Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013 Buat Kalian...

Assalamualaikum...

Lama rasanya nh tak update blog ni, sejak tanggal hari lahir nh pada 25 haribulan tempohari terus nh menyepikan diri.. langsung tak berkesempatan nak mengeluarkan idea2 untuk entri blog.. Maafkan nh..

Jadi dikesempatan ini nh ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada kawan2 semua yang tak pernah terlupa akan mengucapkan HAPPY BIRHDAY untuk nh di facebook.. tak sangka pula nh ramai yang wish.. dan nh tak sempat nak membalasnya..  semoga jalinan ukhwah yang terjalin ini diberkati ALLAH.. Amin..

Dan tak lupa juga nh ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 buat korang semua.. semoga di tahun baru ini memberikan kita semangat untuk terus menempuh liku2 kehidupan ini dengan hati yang tenang serta kesihatan yang baik dan semoga diberkati umur kita dan kehidupan kita di dunia ini... InsyaALLAH, Amin...



Jiwa akan sepi tanpa teman,
Hati akan mati tanpa iman,
Hari ini adalah kenyataan,
Esok adalah impian,
Sucikanlah hati,
Jernihkanlah fikiran,
semoga jalinan ukwah ini berpanjangan.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013


PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..