terus menyorok didalam semak berdekatan.. Dan bigfoot itu terus menghilang dari pandangannya...

    Sebenarnya ramai lagi yg terlihat penampakan bigfoot ini. Ada yg terserempak di jalan raya, ada yg terserempak di kebun sawit.. Tapi tidak dapat dipastikan sama ada penampakan bigfoot itu adalah pak osman yg telah bertukar menjadi seekor bigfoot..


    Begitulah kisah manusia bertukar menjadi bigfoot yg pernah mengemparkan Negeri diselatan tanah air, satu masa dulu, Nh yang dengar cerita ni terasa sebak bila mengenangkan nasib yang terjadi pada pak osman.. kesian dia, kerana kesalahan yg dilakukan dia merana seumur hidupnya.. Kuasa ALLAH tiada siapa dapat menandinginya.. mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut.. yg kita tidak ketahui.. WALLAHHUALAM....

    P/s : Kisah ini munkin berbeza dengan kisah sebenar, tapi masih dalam jalan cerita yg sama, gambar diatas hanyalah gambar hiasan sahaja, tidak kena mengena dengan kisah ini.. nama yg ditulis juga adalah nama samaran, bukan nama sebenar.. harap maklum...

    Nh : kisah ini pernah diterbitkan di dalam majalah mastika satu masa dulu, nh tidak ingat tahun berapa.. sekali lagi nh memohon maaf.. bukan untuk mengaibkan.. tetapi untuk dijadikan tauladan dan iktibar kepada kita semua... terima kasih...

    PERHATIAN

    Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..