Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Setelah 3hari berpuasa dan menahan lapar dan dahaga dan Berehat seketika akhirnya Nh berjaya jugak masuk blog ni.. baru je beberapa hari Nh tinggalkan blog, dah penuh dengan sawang, bukan sawang je labah2 gergasi pun pun ada.. Haha.. Tipu sudah.. Nasib baik mak menti tak dapat menyelusup masuk blog ni. kalau tidakkk.. terus glamor blog ni... kuang33x...
Hari ni NH nak mengomel sikit.. Sebenarnya ada seorang teman ni, bertanya pada Nh kenapa dh jarang update entri baru? Pastu dah takde cerita2 seram terbaru.. Dah malas nak blog kerr? ke dah putus asa?? pehh!! persoalan demi persoalan di lemparkan dari beliau yang bukan blogger pun.. cuma beliau memang suka baca entri2 blog NH ni.. Bila pertanyaan begitu di utarakan pada NH, muka NH jap berubah merah, jap berubah hijau.. jap pulak berubah pemuda soleh gituhh.. haha.. NH hanya terdiam tak tahu nak jawab apa.. cuma NH cakap tungguuuu...... Apapun NH berterima kasih pada beliau kerana beliau kini pembaca tetap blog NH...
Ok bagi jawapan tersebut, pertama sekali, seperti yg Nh pernah katakan sebelum ini, sebenarnya Nh tersangatlah sibuk ketika di bulan puasa ni.. jika kebiasaanya Nh buat satu kerja dalam sehari semalam, tp skrg ni tidak, kerja sudah jadi berganda.. siang kerja cam biasa, malam pulak kerja sambilan bagi menambah pendapatan untuk beli baju raya.. ahaha.. jangan fikir yang bukan2 okehh...
Kerja sambilan yg Nh buat di bulan puasa ni mcm2.. Sila baca list dibawah ini... Haa siap ada list bagai.. Ko hader list2 bagai neehhh.. Pinjam ayat pari2 jap... hikhik...
Yang ni pulak tempahan yang baru saja NH terima..
Yang ni pulak baju raya NH tahun ni.. yang belang2 tuhh.. kain ni dah beli tahun lepas tapi tak sempat nak jait terus tunda untuk tahun ni.. Haha boleh gituhh...
1. menyiapkan tempahan baju raya.. Huhu sentap mak nakk.. yer, percaya atau tidak sebenarnya Nh ada mengambil tempahan baju raya bg kaum lelaki dan perempuan pada setiap tahun.. tapi untuk tahun Nh terpaksa menapis tempahan tersebut dan hanya menjahit baju untuk family sendiri saja.. sebabnya? Tak larat maaa.. mana larat, penat lorhh.. jait baju ni nak kena fokus betul.. Silap potong jadi baju hujan gamaknya... Kalau masa raya nanti hujan takpelah jugak... kalau panas tak ker naya... kah kah... saboorr jelahh...
Yang gambar tona tak sekata ni adalah gambar dingding rumah NH yang telah dicat warna krimm hehee layann..
2. Mengecat rumah.. Ye ini juga adalah kerja sambilan yg NH lakukan.. tp untuk rumah sendiri ajelah ye. umah orang? doranglah yang mengecat.. hahaha..
Cantik jugak Produa Nautica nehh kan..
3. Menjadi pemandu peribadi, Ha korang kalau nak tau NH memang dah lama jadi pemandu peribadi ni.. Tapi bukanlah pemandu Datuk ke.. Datin ke.. Tapi pemandu peribadi Mak NH... Hahaha... Yerlahh, kalau tak NH sapa lagikan, kakak NH takde cita2 pun nak ambil lesen.. Yang bestnya jadi pemandu peribadi ni tiap2 tahun dapat pi melancong.. keh keh.. bukan tiap2 tahun jer tiap2 minggu dapat jalan lorhh.. ko haderrr... hihi...
Ketiga2 pekerjaan ni pun dah cukup membuatkan NH jadi kelam kelibut dibuatnya.. Rasanya cukuplah 3 tugas yg NH pikul wat masa ni.. Janganlah ditambah lagi.. Almaklum sajalah kesihatan Nh pun tak berapa baik sekarang... mungkin dugaan bulan puasa... NH redhaa...
Jadi masa Nh untuk blog sangatlah terhad.. kalau ada masa terluang pun nak buat entri takda mood sebab dah kepenatan... Maafkan NH kalau tak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada blog buat masa sekarang.. InsyaAllah bila semuanya dah selesai NH akan update entri seram terbaru dan terbaik punya.. Lagi pun sekarang ni bulan puasakan.. Jadi rasanya perlulah NH bercuti dahulu dari mengupdate entri2 seramm kann? kann??
Maka dengan ini terjawablah misteri mengapa Nh menyepi buat seketika waktu.. Terima kasih pada yang bertanya tuh.. ianya adalah satu penghargaan pada NH.. maknanya adalah yg minat dengan cerita2 santai seram kat blog Nh ni.. hehe Awak suka? Saya sukaa...
Oklah cukuplah ngomelan NH pada kali ini, Jika ada kesempatan NH akan Update lagi okey.. See you....
P/s: Agak2, entri ni kena tak dengan tajuk diatas?