Sabtu, 30 Jun 2012

Siapakah Gerangan Makcik Misteri Di Perhentian Itu Part II

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, bertemu kembali kita di dalam dunia maya ini.. walaupun tak pernah bersua tapi dekat dihati..cehwah!


fistly NH nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 semua dan kepada pembaca blog picisan nasir hamzah ini.. NH sangat terkejut kerana entri siapakah gerangan makcik misteri part  1 telah mendapat sambutan yang menggalakan.. tak sangka baru sehari entri ni sudah pun naik tangga kedua dalam carta popular minggu ini.. (alahai yop, carta dalam blog sendiri jek pun, tu pun nak terkejut) ahaha.. jadilah yop, dari tak masuk cartakan..huwa325x..


Oklah tanpa membuang masa mari kita baca kisah sambungan dari entri yang bertajuk



gambar hiasan


Setibanya Kak Imah dan anaknya Wani disurau, mereka berdua terus mengambil wuduk dan menunaikan solat.. ketika itu ada beberapa jamaah di dalam surau tersebut.. Keadaan disitu seperti biasa, seperti mana keadaan surau-surau di perhentian lain.. Setelah Kak Imah dan Wani selesai menunaikan solat, tiba-tiba secara tidak sengaja kak imah terpandang susuk tubuh seseorang yang dikenalinya.. kak imah terus merenung dan hatinya kuat mengatakan susuk tubuh itu adalah makcik yang baru sahaja di temuinya tadi, wajahnya dan pakaian yang dipakai serta gayanya juga sama.. ye makcik itulah yang meminta tolong kepada Wani supaya menjaga begnya ketika dia hendak ke tandas.. dan makcik itu jugalah yang berbual mesra dengannya sehingga dia terlupa yang dia hendak kesurau..


Tapi... tak mungkin!! Fikiran kak imah bercelaru... mana mungkin makcik yang ditemuinya tadi sedang makan, kini dilihatnya berada disurau, dan yang paling mengejutkan makcik itu dah pun siap menunaikan solat?? Pelbagai persoalan bermain di fikiran kak imah.. rasanya baru sepuluh minit berlalu.. tapi macam mana makcik tu boleh secepat itu berada disurau.. 


Kak imah terkedu,bilamana matanya dan makcik itu bertentangan.. akan tetapi pandangan makcik itu kepadanya hanya pandangan kosong seperti mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini.. seketika kemudian makcik itu beredar menuju ke cermin untuk memakai tudung sebelum meninggalkan surau dengan seorang makcik yang sama baya dengannya.. mahu sahaja kak imah menegur makcik tersebut tapi mulutnya bagai terkunci untuk berbicara..



Tiba-tiba dia tersentak apabila Wani menepuk bahunya, dan kemudian Wani berbisik.. 


''Ibu, Bukan ke tu atok yang kita jumpa tadi? pelik!! tadikan dia tengah makan, tiba-tiba je muncul kat sini?? lepas tu buat muka selamba je bila wani senyum kat dia...


Kak imah hanya mendiamkan diri.. dia sendiri masih keliru dengan apa dilihatnya... Dia terus bangun dan terus meninggalkan surau itu dengan seribu satu pertanyaan..


Setibanya di gerai makan kak imah mencari-cari makcik yang dilihatnya tadi.. tapi tiada... tergiang-giang di telinganya makcik itu berkata...


''Makcik berdua je dengan suami, kami nak ke seremban, ada majlis kenduri kawin.. singgah makan kat sini kejap..''


Sehingga sekarang Kak imah masih tertanya-tanya siapakah gerangan makcik misteri di perhentian itu?


--------------------------------------------------------------------------------

Begitulah ceritanya pengalaman misteri yang terjadi pada kakak ipar NH... NH sendiri pun masih tertanya-tanya siapa agaknya gerangan makcik tu? takkanlah pelanduk dua serupa? kalau yer pun, kenapa pakaian yang dipakai makcik tu sama dengan pakaian makcik yang satu lagi? dan macam mana pulak makcik tu boleh makan secepat itu dan solat secepat itu? huh berapa banyak itu dahhh.. huh apa yang penting sekarang ni kepala Nh dah pening semula bila pikir perkara ni.. nak makan panadol jap.. ahah...

Apapun terima kasih Nh ucapkan pada korang yang sudi membaca kisah ini sampai habis.. dari itu seperti biasa jika korang ada jawapan dari persoaalan cerita misteri ini jangan segan-segan untuk dikongsikan bersama... okeh.. last sekali jangan biarkan kehidupan korang diselubungi dengan misteri... ehehehhh...

Khamis, 28 Jun 2012

Siapakah Gerangan Makcik Misteri Di Perhentian Itu?

Assalamualaikum...


Pada kali ni NH nak kongsikan pada korang tentang pengalaman aneh dan misteri yang dilalui oleh keluarga abang NH, sewaktu mereka bercuti di Genting Highland pada musim cuti sekolah yang lepas.. Pada mulanya cerita ini dirahsiakan oleh mereka sekeluarga.. Dah dua hari balik dari bercuti baru dia buka mulut nak cerita pada NH, itupun setelah diberi syarat supaya NH datang sendiri ke rumahnya untuk mengetahui cerita selanjutnya.. huh..


Maka dengan semangat yang jitu, NH menghidupkan enjin kereta dan memecut terus kerumahnya yang tak berapa nak jauh dari rumah NH. eh!! bukan, rumah Mak NH okeh.. eheh.. turut bersama kesana ialah Mak NH sendiri.. Setibanya kami dirumahnya waktu tu pun dah pukul 11 malam..  hidangan telah pun disediakan.. Peh masa tu NH rasa dah macam wartawan lah pulak.. disambut bagai.. ahah.. perasan sudah!! 


Ok untuk pengetahuan korang cerita yang akan korang baca ini dilalui oleh Kakak ipar NH yang bernama rahimah, jadi tanpa membuang masa, mari kita sama-sama baca pengalaman aneh dan penuh misteri yang dilalui oleh beliau..


sekadar gambar hiasan

Tepat  jam 12 tengahari abang NH check out dari Fist World Hotel, dan mereka terus sahaja turun dari genting higland, setelah mengharungi perjalanan hampir satu jam setengah maka dorang memutuskan berhenti rehat untuk menunaikan solat dan makan di satu perhentian R&R.. Sesampai mereka di perhentian tersebut Kak imah dan anaknya Wani turun dan terus menuju ke tandas.. semasa ditandas Wani yang sedang menunggu Ibunya tiba-tiba disapa oleh seorang makcik yang tak dikenali.. jika dilihat pada raut wajah makcik tu kelihatan umurnya dalam lingkungan 60 an.. 


Makcik tu menyuruh Wani memegang begnya,kerana dia nak masuk ke tandas.. dia kata beg tu berisi Al quran dan telekung.. wani yang ketika itu dalam keadaan terpinga-pinga hanya menganggukkan kepala tanda setuju.. seketika kemudian kak imah pula keluar dan terpandang wani sedang memegang sebuah beg dan dia bertanya pada wani, siapa punya beg yang dipegangnya itu.. setelah wani memberitahu pada kak imah, mereka berdua sepakat menunggu makcik tersebut..


10 minit berlalu makcik tu masih tak muncul,  kak imah dan wani masih sabar menunggu..tidak lama kemudian, Tiba-tiba kak imah yang sedang duduk disamping wani terkejut apabila bahunya dipaut oleh seseorang.. 


'' Maafkan makcik ye dik.. menyusahkan adik je tunggu lama, tadi makcik mintak tolong anak adik pegangkan beg makcik '' ujar makcik tu pada kak imah.. 


'' Oh ya takpe makcik, ni beg makcik.. '' kak imah menyerahkan beg berwarna hitam itu pada makcik tersebut..


''Anak ni dari mana?'' makcik itu bertanya...


''Saya dari johor, baru balik dari genting highland, bawa budak ni bercuti makcik'' jawab kak imah..


''Oh.. genting highland, tak jauh dari rumah makcik, makcik duk bentong, dekat sangat nak ke genting tu'' ujar makcik itu..


kak imah dan wani terus jalan beriringan dengan makcik itu sambil berbual-bual menuju ke arah deretan gerai makan, kak imah seperti terlupa yang dia sebenarnya nak ke surau.. mungkin sikap ramah yang ditunjukkan oleh makcik tersebut membuatkan kak imah rasa cepat mesra bila berbual dengannya..


''Erm, dik terima kasih yer, makcik beransur dulu, tu suami makcik ajak makan'' kelihatan di gerai makan, seorang pakcik sedang melambai-lambaikan tangan kearah mereka..


''Oh, ok2 makcik, sama-sama kasih'' jawab kak imah sambil menghulurkan salam pada makcik tersebut dan mereka berpisah membawa haluan masing-masing..


Kak imah terus berjalan di depan gerai-gerai disitu sebelum dia tersedar yang dia sebenarnya nak ke surau untuk solat.. Tapi dia seperti terlupa pula masa tu..


''Astagfirullah, kita kan nak kesurau tadi?''kak imah memberitahu pada wani.. 


Wani terus memandang kak imah dengan muka sedikit pelik dan dia mengiakan sahaja.. mereka pun terus berpatah balik dan melalui jalan yang dilaluinya tadi.. masa tiba di depan gerai makan tu kak imah sempat menjeling dan terlihat makcik tadi, sedang membawa makanan menuju ke meja untuk menjamu selera dengan suaminya.. 


Kak imah hanya tersenyum dan terus menuju ke surau yang tidak jauh dari situ.. fikirannya melayang memikirkan tentang perbualannya dengan makcik tersebut sehingga dia lupa yang dia sebenarnya nak solat, dan surau tu bukannya jauh dari tandas yang di perginya tadi.. sesekali kak imah menggelengkan kepalanya.. Wani pula memandang ibunya dengan wajah kehairanan..


Hah!! tekun gak korang baca cerita ni ek?? hehe apa yang peliknya cerita nikan? nampak cam biasa je.. dan apa yang  misterinya makcik tuh? Ok jangan panik.. semua ini akan terjawab pada part yang kedua nanti.. NH bukan apa, nanti takut korang bosan pulak baca entri NH Yang panjang berjela ni.. ehehh...


Jadi apa kejadian pelik yang berlaku pada kak imah dan wani semasa mereka disurau nanti ketika menunaikan solat? siapa pula gerangan makcik yang dikatakan penuh misteri itu? Adakah makcik yang berasal dari bentong pahang tu yang dimaksudkan dalam cerita ini? ya pastikan korang semua tidak ketinggalan membaca part kedua yang akan muncul tidak lama lagi. Layannnn...


Nantikannnn....


 Siapakah Gerangan Makcik Misteri Di Perhentian Itu PART II

Isnin, 25 Jun 2012

Blog Nh Kena Remove

Assalamualaikum...

Huh sesungguhnya Nh bersyukur ke hadrat ILAHI...

Petang tadi bila Nh sibuk BW untuk membalas folow dan jejak kat blog kawan-kawan, Tiba-tiba bila nak login dan lepas masukkan pasword, tertera ayat yang membuatkan dada Nh berdebar kencang.. muka rasa sebal semacam.. Badan rasa lemah seperti kehilangan gula pasir gamaknya.. ahah..

BLOG HAS BEEN REMOVED...



Ah!! Sudah!! Apa dah jadi? apa salah aku sampai blog aku di remove? pelbagai persoalan demi persoalan timbul dibenak fikiran!! Tapi Nh cuba bertenang sekejap ( walaupun tak berapa nak tenang sangat)

Terus Nh google, cari info berkenaan masalah ni, Setelah cuba faham apa yang perlu dibuat, Nh terus zasss... buat apa yang patut dengan kadar sesegera mungkin...


Alhamdulillah... Nh dapat kembali membuka blog ni.. ALLAH HUAKBAR... Syukur sangat-sangat...


Nh berterima kasih pada blog maidaribendang ni kerana memberi info yang lengkap dan berguna pada masalah yang NH hadapi...


Nh nak buat tutorial pasal masalah ni Nh tak reti yop.. jadi korang boleh terjah blog maidaribendang, Wajib korang baca sebelum apa-apa terjadi.. bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan...


Setelah itu Nh periksa apa yang membuatkan blog ni di remove, tengok punya tengok ada satu spam meseg disitu.. Ah sudah.. kenapa jadi spam pulak meseg nih?  huh sampai lani Nh tak berapa paham kenapa meseg boleh masuk spam. dan Nh tak pasti adakah meseg-meseg spam itu yang membuatkan blog Nh diremove...

Apapun Nh dikira beruntung sebab dengan segera dapat kembali blog ni.. berbanding dengan rakan lain yang terpaksa menunggu lama untuk mendapat kembali blog mereka..


Syukur Alhamdulillah...

Ahad, 24 Jun 2012

Betul Ke Ada Jambatan Untuk Orang Bunian Di PD?



Asslamualaikum..


Pada Entry kali ini Nh nak kongsikan pada korang tentang kabar angin yang sedang bertiup kencang di internet, sebut sahaja Jambatan Orang Bunian, sudah ramai yang tahu kisah disebalik jambatan ini.. Sehingga membuatkan Nh merasa tertarik untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang jambatan misteri ini.. Al maklum sajalah Nh memang pantang dengar cerita-cerita mistik neh.. Hui mahu tak senang duduk dibuatnya selagi Nh tak tahu jalan ceritanya, lagi best kalau Nh dapat pergi terjah sendiri tempat tu.. Tapi paham-paham jelah kadang-kadang tu segan pulak rasanya.. ahahaha...


Oklah untuk pengetahuan korang, Jambatan ni terletak di lebuhraya Port Dickson (sejujurnya Nh tak pernah lalu Lebuhraya ini) Dikatakan Jambatan ini dibina khas untuk orang bunian (JIN) melintas jalan, kenapa begitu? kerana menurut sumber kawasan ini tempat laluan orang bunian.. setelah kerap berlaku kemalangan di kawasan ini maka pihak berwajib telah membina jambatan ini bagi memberi laluan kepada orang bunian mengunakannya.. Betulkah begitu?? WALLAHUALAM.. 


Yang membuatkan ianya lebih menarik,  jambatan ini sebenarnya tiada laluan seperti jambatan-jambatan lain yang mempunyai laluan untuk kenderaan lalu lalang diatasnya.. di penghujung kiri dan kanan jambatan ini dilihat penuh dengan semak samun menutupi laluan dan ianya tersekat disitu.. Jadi kalau tiada laluan kenapa dibina jambatan tu kan, pelik sungguh?


Oklah kalau korang nak baca kisah selanjutnya tentang misteri jambatan bunian ni korang boleh terjah kat blog ni  FANADYALICIOUS.BLOGSPOT.COM sebab gambar-gambar yang akan Nh paparkan dan kisah mistik ini diambil dari blog beliau.. jom layan gambar jambatan yang masih menjadi tanda tanya dan misteri yang masih belum terungkai...








Macam mana? korang dah lihat sendiri jambatan ini kan? apa pendapat korang? Nh tahu korang semua lagi arif tentang memberi pandangan dan pendapat.. jadi apa salahnya kita berkongsi pendapatkan? adeh berapa banyak pendapat daahh.. ahah..

Apapun Nh taknak korang percaya seratus peratus kisah misteri jambatan bunian ni, sebab kita belum tahu kesahihannya.. Memang kita sendiri akui yang makhluk ghaib itu wujud.. kita sering dengar cerita dari orang lama satu tika dulu, jika ada penduduk yang ingin membuat kenduri, pasti ada yang meminjam pinggan magkuk dari orang bunian.. betul ke? jadi apa pulak kena mengena dengan jambatan ni? adakah orang bunian itu meminta dibuatkan sebuah jambatan untuk mereka? Wallahualam... Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..

Jumaat, 22 Jun 2012

Gambar Anak Anjing Laut Tersenyum Manis Berjaya Dirakam

Memang comel bila Anjing Laut ni tersenyum.. huh rasa macam nak bela je sekor pun jadilah.. rasa cam nak picit-picit je telinga dia, rasa cam nak peluk-peluk jer wat bantal peluk.. hehe.. memang comel!!

Gambar anak Anjing laut Harpa di Kanada ni telah berjaya dirakam oleh seorang Fotografer yang bernama Keren Su.. Beliau sanggup merangkak diatas Ais bagi merakam aksi-aksi anak anjing ini yang sedang tersenyum manis.. Walaupun tempat ini jauh terpencil di Kanada dan memerlukan helikopter untuk kesini namun itu tidak menjadi masalah kepada beliau..

Apalagi jom kita membalas senyuman manis Anak Anjing Laut nih okeh!!




Alahai napelah ko ni comel sangat wahai anak anjing laut.. geramnya!!

Khamis, 21 Jun 2012

Syaitan Membantu Pemuda Ke Masjid?



"Seorang pemuda bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor


.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .




Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali didalam perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

lelaki itu menjawab





"Aku adalah IBLIS"

Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.

Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu.

Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat....



Begitulah syaitan, sentiasa berusaha dengan pelbagai cara untuk memosongkan hati manusia.. jangan dibiarkan syaitan mendapat keuntungan dari setiap apa yang dilakukannya. kita seharusnya bersabar dari segala kesulitan pada setiap apa yang kita lakukan, kerana kita tidak tahu dari kesulitan itu terselit ganjaran pahala yang yang besar buat kita.. Selamat beramal...


sumber

Selasa, 19 Jun 2012

Gambar Seorang Perempuan Bertukar Menjadi Lembaga Yang Menyeramkan Di Ipoh



IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.

Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.

“Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.


“Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.

Apa pendapat korang bila tengok gambar ni yer? 


Isnin, 18 Jun 2012

Pengalaman NH Berkunjung Ke Restoran Adik Manja Yang Penuh Misteri

Asslammualaikum..


Apa kabar kawanku semua.. Lama rasanya Nh menyepikan diri dari mengupdate entry-entry terbaru di blog ini, Rasa malas yang menebal di dalam diri ini membuatkan Nh menjadi seorang yang mudah lupa akan tanggungjawab pada blog ini.. Ecehh.. Sebenarnya nak kata lama tak lama jugak.. Lebih kurang 5 hari kot Nh tak Update.. Jadi untuk mengelakkan blog Nh ini penuh dengan sawang yang menempel, Nh nak kongsikan pada korang pengalaman Nh berkunjung sendiri ke Restoran Adik Manja yang dikatakan penuh misteri ini..


Untuk pengetahuan korang kunjungan Nh ke Restoran ini pun secara kebetulan, kerana tempohari Nh bercuti di Kuantan Pahang.. ( sebelum ni Nh ada bagitahu kat korangkan yang Nh nak bercuti)  jadi bak kata pepatah, 'Sambil menyelam sambil ler meneguk air yer.. hehe.. 


Untuk pengetahuan korang Nh memang tak tahu jalan menuju ke restoran misteri ni, cuma yang Nh ingat restoran ni terletak ditepi jalan gambang menghala ke bandar kuantan.. Kebetulan Nh memang lalu jalan gambang disebabkan Nh bertolak dari batu pahat..Ok dipendekkan cerita, waktu Nh sampai di Restoran adik manja ni, hari telah pun beransur petang dalam pukul 3.30 pm gituh.. Dalam keadaan kepenatan disebabkan memandu jauh dan hampir 5jam di jalan raya, Tiba-tiba badan Nh yang penat dan mata Nh yang mengantuk tadi jadi segar bugar bila terpandang singbord ''RESTORAN ADIK MANJA''.. Haaa... Nak habaq mai na..




Hah!! itu dia restoran adik manja mak!! ayat itulah yang terpacul dari mulut Nh.. Begitu teruja masa tu.. Nh pun memberhentikan kereta betul-betul di depan restoran tu.. Nh sempat snap beberapa keping gambar.. Dari pemerhatian Nh bila melihat sendiri secara live, Restoran ini memang telah pun ditinggal lama oleh pemiliknya.. kawasan sekitarnya pun tak terjaga.. banggunannya pun dah usang, Tapi itu pendapat Nh lah, lagipun masa tu Nh tengok dari dalam kereta jer.. bukan apa, segan pulak rasanya nak pergi dekat kat restoran tu.. har har har...


walaupun kelihatan banggunan tersebut  masih tegap berdiri, ianya seolah-olah seperti menantikan mangsa berkunjung disitu untuk menjamu selera.. hais! seram!! bila Nh teringat kisah seorang brother yang nampak restoran ini penuh dengan pengunjung diwaktu malam, tapi bila hari dah siang rupa-rupanya restoran ni sudah lama tidak beroperasi.. tak dapat nak dibayangkan.. Masa Nh sibuk mengelamun tu, tiba-tiba Nh terkejut bila ternampak satu kelibat satu lembaga sedang melompat-lompat berlari di atas pagar restoran tersebut.. huh!! berderau darah!! kus semangat rupa-rupanya sang tupai.. alahai... sentap mak nak..huhu..  ingatkan apalah.. buat terkejut Boboy jer.. Hahah..


Nh tak lama kat restoran tu, sebab Nh dapati orang yang lalu lalang kat situ pandang  Nh dengan muka yang sangat pelik! huh!! tah apa yang dorang pelik pun Nh tak tahu.. Nh bukanlah paranormal pun, cuma Nh saja nak tengok sendiri restoran tu.. bukan juga Nh nak tunjuk berani.. sebelum sampai kat restoran tu pun berulang kali Nh baca ayat kursi sambil mohon perlindungan dari-NYA.. Alhamdulillah tiada kejadian yang tak diingini berlaku.. apapun yang penting niat kitakan.. siapa sangka Nh sampai gak kat restoran tuh! ko hader? hehehh..


Erm cam tulah ceritanya.. panjang dah rasanya Nh mengomel ni.. Apakata kita tengok gambar yang sempat Nh snap, alah 3 keping ke pun bukan banyak.. ambil pun dari dalam kereta..huhu..





Kalau korang tengok dalam gambar memang nampak clear jekan.. tapi tidak sebenarnya.. restoran ni memang dah nampak usang sangat..  atau mata Nh yang rabun? Apapun korang kena ingat, Nh bukan nak menakut-nakutkan dan memburuk-burukkan nama restoran ni, seperti yang kita tahu banggunan yang telah ditinggal lama memang menjadi kesukaan makhluk halus menetap disitu.. jadi korang fikirlah sendiri yer.. Zassss...

Selasa, 12 Jun 2012

Maafkan Daku, Kerana Diriku Sangat Berharga..Ops?

Salam buat korang semua, apa kabar korang? lama aku tak update entry, entahlah rasa cam hilang mood pulak.. bak kata miss Lana kita, penyakit malas dah sampai.. Betul ker ayat lana ni aku main tebak je nih!! hahaha.




Sebenarnya aku nak mohon maaf ler kat korang, sebab aku privetkan blog ni semalam.. jadi pada sapa yang tak dapat masuk tu aku mintak maaf sangat-sangat, terutamanya pada Kak Zai kita yang tiptop tuh.. tertanya-tanya kenapa tak boleh masuk blog seram aku nih.. hehe sori ek Kak Zai a.k.a Pari-Pari Putih.. bukan niatku untuk berbuat begitu pada kak zai..kehkeh jiwang der! ko hader? hehehhh..


sebab aku privetkan blog ni, sebenarnya aku saja nak test market.. jadi biarlah korang semua tertanya-tanya.. Eh? kenapa blog nasir nih? kena sampuk hantu ker? Ceh!! mulut!! Haha boleh gituh?? 


Apapun terima kasih kat korang semua, kerana sudi mampir ke blog yang dikatakan seram sangat ni, lagi-lagi bila jam telah menunjukkan ke angka 12malam.. hehehh..Seram Der!!  kedatangan korang semua sangat-sangat membuatkan hatiku bernyanyi riang.. terasa diriku ini seperti seorang lelaki kacak yang bertona kulit tidak sekata.. Adeh.. sudah-sudah lah sir ko ni pun!! menjiwang tak bertempat..kah kah kah!! Lawak ker??


Ok disebabkan mood aku down tahap kuasa satu jadi cukuplah sampai disini dulu coretan aku  pada kali ni.. untuk pengetahuan korang berkemungkinan beberapa hari ni aku tak dapat nak terjah blog korang, sebabnya aku akan pergi bercuti ke Kuantan selama 3hari 2malam.. Jadi InsyaALLAH aku akan mula aktif berblog pada hari sabtu nanti.. Korang doakanlah ya.. semoga percutian aku ini lancar tanpa sebarang masalah.. amin..

Jumaat, 8 Jun 2012

Gambar Seram Wanita Bertudung Di Jeti Pulau Tioman

Penampakan hantu berikut ini dilalui oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM).. Dia yang sedang menjalankan tugas di Jeti JTLM Kampung Tekek, Pulau Tioman tidak menyangka bahawa gambarnya yang dirakam oleh rakan setugasnya itu muncul imej pelik disebelahnya.. 


Menurutnya semasa dia sedang berdiri di sebelah tiang jeti, dia langsung tidak menyedari kehadiran makhluk mencurigakan itu di sebelahnya, sehinggalah rakanya memberitahu tentang penampakan itu kepadanya.. Dia yang terkejut dengan penampakan itu terdiam seketika sebelum menceritakan pengalaman yang dilalui kepada rakan-rakan yang lain pada keesokkan harinya. Dia yang telah berhidmat lebih lapan tahun dalam egensi itu mengakui telah beberapa kali melihat makhluk itu muncul didepan matanya....

PELIK: Pokok Misteri Terukir Bentuk Haiwan Ditemui

Pokok-pokok pelik yang akan korang tengok dibawah ini dikatakan ditemui di Negara India, menariknya pokok ini terukir bentuk binatang seperti Ular, Buaya dan pelbagai lagi yang akan membuatkan korang rasa seram sejuk bila melihatnya.. menurut sumber pokok ini juga memang benar-benar wujud.. kalau korang tak caya Jom kita saksikan bersama....










I received these photos via email and it said this tree is “absolutely real!” means not photoshopped work.  I think it’s real but I can’t tell whether this tree is in India, maybe you can google around to get more info
…anyway, it looks awesome!

Khamis, 7 Jun 2012

Gambar Dua Beradik Berubah Menjadi Hantu

Penampakan hantu berikut ini dikatakan diambil oleh dua orang adik beradik di sebuah tempat letak kereta Bukit Panjang singapura.. Menurutnya dia terkejut apabila mendapati gambar itu di seperti terhalang oleh satu lembaga putih dihadapannya, halangan berkabus menunjukkan wajahnya berubah seperti hantu.. mari kita sama-sama tengok gambar dibawah ini...


Apa pendapat korang?

UNIK: Pantai Tiada Lautan Di Sepanyol

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kali ini Nh akan kongsikan pada korang sebuah pantai yang paling unik pernah Nh lihat.. Rasanya korang pun tak pernah lihat pantai sebegini rupa.. mungkinlah.. atau Nh yang jakun nih! haha..

Ok untuk penggetahuan korang pantai ini terletak di Lianes sepanyol dan diberi nama Gulpiyuri Beach, ia merupakan sebuah pantai pertama di Dunia Tidak mempunyai Lautan.. Kenapa boleh jadi begitu? Disebabkan kedudukan pantai ini dipisahkan oleh sebuah Bukit yang besar.. jadi korang tidak akan nampak laut yang terbentang luas seperti yang biasa korang nampak bila berada dipantai yang pernah korang pergi.. Yang menariknya bila korang mandi di pantai ini korang akan dapat merasai ombak seperti biasa... Napa, Tak percaya? korang lihat sendiri...














Memang membuatkan Nh teruja nak mandi kat sini, tapi apakan daya terlalu jauh untuk kesana.. dapat mandi kat pantai Tanjung Balau atau Batu Layar kat Kota Tinggi ni pun dah bagus.. hehehehhh

Rabu, 6 Jun 2012

SUBAHANALLAH: Keindahan Bukit Pelangi Di Negara Turki

Assalamualaikum pada kawan-kawanku semua, semoga korang sentiasa dalam lindungan dari-NYA.. InsyaAllah... Kali ni Nh nak kongsikan satu tempat yang cukup menarik dan indah pada pandangan mata, apa tempat tu? ok.. tempat ini dinamakan Bukit Pelangi kerana bukit ini  bercorak seperti pelangi, bukit ini telah dijumpai di wilayah berbatu di Negara Turki.. 


Bukit pelangi ini telah menjadi pusat tarikan pelancong paling terkenal di Turki kerana keindahannya yang semulajadi.. Mana tahu korang ke Turki, jangan lupa kesini.. pasti dapat meninggalkan sebuah pengalaman yang berharga buat korang.. 




This amazing area is Rainbow Sherbet Hills in Rock Sites of Cappadocia, Turkey. The formations are formed from volcanic turf rock eroded into wild shapes. Residents have carved homes in these rocks and taken dwelling in them for thousands of years. There are even entire underground systems.
Sumber asal : AFT dan Melayukini

Selasa, 5 Jun 2012

Gambar HANTU PELESIT Terakam Disyiling Asrama Sebuah Sekolah

Gempar!! apabila seorang tukang kayu yang sedang membaiki syiling di sebuah asrama ternampak satu lembaga sedang berdiri di atas syiling tersebut, lalu dia merakam imej lembaga itu.. menurut tukang kayu itu lembaga yang berjaya dirakam itu berukuran dalam 15 sentimeter tinggi seperti sedang bergayut dan memerhatikannya.. Baru kali inilah Nh tengok gambar HANTU PELESIT ni, biasanya kalau nampak pun pelesit tu macam biasa jelah, tapi gambar ni lain dari yang lain... jom kita tengok dulu...




Bila Nh tengok betul-betul nampak macam anak patung lah pulak.. ermm.. wallahualam..


Setelah berjaya merakam gambar HANTU PELESIT ni tukang kayu tersebut menunjukkannya kepada seorang pengamal perubatan tradisional... baca petikan dibawah ini..


Pengamal perubatan itu bekata, pelesit di gunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir..


Pelesit ini mempunyai keluarga sendiri, kadang-kadang ianya bertiga dan adakala ia hidup berlima..


"Pelesit juga mempunyai ibu bapa seperti kita. Mereka ini akan menjadi orang suruhan atau orang perantaraan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir" katanya.


Menurutnya, ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria.
"Secara umum, pelesit bukanlah satu mahkluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping.
Makhluk seperti ini mampu menyesatkan akidah orang ramai" katanya..


sumber asal dari sinar harian.

Isnin, 4 Jun 2012

Gambar Hantu Budak Tidak Sengaja Dirakam Oleh Seorang Ibu

Malam ni Nh nak kongsikan korang dengan satu lagi gambar penampakan hantu yang telah berjaya dirakam.. Gambar ini diambil oleh seorang ibu yang mengatakan anak lelakinya, Sirus Walsh ini  sering bermain dengan rakan hantunya.. menurutnya gambar itu diambil menggunakan telefon bimbit yang baru sahaja dibelinya.. 

Dia mendapati rakaman itu menunjukkan bayang-bayang seorang budak sedang berdiri ditepi anaknya, di sebabkan terkejut lalu dia terus memadam gambar itu dengan segera, dan kemudian mencuba sekali lagi merakamnya untuk mendapatkan kepastian.. sekali lagi dia terkejut apabila bayang-bayang ''HANTU BUDAK'' itu masih lagi terakam di dalam telefonnya itu.. jadi untuk melihat sendiri mari kita lihat penampakan ini..



Menurut Julie, nenek kepada kanak-kanak ini.. keluarganya sering melihat Sirus sering bermain dengan seseorang.. tapi yang pasti tiada sesiapa yang sedang  bersama dengan cucunya itu.. Julie juga menafikan gambar ini terhasil setelah di edit.. Julie menegaskan bahawa tiada seorang pun ahli keluarganya yang mahir dalam bidang mengedit gambar...

Bila baca kisah ni Nh teringat kisah anak sedara Nh yang boleh melihat benda-benda halus.. dan jalan ceritanya sama macam cerita diatas, korang pernah baca entry Nh yang bertajuk MISTERI ALAM BUNIAN? kalau belum bolehlah korang membacanya di SINI..

Ahad, 3 Jun 2012

Wajah Manusia Pada Batang Pokok Tembusu






MARANG - Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam.

Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.

"Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun perkara itu hingga diberitahu anak saya," katanya.

Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat 'wajah' itu.

"Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang memandang sesuatu," katanya.

Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang.

Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik.

"Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik," kata Zakaria yang tidak kisah untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu.

Gambar Burung Mempunyai Dua Kepala Dan Tiga Paruh Ditemui



Salam berhujung minggu buat korang semua, Kali ni nh nak kongsikan gambar seekor burung yang boleh dikategorikan sebagai pelik! burung ini telah di jumpai di Northampton, ketika itu seorang wanita yg bernama April Britt mendengar kicauan burung tersebut dari arah pokok di belakang rumahnya.. beliau yg berasa sangat pelik melihat keadaan burung itu terus mengambil gambar burung tersebut.. dan beliau meletakkan kembali burung itu sebelum didapati hilang pada keesokkan harinya..

menurut sumber burung ini dari jenis burung Cardinal dan ianya mengalami kecacatan, mungkin juga peluang burung ini hidup adalah sangat tipis akibat dari kecacatan kekal... jom kita tengok gambarnya...




Comel anak burung nikan? macam kembar siam pun ye jugak.. apapun setiap apa yang ALLAH jadikan pasti ada terkandung hikmah yang tersembunyi disebalinya...

Gambar Hantu Penanggal Yang Berjaya DiRakam, Betul ke?



Korang pernah tengok rupa hantu penanggal? kalau belum pernah tengok haa mari sini Nh nak tunjuk kat korang semua.. tapi... betul ke imej dalam gambar ni hantu penanggal ekk? biasanya kalau kita tengok dalam   filem-filem dan drama-drama.. tak kiralah dari malaysia ke thailand ke lain jer rupa hantu penanggal ni.. huhu.. dalam gambar ni lain pulak?? ermm.. entahlah susah nak dirungkaikan.. cuba korang tengok sendiri dan pastu ulaskan di ruang komen apa pendapat korang.. Tapi ingat ek perkongsian ni hanya sekadar hiburan buat korang yang memang berminat dengan alam mistik.. ingat hanya sekadar hiburan hokeh..hehe..



SEDIM – Penemuan objek menyerupai wajah manusia bersaiz sebiji buah kelapa yang berterbangan di ketinggian kira-kira 3 meter dicelah pokok di Banjaran Gunung Inas, disini jam 2.30 petang menjadi tanda tanya.
Ada dalam kalangan penduduk setempat menyatakan objek yang dirakamkan wartawan Sinar Harian itu mungkin amalan khurafat orang terdahulu bertujuan menjaga kawasan hutan sebelum diteroka.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Kampung Padang Tembak berkata,objek yang dirakamkan itu dipercayai tanglung atau lebih dikenali sebagai ilmu tanglung yang digunakan bagi tujuan kekebalan.
Menurutnya, ilmu itu adalah ilmu hitam yang suatu ketika dahulu dituntut terutama bagi golongan wanita.
“Bagi wanita bergungsi untuk mencantikkan diri mereka bagi lelaki ia mampu membuatkan mereka kebal dan kelihatan hebat”,katanya.
Ramli berkata, pengamal ilmu tanglung selalunya akan keluar pada waktu malam.Kepala pengamal ilmu ini akan terpisah dari badannya ketika keluar mencari makan.
“Pada waktu siang lembaga ini akan mencari katak sebagai makanan dalam hutan. Pada waktu malam ia akan merayau dan meninggalkan badannya ditempat lain.
“Pada waktu malam, lembaga ini akan terbang dan akar terjurai akan menghasilkan cahaya.Bagaimanapun lembaga ini tidak menggangu manusia.” katanya.
Ramli berkata,dia tidak menafikan kemunculan lembaga itu mungkin secara tidak sengaja kerana mereka mengetahui asal usul, memiliki keistimewaan dan perubatan tradisional Melayu mungkin dapat melihatnya.
“Bukan semua orang boleh melihat objek tanglung lebih lagi merakamkannya dalam kamera melainkan ia diseru bagi tujuan tertentu.
“Bagi mereka yang tidak mendalami ilmu kebatinan, tanglung boleh mengakibatkan mangsa menjadi demam dan berada dalam ketakutan,” katanya.
Menurutnya, ada dalam kalangan yang mendalami ilmu perubatan tradisional mampu bercakap dengan alam ghaib dan ada sesetengah makhluk jelmaan atau rasukan itu boleh mengenali mereka.
“Ilmu yang seharusnya diguna pakai ialah ilmu berlandaskan Al Quran dan minta pada ALLAH untuk memastikan segala kesulitan dan masalah dirungkaikan.
“Walaupun ilmu hitam mampu menampakkan seseorang itu hebat tetapi ia dilaknati ALLAH kerana pengamalnya bersubahat dengan jin dan syaitan.” katanya.


sumber

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..