Selasa, 25 Disember 2012

Terima Kasih Sahabat Atas Doamu..

Ya ALLAH,
panjangkanlah usia nya,
Agar lebih lama dapat dia mentaati Mu..

Jadikanlah kehidupan dia sebagai ladang,
Moga di akhirat kelak dia mengutip hasilnya..

Ya ALLAH,
Tambahkanlah amalan dia di saat bertambah usia dia,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalan dia..

Rehat dia adalah rantaian zikir,
Rantai yang dia kalungkan pada leher dia,
Sebagai tanda cinta dia pada Mu..

Ya ALLAH,
Engkau tidak mensia-siakan segala usaha dia,
Mencari haruman Syurga ciptaan Mu,
Tempat rehat dan nikmat abadi....Amin.....

Selamat hari lahir yg ke-32 tahun Nasir Hamzah...

Dari Sahabatmu:: Zuraidah pps.

NH: terima kasih sahabat atas doamu...

posted from Bloggeroid

Jumaat, 21 Disember 2012

Misteri Trafik Yang Terus Menjadi Tanda Tanya...

Assalam...

Apa kabar kawan2ku semua.. di harap semoga korang sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.. (dah macam tulis surat zaman 80an)


Sebenarnya NH ada kemusykilan sikit pasal trafik blog NH dalam 3hari ni, awat trafik cam secara tiba2 naik mendadak, sampai ben ashari pun kalah! haha.. ok NH tipu..


selalunya tak macam ni pun.. blogger macam Nh bila jumpa cam ni jadi jakun sikitlah.. haha

Tapi Takdalah sampai mengalahkan abg ben kita kan, Lagipun blog dia 100 peratus dari air tangan dia, cam blog NH ni banyak main cedok2 campur2..huhu... Tapi adalah peningkatan sikit.. bukan NH tak suka, Tapi terkejut pula rasanya.. 

Bila NH kaji top trafik blog NH ni datangnya dari JOMLIKE.MY...  tapi bila di klik link tu tak dapat pula masuk ke laman sesawang nya.. kenapa yer? rupanya macam dari like fb? mungkin ada yang ping kan entri NH ke fb ker? Huh pening pala dibuatnya...

Siapakah gerangannya.. Kini terus menjadi misteri yang tak dapat NH ungkaikan... ( haha senang je buat keputusan) Apapun NH nak ucapkan terima kasih jika beliau telah memantu menaikkan trafik blog ni.. dah lama rasanya blog NH tak dapat trafik macam ni.. mestilah sukakan..

Oklah NH minta ampun dan maaf kalau entri ni ibarat syok sendiri, Tapi bukan begitu maksud NH,  NH cuma hanya nak tahu je.. dan dikesempatan ini NH nak ucap terima kasih juga kepada kawan2 semua yang sering berkunjung ke blog NH ni... Rajin2 lah bertandang yer, kalau mana awek2 yang single tu aha datang lah meminang terus.. haha.. gurau ok...

Selasa, 18 Disember 2012

Keting, Keting, Keting.... Hais...




Alahai...nak cerita pun sedih lahh.. Tapi inilah namanya dugaan.. huu apapun kena terima juga dengan hati yang lapang... hukhuk...

Dua hari Nh trauma nak tengok keta nh sediri.. bila terpandang je rasa lemah satu badan.. huu walaupun kau kecil dan comel.. tapi kaulah tempat aku kesana kemari.. Tapi apa dah jadi sekarang?? adehh...

Takpelah walau kocek ni tak berapa nak keting2 terpaksa jugalah aku keting2kan juga.. haha..

Cobaan.....


Isnin, 17 Disember 2012

Masalah, Masalah, Masalah... Haiss..

Assalamualaikum..

Apa kbr kawan2 semua..
Dah beberapa hari Nh tak update blog..

Kalau diikutkan memang banyak Nh nak kongsikan kat korang semua.. Tapi tulah masalahnya.. netbook kesayangan Nh tu.. umur baru berusia 2 tahun.. dah pandai merajuk. selalu kalau dipujuk ok je. semenjak dua menjak nilah dh tak makan dek pujuk rayu.. jual mahal la pulak.. line asyik terputus2 jek..

dah beberapa kali suruh abg google pujuk.. tapi hampa, haiss. nampak gayanya kena pi hantaq kat bengkel lah layaknya..

Kalau nak update blog guna hp ni boleh je.. tapi korang paham jelah..

Emm kalau korang ada tips ke atau pernah kena masalah wifi terputus tiba2 korang kongsilah cara penyelesaian nya ya. ok thanks semua...

Apapun Setiap Masalah Itu Pasti Ada Jalan Penyelesaian. InsyaAllah..

posted from Bloggeroid

Rabu, 12 Disember 2012

VIDEO SERAM!! Hantu Budak Muncul Dalam Lif...

12.12.12... Memang cantik tarikh hari ni... mungkin ada sesiapa di antara korang  yang mempunyai kenangan pada tarikh ini, mungkin kenangan manis, pahit, sedih, gembira atau kenangan seram mugkin?  pasti ianya tidak akan dapat dilupakan selagi hayat dikandung badan... Walau apapun yang korang lalui, semoga korang sentiasa happy dalam meneruskan kehidupan di dunia ini... InsyaAllah hendaknya...


Video seram pada kali ni NH nak korang merasai sendiri pengalaman seram apabila di ganggu hantu... Haaa... releks jangan gelabah puyoh ok.. haha...

Cuba korang bayangkan ketika korang sedang menaiki Lif di pejabat? di Hotel? di Pasaraya? atau yang sewaktu dengannya... sedang korang dalam lif tersebut, tiba2 lampu di dalam lif berkelip2 dan terus terpadam, dan korang mula panik, korang cuba bertabah tapi perasaan takut serta panik itu terus menerus menghantui korang, seketika kemudian lampu yang terpadam tadi menyala... secara tiba2 muncul satu makhluk yang menyeramkan berada di sebelah korang... apa yang akan korang lakukan? menangis? menghentak2kan kaki? menampar-nampar pipi gebu korang sambil menjerit sekuat hati? cuba bertabah? terus menggelabah? atau lebih teruk terlintas difikiran korang nak jadi labah2 haha... mengarut.... apapun yang korang rasakan ketika itu hanya korang yang dapat merasainya sendiri...

video di bawah ini adalah sebuah rancangan pekena orang yang dibawakan dari negara Brazil.. macam juga yang NH kongsi sebelum ni.. tapi video kali ni lagi power ranger kot.. huii.. memang scary... tak percaya? korang tengok sendiri...


Seram Dakkk??? Huh memang super seram!! kasihan pulak NH tengok mangsa2 yang terkena... Lagi2 yang last tu siap pecut lagi... haiss...

Isnin, 10 Disember 2012

Video Anaconda Semasa Memuntahkan Bangkai Lembu...

Salam, Apa kabar kawan2 ku semua.. di harapkan korang semua sentiasa dalam lindungan-Nya, Dah beberapa hari ni NH tak dapat nak update pun entri kat blog ni.. Penatt.. takde mood, blank salah satu penyebabnya.. Walau apapun NH tetap akan update dari masa ke semasa bagi membuatkan blog NH tidak bersarang.. haha..

Oklah perkongsian kali ini NH nak bagi korang semua tengok satu Video dimana seekor Ular Sawa Gergasi telah memuntahkan bangkai seekor lembu yang dibahamnya.. Kejadian ini berlaku di sebatang sungai sebuah hutan di Brazil..

Eeeeiii geli makk.. haha.. pada sapa yang sanggup nak tengok tu silalah korang saksikan video dibawah ini.. tapi pastikan bukan waktu korang sedang makan tenghari okeh.. pastikan itu... huuu..




Amacam? Korang nak tahu sesuatu? Ya NH tengok separuh je video ni ok.. Tak lalu.... aha....

Khamis, 6 Disember 2012

Gambar Awan Dan Pelangi Luar Biasa Di Gunung Everest

SUBAHANALLAH.. cantiknya....



Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang merupakan anggotaInstitut Astronomi Sternberg di Moscow, Rusia dengan menggunakan sebuah kamera biasa.

Fenomena yang pelik tersebut berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan. Orang tempatan juga dilaporkan jarang menemui pelangi luar biasa itu.

“Saya hanya merakamkan beberapa gambar disebabkan ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap kejadian pelangi awan yang luar biasa itu,” kata Bartunov yang turut menyaksikan keajaiban itu bersama beberapa wanita Britain lain. – Agensi (Kosmo)

Rabu, 5 Disember 2012

Bayi Kembar Dalam Kandungan Hilang Secara Misteri

Diam tak diam dah 5 hari NH tak Update entri.. haiii... Diam tak diam juga dah 5 hari NH tak menjengah blog kengkawan semua.. apa dahh.. urmmm...

Ok lah tanpa membuang waktu, kita teruskan saja dengan kisah yang NH rasa ianya cukup hiba dan sedih... Di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari, begitulah yang di alami pada Pasangan suami isteri ini apabila Bayi kembar didalam kandungan isterinya, telah hilang secara misteri, sedih bukan? tapi itulah hakikat yang terpaksa di terima dengan rehda.. Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang.. pasti ada hikmah yang tersembunyi.. nak tahu kisahnya, Baca Artikel di bawah ini...


Detik penantian 5 tahun seorang suami bagi menimang anak sulung hancur setelah anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya telah hilang secara misteri.

Kejadian yang berlaku di Pokok Sena itu tidak diduga dan kehilangan itu berlaku semasa dia bermimpi sewaktu tidur di rumah ibunya, Che Som Endut di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.

Lebih memeranjatkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungan mangsa tersebut di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang telah dipercayai hilang di malam yang sama.

“Pada malam tersebut, saya telah bermimpi didatangi 5 wanita berjubah mendekati saya dan membacakan sesuatu sebelum mereka hilang setelah azan Subuh berkumandang. Setelah terjaga, saya mendapati perut saya yang selama ini besar dan berat (berisi kandungan) , tiba-tiba telah ringan dan kempis,” ujar mangsa.

“Saya terkejut dan mula mengesyaki ada perkara buruk yang tidak kena berlaku dan lantas mengejutkan suami saya, Aziz Hussein bagi memberitahu apa yang berlaku. Apabila tiba di Klinik Kesihatan Pokok Sena bagi tujuan pemeriksaan pada lebih kurang pukul 9 pagi esoknya, bayi kembar dalam kandungan saya telah disahkan hilang. Saya berasa sangat sebak hanya mampu menangis,” jelas Norliana penuh hiba.

Mangsa yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, telah dijadualkan bersalin pada 3 November lepas. Berikutan peristiwa itu, dia mengambil keputusan bagi tinggal bersama ibunya di rumah ibunya sejak sebulan yang lepas bagi memudahkan mangsa bersalin kelak.

Norliana menjelaskan lebih lanjut, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawa beliau membuat ujian pengimbasan kandungan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul dan dia dimaklumkan mengandung kembar perempuan.

“Akan tetapi semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul bagi mengesahkan dakwaan itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang,” jelas Norliana lagi.

Norliana juga turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarganya dua hari lepas bagi mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku ini. Pengamal perubatan itu juga menyatakan bahawa bayi kembar itu benar-benar hilang dalam kandungan.

NH: Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Bersabarlah dan redhalah menerima ujian dari-NYA.. InsyaAllah akan ada kurnia ganti yang lebih baik di hari mendatang..

Credit By melayukini.net
.

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..