Video ini adalah dari sebuah rancangan yg paling tip top di indonesia iaitu SUPER TRAP... di mana rancangan pekene orang... huhu...
Jumaat, 30 November 2012
VIDEO SERAM: Misteri Karyawan Hilang...
Video ini adalah dari sebuah rancangan yg paling tip top di indonesia iaitu SUPER TRAP... di mana rancangan pekene orang... huhu...
Siapakah Lelaki Berjubah Hitam Itu?
Assalam...
NH terkejut bila melihat gambar di atas ni.. apa tak terkejutnya? Menurut dari sumber yang NH baca semasa gambar ini di ambil tiada lelaki berjubah hitam di belakang dua wanita ini.. tuan empunya gambar ini mengakui yang tiada sesiapa berdekatan dengan beliau ketika itu..
Jadi siapakah lelaki misteri ini? Dari manakah asal beliau yg secara tiba2 ingin bergambar sama.. wallahualam..,
Khamis, 29 November 2012
Gambar Jambatan Yang Paling Menyeramkan Di Dunia...
Ok entri seram pada kali ini Nh akan bawakan korang semua ke Jambatan yang cukup2 menyeramkan, ianya akan lebih seram bila korang melihatnya sendiri.. Hati2, pasti gambar Jambatan ini akan menghantui korang...
Bukan untuk menakut-nakutkan yer!! apatah lagi menaya korang, tapi ini adalah bukti setelah Nh melihat sendiri Jambatan Horror ini, terus Nh sentap 2 kali.... Korang boleh lihat sendiri gambar di bawah ini...
Zaasssss.................
Kann? Nh tak tipu... Kan dahhh Kena... Ehehehehee..... Ahahahahhhh..... mengilai tahap Hantu Kak Limah.....
Rabu, 28 November 2012
Sadis!! Gambar Camera AES Menyembah Bumi...
Mesti ramai yg dah tahu kan tentang aes ni. pada yang belum tahu tu boleh lah korang tanya pakcik google. dan pada siapa pengguna android tu boleh la korang download aplikasi untuk aes ni di google play sebagai perisai.hehe..
Ok di bawah ni ada beberapa keping gambar camera aes yang telah pun menyembah bumi. ni Nh dapat dari banyak sumber. Nh pun tak tahu nak kata apa.. cer tengok gambar di bawah ni..
Kesian pula NH tengok kalau macam tu gayanya.. semua gambar di atas ini berpunca dari kemalangan dan vandalisme...
NH pernah di snap oleh AES ni, tapi... di sebabkan ketika itu pemandu line kanan memandu dengan laju, huhh tak pasal2 NH yang kena snap.. huaaa....
Huh! sabojelah eh.. pd Nh Aes ni ada baiknya jugakan?
so apa pendapat korang? korang penah terkena snap AES ni?
Selasa, 27 November 2012
Misteri Bukit Berhantu Yang Menyeramkan
Bertempat di Centralia di negara Columbia, terdapat sebuah kota yang dikatakan berhantu, seramai 5000 orang yang menghuni kota itu pada tahun 1960 dan kini hanya beberapa penghuni saja yang berani menetap disitu akibat dari kebakaran hutan dan dikatakan kebakaran itu akan berterusan sehingga 250 tahun mendatang.. hui.. macam mana agaknya boleh jadi macam tu eh? misteri bukan? Wallahualam...
Menurut sumber lagi kota itu dahulunya adalah sebuah kota persinggahan yang makmur dan menarik.. terdapat sebuah kilang bioskop, 3 buah sekolah, sebuah restoran, pejabat pos dan 7 buah gereja... Tapi kini kota itu telah berubah menjadi kota berhantu... Maklum sajalah bila sesebuah tempat itu telah ditinggal lama pasti mahluk halus datang menghuni.. huh macam manalah agaknya kalau NH berada disana sekarang ni... entahkan tidak balik ke malaysia gamaknya... haha tetiba jek..
Ok jom kita layan gambar suasana seram di kota berhantu ini...
NH teringat movie seram yang sempat NH tonton bertajuk the silent hill.. sangat menyeramkan... dan ianya antara movie yang sangat NH minati...
Sumber; melayukini.net
Blog Nasir Hamzah Kembali Dibuka...
Amacam header tuh okeh tak? Haa kalau korang nak tahu header tu adalah tajaan dari Cik Lana.. ada 5 header tajaan beliau.. jadi pilih mana suka... Apapaun pada NH asalkan blog NH kemas pun dah memadai... Yang penting mesra seo.. eceehhh... InsyaAllah lepas ni mudah2han hendaknya lebihlah bersemangat hendak mengupdate blogkan... amin..
NH ada ler hantar blog ni pi timbang, nak tengok berat ke tak.. mana tahu lepas tukar template baru ni asyik meloding je kejenya kan.. tak ke haru korang semua nak masuk blog ni.. haa dibawah ni NH ada buat screen shot sikit.. boleh ler korang tengok ya.. kalau ada yang salah tu bagi tahu ler.. NH ni memang lemau sikit bab2 gini.. hehe...
Nak timbang blog korang pi sini
Sabtu, 24 November 2012
Blog nasir hamzah di tutup buat sementara waktu...
Salam sejahtera buat kawan2 dan pengujung blog nasir hamzah..
Di sini NH nak bagi tau kat korang semua yang blog ini akan ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja2 ubah suai pada blog ini, insyaAllah bila dah okeh NH akan open kembali blog yang tak seberapa nak dikenali ramai ini.. hukhuk..
Tak lupa juga NH ingin mohon maaf jika beberapa waktu kebelakangan ni terlalu kurang dapat menjenguk blog2 korang semua, masa amat membataskan...
Apapun korang tetap NH ingati dan hormati... nice to meet you semua...
Rabu, 21 November 2012
SUBAHANALLAH.. Cantiknya Awan Itu.. Seolah-Olah Terbentuk....
Petang Selasa sempena hari cuti aku, aku bersama mak, kakak, dan Cik An (seorang blogger comel) serta anak2 sedara yang lain, memulakan riadah ringkas dimana kami bersiar2 di tepi pantai Telok Sengat dan kampung Johor Lama.. Saja mengambil angin petang setelah sekian lama tak beriadah di tepi pantai.. dapat juga menghilangkan lelah seharian bekerja..
Dari mula nak sampai jalan masuk teluk sengat aku dah terpandang segumpalan Awan yang silau di sinari cayaha mentari yang menandakan hari akan beransur senja.. indahnya simbahan cahaya mentari di celah2 awan itu membuatkan hati aku meronta2 untuk cepat sampai ke teluk sengat... Ya memang indah... Jarang aku jumpa keindahan sebegitu di pantai telok sengat.. Adehh...
Sampai kami ditepi Pantai aku mula berlagak seperti camera man, kebiasaannya seorang camera man akan membawa camera DSLR Tu kan? tapi aku lain, aku bawak papan sekeping tuh.. (tablet murah ajer) Aku snap gambar2 awan yang membuatkan aku teruja melihatnya... tak lupa gambar jambatan lebuhraya senai desaru yang melintasi sungai Johor tu pun jadi mangsa kerakusan aku.. hahah.. apapun Memang permandangan disini tak kalah menariknya... SUBAHANALLAH...
Jika korang semua perasan simbahan cahaya pada awan ini seolah2 terbentuk Kalimah Allah.. aku perasan ni pun masa aku belek2 balik gambar ni masa aku kat rumah.. Wallahualam..
Apapun memang indah dan aku suka dengan keindahan Alam ciptaan ALLAH.. Tidak jemu mata memandang dan tiada cacat celanya... MASYAALLAH...
Terima kasih ALLAH...
Sabtu, 17 November 2012
Ujian Dalam Kehidupan...
kita sering mahukan hari yang
cerah tapi Allah mengetahui,
hakikatnya hujan perlu
diturunkan..
kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali
kesusahan tetapi Allah lebih
mengetahui, kesusahan itu
mengajar erti kehidupan..
kita sering inginkan
ketenangan, hakikatnya diri
penuh dosa dan kejahatan
kerana manusia tidak lepas
dari melakukan kesilapan..
semuanya bukan hukuman..
tapi...
Sebagai tanda kasih sayang
Tuhan agar kita lebih tabah..
itulah ujian dan dugaan
dariNya pada hambanya untuk mengenal erti kesabaran...
BERSABARLAH...
NH: sama-samalah ita muhasabah diri..
Sabtu, 10 November 2012
SERAM!! Gambar Penampakan Hantu Di Bilik Hotel
Assalam..
Entri seram kali ni NH akan paparkan pada korang satu gambar yg di muat naik sendiri oleh isteri kepada lelaki di dalam Gambar ini...
Dikatakan imej penampakan hantu ini terakam semasa beliau sedang mengambil gambarnya sendiri di sebuah bilik hotel yang namanya dirahsiakan...
Percaya atau tidak mari sama2 kita saksikan gambar penampakan ini...
Sebenarnya Nh jumpa gambar ni di dalam satu forum yang Nh pun dah lupa apa nama forum tersebut, huhu poyo jek... dah lama juga NH simpan gambar ni dalam pc. Tapi tak berminat nak jadikan entri kat blog NH...
Tapi... yer ada tapinya... disebabkan tarikh hari ni adalah tarikh yg KACAK LAGI BERGAYA maka dengan bersemangatnya NH menaip dan mempublishkan juga gambar ini untuk tatapan korang semua yg berminat dengan alam misteri..
P/s : Nantikan kisah pengalaman seram NH ke Istana yang dikatakan penuh dengan seribu satu misteri yang masih belum terungkai di Entri akan datang khas buat korang semua..
Selasa, 6 November 2012
Bungkusan Pocong Tanah Kubur...
Pada entri santai seram kali ni, Nh nk kongsikan kat korang semua tentang satu kejadian yg penuh misteri yg mungkin membuatkan korang rasa seram yg melampau.. ecehh ayatt pun agak melampau2 gamaknya... heheh..
Apapun korang baca dulu artikal yg NH ambil dari sumber hmetro di bawah ini..
JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.
“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.
Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam. Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.
Bila NH jumpa artikel ni, Teringat NH pada sorang kawan, apabila dia disihir hanya kerana dia tidak membalas cinta seseorang.. lalu disihir sehingga beliau meninggal dunia... sedih bukan.. hanya kerana cinta tak dibalas, orang yang tidak bersalah menjadi korban..nauzubillahiminzalik.. semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya...
Sabtu, 3 November 2012
Alhamdulillah, Selesai Sudah Mengisi Borang BR1M 2.0 Secara Online...
Apa kabar para blogger dan para pengunjung Blog NH?
moga korang semua sentiasa didalam lindungan dari-Nya.. InsyaAllah.. Amin...
Tajuk entri kali ni panjang sikit dari yang sebelum belum nyaa.. heheh.. Yer.. tentang permohonan BR1M 2.0 Untuk rakyat malaysia.. Semestinya ramai yang dah tahukan berkenaan BR1M ni.. So korang dah mohon belum? haa pada yang belum tu baik mohon cepat.. NH sendiri baru saja selesai memohon BR1M ni secara online..
Sebenarnya NH dapat tahu pun dari entri blog Caliph (thanks Chalip) Kebetulan beliau ada buat entri pasal BR1M ni.. Baru ler NH tau yang kita boleh mohon secara online, mudah dan senang.. kita cuma tinggal ikut jer syarat2 dan kelayakkan untuk memohon serta panduan untuk mengisi borang online yang telah disediakan di laman web rasmi BR1M 2.0.
Jadi apa tunggu lagi baik mohon sekarang juga!! kalau ada rezeki dapatlah juga tambah2 duit poket kan kan? heheh.. bak kata pepatah " REZEKI JANGAN DITOLAK, MUSUH JANGAN DICARI" JODOH PASTI DATANG SENDIRI... Ehh.. ditokok tambah pulekkk... hahahh..
Ok pada yang nak mohon boleh lah KLIK SINI dan untuk panduan cara mengisi borang KLIK SINI
Moga Berjaya.......