Khamis, 21 November 2013

Villa Nabila Kini Dipagar

Asslamualaikum..

Kembali lagi berita tentang villa nabila yg semakin popular di seluruh malaysia umumnya..

Kini villa nabila telah pun di pagar kerana mengelakkan ianya dari terus menerus di kunjungi oleh orang ramai..

Sedikit berita dari sumber h.metro..

Johor Bahru: Banglo terbiar, Villa Nabila di Jalan Skudai di sini, yang mendapat perhatian ramai penyebaran khabar angin melalui Internet kononnya 23 remaja disembunyikan makhluk halus tengah malam Sabtu lalu, kembali sunyi selepas pihak berkuasa mengesahkan dakwaan itu fitnah semata-mata.

Kawasan banglo terbiar seluas dua padang bola sepak itu sebelum ini menjadi antara lokasi tumpuan mereka yang ingin meneroka misteri yang dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik.

Bagaimanapun, ia kembali sunyi apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang pagar di pintu masuk utama bagi mengelak pencerobohan.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bertindak memasang pagar zink pada petang kelmarin.

Datuk Bandar MBJB Ismail Karim berkata, kerja memasang zink itu dilakukan petang kelmarin selepas pihaknya mengeluarkan notis kepada pemilik villa berkenaan supaya membersih dan menutup bangunan.

“Sepatutnya pemasangan pagar dibuat selepas seminggu notis dikeluarkan, namun kami memagarnya segera memandangkan orang ramai masuk ke vila itu hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Buat masa ini kami buat pagar di kawasan pintu masuk utama dulu dan jika ada keperluan barulah kami memasang pagar pada laluan masuk dari arah belakang,” katanya.

Villa Nabila yang terbiar sejak 40 tahun lalu menjadi tumpuan apabila seorang remaja lelaki dilaporkan ‘hilang’ selepas memasuki premis itu bersama beberapa rakannya awal pagi Sabtu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/21

NH; cukup2 sudah jangan pergi lagi villa nabila ya kawan2.. kalau teringin sangat nak pegi tu.. cukuplah lalu je depan villa tu.. jeling dari jauh.. hehe

Selasa, 19 November 2013

Budak hilang di Villa Nabila sudah pun ditemui...

Assalamualaikum.

Lama betul NH tak menulis dlm blog ni.. rasa dh nak dekat setahun lamanya.... perasaan mcm rindu jer.. mcm sayang jer kat blog ni terpaksa NH simpan ketat2 sebb dh mcm ketandusan idea je nak menulis.. huhu

Tapi bila NH bukak blog nh semalam terkezut plak nh tgk ramai betul pengunjung blog ni.. hanya kerana kes budak hilang kat villa nabila tu.. pehh!! Punyalah glamor villa nabila hingga blog nh yg dh besawang ni pun terkena tempiasnya.. huhu.. (abeslah nh dh syok sendiri katanya.. haha)

Apapun utk permulaan ni nh nak korang baca sedikit bingkisan berita pasal kes budak hilang kat villa nabila tu sudah pun ditemui.. syukurlah dia selamat..

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi.

Sehubungan itu beliau berkata orang ramai dinasihatkan menghentikan khabar angin mengenai villa berkenaan kerana menganggu tugasan polis.

"Rumah berkenaan adalah milik persendirian jadi kita tak boleh sita. Bagaimanapun kita terpaksa bertindak buat kerja kerana ia mengakibatkan kesesakan teruk di hadapan kediaman itu.

"Hentikan juga penyebaran di laman sosial. Malah kita akan serahkan kepada SKMM untuk mengambil tindakan kepada pemilik akaun laman sosial yang menyebarkan maklumat palsu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/19

Dah baca? Nh pun taknak basa basi pasal ni.. cuma pesanan nh pasni kalo nak gi mana2 tu bgtau lah keluarga terlebih dahulu.. lagi2 skrg ni zaman teknologi di hujung jari.. tak gitu ya... katanyaaa.. huhu..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..