Rabu, 30 Mei 2012

Penampakan Hantu Muncul Dalam Drama bersiri The Rippling Blossom?

Penampakan susuk tubuh yang dikatakan hantu ini muncul disebalik kabinet dapur dimana Cheung Chi-lam dan Michael Tse sedang shooting  dalam sebuah drama bersiri yang berjudul The Rippling Blossom, drama itu disiarkan oleh sebuah stesen televisyen Broadcasts Limited, TVB,  di Hongkong. 

penampakan itu muncul pada minit yang ke 42 pada episod ke 14.. akibat dari itu Cheung mengaku sangat terkejut bila melihat sendiri imej tersebut, yang ditunjukkan oleh salah seorang krew disitu  kepada beliau.. namun setelah melihat berulang kali beliau membuat kesimpulan bahawa imej tersebut mungkin refleksi dari sesuatu.. Menurutnya lagi pengambaran drama tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan...


Nh: korang rasa macam mana? betul ke itu hantu?

Selasa, 29 Mei 2012

Lagi Video Penampakan Mahluk Ghaib

Ok hari ni Nh pun busy sikit, jadi tak dapat nak mengomel panjang.. Nh rasa nak kongsi kat korang semua vd yang Nh jumpa kat youtube, nampak macam seram gak video ni.. vd ni khas buat korang semua.. layanzzz.... heheheh..


hanya gambar hiasan



Pada Nh yang paling seram masa saat ke 32, hantu tu melintasi depan kereta.. hui serammmmm... Apapun ingat ok hanya sekadar hiburan, jangan terlampau takut dan sewaktu dengannya.. heheh..

Isnin, 28 Mei 2012

Penampakan Lembaga Wanita Misteri Dalam Kereta Wartawan Sinar




KULIM – “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.
Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.
Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.
Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.
Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.
Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.
Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.
Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.
“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.
“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.
“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.
“Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya. (Sinar Harian)

VIDEO Penampakan Jin Semasa Berlaku Kebakaran

Kali ini Nh akan kongsikan kepada korang sebuah video penampakan jin ketika Anggota Bomba sedang sibuk memadamkan kebakaran stor gas di sebuah kampung di subang.. Menurut sumber Penampakan ini jelas kelihatan semasa api sedang marak membakar stor gas tersebut.. 

gambar hiasan


Jelas kelihatan penampakan itu di celahan pokok kelapa ( kalau tak silap) seolah-olah jelmaan itu sedang merenung tajam kamera yang merakam kebakaran tersebut.. ish, seram bila Nh tengok berulang kali.. apa kata korang setelah menonton video ini? adakah video ini di edit atau benar-benar asli? apa yang penting jangan biarkan hidup anda terus diselubungi misteri.... 

Gambar Ayam Masih Hidup Setelah 9 Hari Disembelih

ASSALAMUALAIKUM...


Ajal, Maut, Jodoh, Pertemuan semuanya itu sudah ditetapkan oleh-Nya.. kita sebagai manusia tidak dapat menolak takdir ALLAH.. Ya begitulah yang berlaku di salah sebuah kampung di pendang.. Kisah ayam sabung kacukan selasih yang sudah sembilan kali disembelih tetapi masih hidup dan masih boleh berjalan.. Pelik bukan.. akan tetapi kuasa ALLAH mengatasi segalanya.. subahanallah...




Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup. 


Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus. 


Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.


“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati- mati.


“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.


“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya. Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.



“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.


“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.


Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.


“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu. “Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.


“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.


Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.


“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.


sinarharian


Jumaat, 25 Mei 2012

Misteri Sebuah Header Yang Menyeramkan

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat rakan2 seperjuanganku.. semoga korang sentiasa di dalam lindungan dari_NYA.. Amin..


Apa macam korang semua, sentap tak tengok entry-entry seram yang Nh paparkan.. haha.. lagi-lagi bila korang baca tajuk di atas, tentu korang semakin sentap ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.. har har har.. sebenarnya entry ini adalah lebih kepada tujuan memberikan sebuah penghargaan kepada seorang sahabat blogger.. nampak header kat atas tuh? ha kerana sentuhan beliaulah membuatkan blog ni nampak sangat penuh misteri yang masih belum terungkai..ekekekk..


Nh dengan beliau boleh di katakan baru saja kenal mengenali antara satu sama lain, kalau ikut bulan lebih kurang sebulan lebih mungkin.. Beliau sering berkunjung ke blog ini, sikap ramah yang beliau tunjukkan membuatkan Nh rasa semakin selesa berkawan dengan beliau.. dan di sertai komen dan kritikan yg membina serta pendapat daripada beliau membuatkan Nh rasa lebih bersemangat dalam dunia blogging ini..  jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi memberi bantuan yg sangat Nh harapkan..


Ok sebelum Nh kenalkan pada korang siapakah beliau yang Nh maksudkan.. mari kita lihat sendiri sentuhan kreatif dari  beliau dengan HEADER BARU di blog ini.... 






Cantikkan? Nh pun tak sangka beliau dapat mereka header ini tampak seram seperti ini.. ini adalah satu penghargaan beliau pada Nh.. terharu der... huhu..

Jadi persoalannya sekarang!! siapakah 'BELIAU' yang Nh maksudkan? 


Nampak header ni? yer beliaulah yang Nh maksudkan.. Lana The journey begins.. Beliau berkemahiran dalam mereka header, fist time Nh tengok header blog kawan2 yg beliau reka terus Nh rasa berkenan dengan rekaan beliau.. dan setelah menunggu selama 3hari maka siaplah header blog ini dan yang membuatkan Nh terharu bila header yang beliau reka ini diberi secara percuma tanpa bayaran.. sebabnya menurut beliau ini adalah kali pertama rakan blogger menempah header pada beliau..

Jutaan Terima kasih pada Lana kerana memberi sumbangan ikhlas pada blog nasir hamzah.. Lana... semoga diberkati umurmu dan dilimpahi rezeki serta mendapat kerja yang baik.. Amin...

Merungkai Misteri Disebalik Restoran Berhantu

SALAM 1Malaysia semua.. setelah 2 hari Nh mendiamkan diri dari menulis entry seram, pada kali ini Nh akan bawakan korang 1 lagi tempat seram yang di katakan penuh misteri..Tentu korang tertanya-tanya apakah yang membuatkan ianya menjadi misteri? ye.. begini ceritanya..


Terdapat sebuah restoran yang di beri nama adik manja.. ianya terletak di jalan gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar kuantan.. restoran ini di katakan berhantu apabila ada seorang brother ini mengatakan dia melihat sendiri restoran ini terang menderang dan penuh dengan pengujung di waktu malam.. kebetulan waktu itu kenderaannya mengalami kerosakkan betul-betul di hadapan restoran tersebut.. Ok mari kita lihat dulu gambar restoran yang di katakan berhantu dan penuh misteri ini..




Dia yang pada mulanya hendak singgah di restoran itu sementara menunggu rakannya sampai memberi bantuan tiba-tiba berubah fikiran disebabkan.....disebabkan apa? nak tahu kisah selanjutnya? silalah kunjungi blog Ohtidak.com untuk membaca sendiri email yang di hantar oleh pengirim asal kepada blog ohtidak.com


Tapi.. haa ada tapi, bila Nh membaca komen-komen orang dari kuantan, ramai mengatakan  kisah misteri ini hanya di reka-reka.. ada juga yang mengatakan restoran ini memang seram... entah betul atau tidak apa yang berlaku di sebalik restoran ini tak dapatlah Nh nak pastikan.. berkemungkinan juga kerana kawasannya yang tidak strategi membuatkan owner restoran  ini mengalami kerugian di sebabkan kurangnya pengunjung.. jadi akibat dari itu restoran ini sudah tidak beroperasi lagi.. maka terbitlah kisah-kisah misteri disebaliknya..  dari itu kita fikir baik jelah yer kawan-kawan semua.. wallahualam...


Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.


Sebagai hamba ALLAH kita amatlah bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai iaitu al_Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu oleh mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat kursi..

NH: kalau tiada aral melintang Nh akan ke kuantan bulan depan, dan Nh akan melalui restoran yang di maksudkan ini.. semoga ALLAH melindungi Nh sekeluarga.. 

Selasa, 22 Mei 2012

7 Gambar Penampakan Hantu Berjaya Di Rakam

Malam-malam macam ni layan gambar penampakan hantu pun okeh jugakkan.. barulah syok sikit.. hehe.. tapi sebelum tu, Nh nak pesan pada korang sekali lagi, segala gambar-gambar hantu dan cerita-cerita hantu dalam blog Nh ini hanyalah sekadar perkongsian.. bukan untuk menakut-nakutkan korang tapi hanya sekadar hiburan semata-mata.. Nh juga tidak mengalakkan korang percaya pada tahyul dan khurafat okeh!!


Ok pada entry yang lepas Nh dah kongsikan 5 gambar penampakan hantu yang menyeramkanJadi pada kali ini mari kita lihat 7 lagi gambar penampakan hantu yang berjaya di rakam.. betul atau tidak tidak dapat Nh pastikan...




Dalam banyak-banyak gambar ni satu gambar jer yang Nh pernah lihat sebelum ni, iaitu gambar yang no 6, menurut dari satu sumber penampakan itu di rakam ketika seorang mamat ni bercuti di sebuah resort.. masa tu beliau sibuk mengambil gambar dalam chalet tempatnya menginap.. Tapi bila dilihat semula dalam gambar tu muncul seorang perempuan yang sedang berdiri di sebalik tiang atau tingkap di chalet tersebut.. akibat terkejut dan ketakutan beliau terus check out dari chalet pada malam itu juga tanpa menunggu keesokkan harinya.. begitulah jalan ceritanya yang Nh tahu.. Wallahualam..

KERETA PALING KECIL DI DUNIA

ASSALAMUALAIKUM..


Perkongsian pada hari ini Nh akan bawakan korang melihat sendiri sebuah kereta yang terpaling terkecil di dunia.. kereta ini adalah ciptaan seorang pereka Britian yang bernama Perry Watkins, beliau telah mereka cipta kereta ini bersempena ulang tahun ketujuh dalam satu majlis.. yang pastinya  kereta ini bukanlah kereta mainan hokeh..




Pereka Britian, Perry Watkins memandu kereta paling kecil di dunia dalam majlis merayakan Hari Guinness World Records di London, semalam. Kenderaan berkenaan adalah ciptaan Watkins dan berukuran 104.14 sentimeter tinggi, 66.04 sentimeter lebar dan 132.08 sentimeter panjang sempena ulang tahun ketujuh dalam majlis tersebut.. – Foto AFP

sumber dari amekaw.com dan informasi.my
Comel kan? siap ada butang kunci kat belakang tuh, macam mana gaya lah nak bawak kereta macam ni agaknya.. Tapi Nh suka.. 

Isnin, 21 Mei 2012

Jambatan Yang Sangat Pelik

Sebuah jambatan yang dibina merentasi sebatang sungai di negara netherland ini cukup pelik.. Pada kebiasaannya kita akan melihat jambatan di bina di atas air, tapi apa yang berlaku sebaliknya, jambatan ini pula dibina di dalam permukaan air.. Adeh macam-macam ada.. Seram pulak rasanya nak lalu kat jambatan ni kan?






Rupa-rupanya tujuan ianya di bina begini adalah untuk memelihara alam sekitar, sebab bahan-bahan yang di gunakan adalah bahan yang tidak mencemarkan alam sekitar.. begitulah sebaliknya..


SUMBER

PELIK: Batu Misteri Terbakar Dengan Tiba-Tiba.


Batu pun boleh terbakar dengan sendirinya.. pelik bukan? begitulah yang berlaku pada seorang wanita yang berasal dari California ini bilamana pehanya melecur akibat letupan dari batu yang tersimpan di dalam seluarnya.. Nh terkejut gak bila membaca berita ini.. Tapi semuanya terjawab apabila dikatakan batu misteri ini mengandungi bahan yang.... bahan aper? eh korang bacalah sendiri artikel yang di petik dari hmetro di bawah ini yer..


CALIFORNIA: Seorang wanita mengalami lecur tahap dua dan tiga apabila batu berwarna yang dikutip oleh keluarganya dari pantai di selatan California, tiba-tiba terbakar, di dalam poket seluarnya.

Lyn Hiner berkata, “Kami sedang berbual mengenai siapa perlu menjemput pengasuh apabila tiba-tiba kaki saya terasa panas.”

Katanya lagi, “Saya ingatkan saya digigit serangga, lalu saya memukul seluar dan tiba-tiba ia saya terbakar.”

Batu berwarna hijau dan jingga itu dijumpai dan dikutip oleh anak perempuan Lyn di Pantai San Onofre di California Selatan.

Lyn, 43, meletakkan batu itu di dalam poket seluarnya apabila mereka meninggalkan pantai.
Sewaktu dia dan suaminya Rob Hiner, bersedia untuk keluar makan malam, tiba-tiba batu itu meletup dalam poket seluarnya.

Rob berkata, “Api terang. Kami tak tahu apa yang berlaku dan reaksi kami adalah memukul untuk mematikan api itu.”

Katanya, mereka tidak berjaya memadamkan api itu lalu terus menarik seluar Lyn.
Bomba tiba kerana penggera asap di rumah mereka berbunyi disebabkan api dari batu itu.
Ketua Bomba Orange County, Kapten Marc Stone berkata, “Suaminya berada di luar sambil memegang paip air cuba untuk menyejukkan kaki isterinya.”

Ahli Sains yang menyiasat letupan misteri berkata, ada tujuh ketul batu yang dikutip anak Lyn dari pantai itu dan ujian mendapatai ia mengandungi fosforus, bahan kimia berwarna jingga mudah terbakar yang digunakan untuk mancis, pada batu itu.- Agensi
Hmetro

Ahad, 20 Mei 2012

Takut Ke Der? Kisah Seram Youtuber & Blogger

ASSALAMUALAIKUM..


Entri kali ini NH rasa ada kelainan sikit, sebab biasanya cerita-cerita seram yang Nh paparkan dalam blog ni selalunya tentang penampakan, tapi pada entri kali ini Nh akan paparkan pada korang 6 buah video pengalaman seram yang di lalui oleh rakan youtuber dan blogger terkemuka seperti Cik Kaydee, Shazu, Shaf, Niman, Suraya dan mozek.. sejujurnya Nh tidaklah berapa kenal dengan mereka ini, maklum sajalah Nh kan Orang baru dalam dunia blogging nikan.. tapi bila tengok wajah dorang seperti Nh pernah melihatnya, dan Nh rasa mereka ini sudah di kenali ramai oleh semua blogger kan? Maafkan Nh okeh..





Jom santai seram bersama mereka...












credited to: Shazu [Aman Wan]Cik KaydeeCik SurayaCik Shaf & Geng Mentol Pecah - Niman Mozek

sumber Dari dunia edy

NH: Terbaik dari mereka.. cayalah der..

Sabtu, 19 Mei 2012

Koleksi Gambar Pokok Yang Menyeramkan

ASSALAMUALAIKUM...


Apa kabar kawan-kawan ku semua, Nh rasa hari ini macam hilang semangat nak buat entry.. Otak pun rasa dah beku jek.. mungkin penat dengan tugasan agaknya.. Tapi untuk tidak menghampakan korang semua Nh nak kongsikan koleksi gambar pokok-pokok yang menyeramkan, sesuailah dengan blog Nh yang banyak cerita-cerita seram.. Harap korang terhibur dengan perkongsian ini..




NH: Pelikkan? Apapun terima kasih pada korang yang sering berkunjung ke blog NH ni, Nh minta maaf jika Nh tak berkesempatan ke blog korang, masa terlalu terhad.. Tapi insyaAllah Nh akan cuba terjah ke blog korang.. Harap korang tak berkecil hati ok.. good luck..

Jumaat, 18 Mei 2012

Jelmaan Hantu Cekik?

HANTU CEKIK? Itulah nama yang di berikan oleh penduduk kampung Desa Sayung Wilayah Jawa Tengah, Mereka mempercayai bahawa Anjing di dalam sangkar ini, yang telah berjaya di tangkap oleh penduduk Nglengkong, desa sayung itu adalah jelmaan HANTU CEKIK, Menurut penduduk di situ HANTU CEKIK yang menjelma menjadi seeokor anjing itu didapati muncul ketika musim kemarau dan mengakibatkan tanaman mereka kurang mengeluarkan hasil.. HANTU CEKIK itu juga di percayai akan mencekik mangsa yang sedang berkhayal tetapi ramai yang tidak mempercayai hantu tersebut menjelma menjadi seekor anjing.

kanak-kanak ini sedang melihat anjing yang di katakan jelmaan HANTU CEKIK

NH: Sukar untuk di percayai, dan Nh tak menggalakkan korang mempercayainya.. 

Pokok Misteri Berbuah Menyerupai Wajah Manusia

Pokok MISTERI yang mempunyai buah yang menyerupai wajah manusia ini di temui di negara Thailand.. yang membuatkan ianya lebih menarik boleh di katakan kesemua buahnya serupa dengan wajah yang sama, cukup pelik, Nh tengok dah macam kembar siam la pulark.. huhu.. 



sumber melayukini
NH: Entah buah apa agaknya yer? korang rasa buah apa?

Masjid Pertama Dibina Di Dalam Air

Assalamualaikum kawan-kawan ku...

Pada pagi ini Nh nak kongsi pada korang tentang gambar dan berita di bawah ini, Terkesima Nh bila mendapati penyelam persendirian  ini menunaikan solat di dalam air, Ia menunjukkan betapa wajibnya ibadah solat itu dan ianya termasuk dalam rukun islam yang kedua.. sama-sama lah kita muhasabah diri ini supaya menjadi insan kamil disisi-Nya..InsyaAllah.. Amin..

PENYELAM bersolat jemaah di masjid pertama bawah air yang mereka bina.

JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya.

Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.

Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan.

Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.

“Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan,” katanya.

Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah. – Agensi


sumber

Khamis, 17 Mei 2012

Video Penampakan Hantu Di Stesen Keretapi

Video kali ini rasanya ramai yang dah tonton.. Sebab Nh sendiri pun dah pernah tengok.. Tapi mungkin juga ada di antara korang yang belum penah kan, apapun korang layan jelah video seram berikut ni, Tapi Nh sure  video seram penampakan hantu ni di antara video penampakan hantu yang sangat menyeramkan.. 

tengok gambar je pun dah seram

Sedia Di mulai




Amacam seram tak, penampakan hantu dari negara jepun ni memang menyeramkan, Tapi ingat eh, anggap sahaja perkongsian ini sekadar hiburan.. tidak lebih dari ituh!! hehe

Jom terjah blog yang sempoi dan membuatkan korang tidak kering gusi bila membacanya

GEMPAR: Jelmaan Hantu Mengiringi Selebriti Terkenal

Gambar Penampakan berikut ini telah di kongsi oleh selebriti Hollywood yang bernama Kim Kardashian, kim Kardashian telah mengirim gambar ini di twiter nya baru-baru ini. semasa itu beliau berada di dalam sebuah kereta mewah milik Scott Disick iaitu teman lelaki kepada Kaourtney Kardashian. 

Yang paling mengejutkan apabila pengikutnya di twiter menyedari di dalam gambar tersebut ada penampakan seorang budak kecil sedang berdiri di dalam garaj, Kim Kardashian hanya ketawa apabila mendapat tahu akan penampakan itu kerana dia yg sememangnya tidak mempercayai akan kewujudan hantu.. Ok jom kita lihat gambar penampakan ini..




Jelas kelihatan seorang budak kecil sedang berdiri di dalam garaj, adakah itu jelmaan hantu atau sebaliknya? susah untuk di perjelaskan...

SERAM: Kereta Terbabas Kerana Mengelak Hantu

Bila NH baca berita Di bawah ni, Nh teringgat pada kawan Nh yg pernah eksiden di sebabkan dia mengelak Lembu berwarna PUTIH melintas jalan, Dia yg cuba mengelak, menyebabkan kenderaan yang di pandunya terbabas dan terus terbalik sehingga dia mengalami luka di bahagian tangan yg teruk.. Lembu tu? hilang entah ke mana... padahal kejadian tu berlaku di lebuhraya utara selatan yg sudah di pagar kiri dan kanan jalan.. Pelik kan? Berita di bawah ni lebih kurang sama tapi yang lebih menyeramkan pemandunya cuba mengelak tiga kanak-kanak kecil sedang melintas..  siapa kanak-kanak tu? wallahualam...


PERLIS - “Anak saya mendakwa cuba mengelak tiga kanak-kanak kecil yang mahu melintas jalan di depan Istana Arau sebelum kereta dipandunya terbabas lalu merempuh pagar balai polis yang bertentangan istana.” 

Begitu kata Kamarudin Hasyim, 56, apabila anak lelakinya, Kamarul Ashraf, 18, yang juga pemain bola sepak Piala Presiden Angkatan Tentera Malaysia (ATM), patah tangan kiri akibat kejadian yang berlaku jam 12 tengah malam Isnin lalu.

Kejadian berkenaan menyebabkan Proton Iswara dipandu Kamarul Ashraf remuk teruk kerana merempuh pagar konkrit Balai Polis Arau.


Kamarudin berkata, Kamarul yang memandu berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kodiang, Kedah, selepas pergi ke gelanggang futsal di Kangar, di sini.

Menurutnya, dia dimaklumkan anaknya cuba mengelak kanak-kanak melintas jalan di kawasan itu sebelum kenderaannya hilang kawalan lalu merempuh pagar balai polis berkenaan.

“Lebih mengelirukan, sejurus selepas kemalangan, kanak-kanak itu tidak kelihatan, malah orang ramai yang melihat kejadian berkenaan juga mendakwa tidak melihat kanak-kanak yang dimaksudkan. 

Saksi kejadian memberitahu mereka melihat kereta dipandu anak saya meluncur laju sebelum melanggar tembok dan tiang lampu di hadapan balai polis itu lalu terbalik dan tersadai di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, anak keempat daripada enam beradik berkenaan baru sahaja mendapat lesen memandu dan sering menggunakan keretanya untuk ke Kangar atau kawasan berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, ekoran kejadian, pagar besi dan tiang lampu balai berkenaan mengalami kerosakan, manakala kereta terbabit remuk di bahagian depan.

“Mangsa patah tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi rawatan lanjut, malah polis sudah mengambil sampel air kencing pemandu,” katanya.

sumber


NH: sebelum memandu jangan kita lupa membaca doa menaiki kenderaan dan ayat kursi, semoga perjalanan kita di lindungi oleh-NYA..

Selasa, 15 Mei 2012

Penampakan Imej Hantu Di Utara England



Seperti biasa pada malam-malam macam ni Nh akan siarkan Gambar penampakan hantu untuk korang semua yg meminati apa jua berkaitan dengan alam mistik.. Nh nak siarkan waktu tengah malam nanti korang takut pulak, Ha jadi waktu macam ni sesuailah kan untuk melihat gambar-gambar seram kat blog Nh ni.. huhu..


Ok di bawah ini Nh kongsikan gambar penampakan hantu yg di ambil oleh seorang lelaki yg bernama Colin Foster, ketika beliau sedang melancong di North Yorkshire, Utara England.. cuba korang lihat sendiri penampakan ini.. 


Seorang lelaki terkejut setelah dia merakam imej lembaga manusia yang dipercayai hantu ketika bercuti di utara England pada awal tahun ini.
Lelaki itu, Colin Foster, 34, menceritakan kembali bahawa imej misteri itu dirakam dengan menggunakan kamera digital yang baru dibelinya ketika melancong di North Yorkshire.
Beliau tidak mengesan apa-apa yang luar biasa sehingga pulang ke rumah dan melakukan semakan semula gambar yang telah dirakamkan.
“Saya dan teman wanita saya sedang melihat gambar-gambar tersebut. Tiba-tiba, teman wanita saya menyahut berhenti dan merampas kamera itu,” kata Colin.
“Teman wanita saya menyuruh saya membesarkan fokus pada satu bahagian gambar.
“Imej misteri itu pada awalnya tidak dapat dilihat dan semakin jelas setelah diperbesarkan. Kami tergamam dan memandang antara satu sama lain (apabila melihatnya),” ujarnya.
Sementara itu, anggota Persatuan Paranormal British, Nick Thurston berkata, imej yang dirakamkan itu jelas dan ia dianggap satu penjelmaan roh dalam bentuk manusia.

sumber kosmo

NH: nampak jelas, tapi macam robot pun ada ek? wallahualam..

Tindakan SAMAN Jika Anda Sms Sambil Berjalan




Menarik tak tajuk di atas, Ha pasti korang terkejut bila baca entry ni, tapi pada yang tinggal di malaysia korang jangan duk risau.. kenapa? cer baca petikan di bawah ini..



FORT LEE (New Jersey): Pejalan kaki yang suka menggunakan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) perlu berhati-hati.


Polis di bandar ini berkata, mereka akan mula menyaman sebanyak AS$85 (RM255) terhadap pejalan kaki yang ditangkap menaip mesej pesanan ringkas pada telefon bimbit masing-masing sambil berjalan.

“Ia satu gangguan besar. Pejalan kaki tidak melihat arah yang mereka tuju dan mereka tidak sedar,” kata Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli.




Menurutnya, bandar berkenaan yang didiami hampir 35,000 penduduk, menyaksikan tiga kematian di kalangan pejalan kaki selepas mereka terbabit dalam kemalangan tahun ini.

Beliau berharap tindakan menyaman pejalan kaki yang berkelakuan membahayakan ketika berjalan akan menjadikan bandar itu lebih selamat.


Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju mengenai cadangan menyaman itu.



“Ketika berjalan, saya tetap akan melihat sekeliling. Saya tidak melihat ke bawah sepanjang masa,” kata penduduk, Sue Choe.

Seorang wanita lain mengadu mengenai jumlah saman itu yang dianggapnya terlalu tinggi.


Anggota polis menyerahkan risalah sepanjang kempen singkat Mac lalu sebelum bertindak secara agresif terhadap ‘pejalan kaki berbahaya.’ Setakat ini, 117 saman sudah dikeluarkan, menurut Rekod New Jersey.

Dua profesor di Universiti Stony Brook di New York menjalankan kajian berjalan kaki sambil menghantar atau membaca mesej pesanan ringkas pada telefon. Mereka mendapati, pengguna khidmat itu berkemungkinan 60 peratus terbabas berbanding pejalan kaki lain.


“Kami mahu meningkatkan kesedaran bahawa gangguan sebenar berlaku kerana menaip mesej pesanan ringkas pada telefon,” kata Eric Lamberg, penyelidik bersama kajian itu.


“Menaip mesej pada telefon sambil berjalan lebih banyak menjejaskan keupayaan anda berbanding berbual.” - Agensi



NH: Kalau dekat malaysia lagi teror, Sambil sms sambil memandu.. kan?

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..