Sahri tercegat di hadapan rumah amar, seperti tidak percaya yg dia berada di halaman rumah sahabatnya itu, rumah itu terlalu uzur dan tidak terjaga.. disekelilingnya pula bersemak samun bagai rumah yg dah ditinggal lama..
Sahri! cepatlah masuk, apasal kau tercegat kat situ, masuk cepat.. kata2 amar membuatkan sahri tersentak..
Kenapa rumah kau ni jadi macam ni amar, macam rumah tinggal dah aku tengok,soal sahri yg masih pelik dengan keadaan rumah amar yg tak terurus itu.
Amar hanya mendiamkan dirinya, sahri pula terus melangkah masuk ke dalam rumah amar yg berselerak, perabot2 didalam sudah banyak yg rosak dah berhabuk, sarang labah2 pula penuh di setiap penjuru rumah sahabatnya itu... dia mengeleng2kan kepalanya..
Amar yg sedang duduk bersandar di dinding rumahnya memulakan bicara..
Sejak ibu aku meninggal, rumah ni dah tak terjaga, aku pula seperti org hilang semangat, jadi tak tentu arah, hidup aku macam dah tak bererti lagi, orang2 kampung semua tak sukakan aku.. diorang semua cakap yg aku ni gila..
Kau tahukan, masa tak berapa lama kau pergi sambung pengajian di luar negara, mak aku jatuh sakit, aku terpaksa menolak tawaran untuk menyambungkan pelajaran aku ke universiti.. aku tak sampai hati nak tinggalkan ibu aku sorang2 disini, lagi2 dengan keadaan dia yg sedang sakit...
Kerana kesempitan hidup aku ikut abg haris pergi menukang rumah org, tapi tak lama, aku berhenti.. sebab abg haris dapat tender dekat luar daerah.. mana aku nak ikut, takkan aku nak tinggalkan mak aku.. lepas berhenti kerja dgn abg haris, aku ambil upah kait kelapa, tak berapa sen pun aku dapat.. tapi cukuplah aku buat belanja sehari2..
Cukup setahun mak aku sakit , dia pergi meninggalkan aku.. aku sedih, aku hilang arah tujuan, aku dah tak ada sapa2 lagi dalam dunia ni, aku dah macam org gila, kau tengok lah keadaan aku sekarang ni.. tak terurus... tentu kau pun sangka yg aku ni gilakan?
Kau nak tahu kenapa kaki aku tempang macam ni, masa tu ada penduduk kampung yg kehilangan kambing, kebetulan kambing dia sesat dikawasn rumah aku, jadi diorang tuduh aku yg mencuri, aku yg tak tahu apa2 dibelasah sehingga kaki aku patah.. mak kau lah yg hantar aku ke hospital.. sampai sekarang kaki aku tempang macam ni.. amar melihat kakinya sambil dia menahan sebak didadanya.. air matanya mula bergenang...
Sahri yg dari tadi mendengar luahan amar menyampuk, ibu aku ada bagi kabar yg mengatakan mak kau meninggal.. itupun melalui surat yg dihantar.. lepas tu aku dah tak ada dengar kabar kau lagi...sahri memandang amar dengan perasaan sayu...
Takpelah sahri, mungkin ini ujian yg harus aku jalani.. takpelah.. aku redha.. kata2 amar dibalas dengan dengan senyuman pahit yg terpancar dari riak wajahnya...
Ah bual2 juga air aku belum buat lagi, kau tunggu sekejap aku pergi buat air untuk kau.. amar bingkas bangun dan menuju kedapur..
Sahri pula menyandarkan badannya ke dinding dan termenung memikirkan apa yg dicerita oleh sahabatnya itu sebentar tadi, kasihan kau amar, kau bukan org tak berpelajaran, tapi disebabkan kau berbakti pada org tua kau sanggup kau ketepikan pelajaran kau.. sungguh mulia akhlak mu sahabatku.. aku tak dapat nak membayangkan jika aku berada di tempat kau..
Hah, sahri? apa yg kau menungkan tu, ni jemput minum, air teh sejuk je aku dapat hidang..amar mempelawa sahabatnya.. sahri yg sememangnya haus terus meneguk air teh yg dihidangkan.. ha.. sedap air teh kau buat ni, sahri memberi pujian kpd amar.. amar hanya tersenyum..
Aku tengok kau dah letih sangat, lepas ni kau tidurlah sahri.. tentu kau penat seharian perjalanan kau.. tapi sebelum kau tidur aku nak minta sesuatu pada kau, boleh?
Kau nak minta apa amar, ops, baru aku teringat aku ada bawakan kau ole2 dari sana.. sahri menyelukkan tangannya kedalam beg dan mengeluarkan sekotak hadiah dan dihulurkan kepada amar.. amar menyambut hadiah itu dengan wajah berseri2...
Wah, ingat juga kau kat aku.. terima kasih, susah2 je kau ni..
Sahri, aku sebenarnya nak minta maaf jika aku ada melakukan kesalahan dengan kau semenjak kita berkawan, hari ini aku gembira kerana akhirnya aku dapat berjumpa dengan kau, terubat rindu aku pada kau sahri.. satu je yg aku minta jika aku mati kau selalulah jenguk kubur aku dan sedekahkan aku fatihah yer sahri...
Sahri terkejut dengan sikap amar, tak disangka itu permintaan amar pdnya..ish kau ni jangan cakap macam tu lah amar, tak baik.. apapun aku maafkan kau amar, kau takde salah apa2 pun kat aku, kaulah sahabat aku dunia dan akhirat.. sahri membalas kata2 amar...
Amar terus memaut bahu sahabatnya itu, dipeluk tubuh sahri erat2.. sahri semakin berasa pelik dengan kelakuan yg ditunjukkan amar.. sudahlah amar, kau jangan bimbang aku akan bela nasib kau lepas ni.. sahri memujuk sahabatnya.. padanya biarlah dia berkorban untuk membela nasib sahabat baiknya itu..
Selepas itu sahri tertidur diatas tikar mengkuang yg dibentang oleh amar.. hari semakin menganjak ke subuh.. laungan azan sayup2 kedengaran di telinga sahri... tetapi disebabkan keletihan yg teramat sangat sahri terlena dibuai mimpi yg indah...
sahri!! sahri!! buat apa kau tidur disini? Ya Allah anak aku, puas ibu cari kau nak. disini rupanya kau.. cepat bangun nak, macam mana kau boleh ada kat sini... astagfirullahalazim... ibunya yg kebingungan menggoyang2kan badan sahri..
Sahri bingkas bangun bila mendengar suara ibunya, eh?? mak ada kat sini? macam mana mak tahu sahri ada dekat rumah amar ni? sahri terpinga2 sambil menggosok matanya...
ibunya yg mendengar apa yg dikatakan oleh sahri terkejut dan mengucap beberapa kali.. kau ni mengigau ke sahri, kau nampak kau berada kat mana sekarang ni?? ibunya bertanya..
sahri mengosok2kan matanya, direnung batu nisan berwarna puteh dihadapannya yg tertera nama.............
mohd amar bin sudin
1978 - 2004
telah kembali kerahmatullah pada 15 januari 2004
Sahri tergamam bila membaca tulisan yg tertera nama sahabatnya itu, dia seperti tidak percaya apa yg dilihatnya, baru malam tadi dia bersama amar, dia tidur di sebelah amar... dia berbual bersama amar.. apa yg berlaku sebenarnya, ibu apa ni? sy tak faham.. sahri menyoal ibunya..
Ibunya yg melihat sahri terpinga2 lalu menarik tangan sahri, mari kita balik nanti ibu ceritakan semuanya pada kau.. sahri yg masih dalam keadaan terkejut mengikut ibunya pulang...
Sahri termenung di beranda rumahnya, apa yg diceritakan oleh ibunya sebentar tadi sukar untuk dia menerimanya, amar! kenapa kau pergi dulu sebelum aku.. aku tak dapat terima ini semua..
Terimbas kembali sewaktu dia bertemu amar semalam.. dia bertanya kpd amar, kau tunggu siapa amar? kau tunggu aku ke?
Yelah aku tunggu kau setiap hari disini, jwb amar, tapi dia tak percaya apa yg dikatakan oleh amar, malah dia menuduh amar berbohong....
Sekarang semuanya dah terjawab, apa yg dikatakan amar adalah benar.. mengikut apa yg diceritakan oleh ibunya, amar setiap hari akan datang kerumahnya dan bertanyakan sahri dah pulang ke belum, selepas ibu jawab kau belum pulang, dia akan terus menuju ke simpang depan untuk menunggu kau.. setiap hari dia tunggu kau disitu, org kampung kata dia dah gila, budak2 yg kerja kilang ada yg memberikan makanan pada dia kerana kasihan... sampailah akhirnya dia dilanggar oleh bus kilang semasa dia dalam perjalanan pulang kerumahnya setelah menunggu kau tidak muncul2..
Kasihan amar, ibu tak sangka semua ini boleh terjadi padanya.. dia anak yg baik, sanggup dia menolak panggilan untuk lanjutkan pelajaran dia ke universiti, semata2 hendak menjaga ibunya yg sedang sakit.. semoga roh amar dicucuri rahmat..
Tergiang2 di telinganya, apa yg dikatakan oleh amar pada malam itu..
''Jika aku mati kau jenguk2lah kubur aku dan sedekahkanlah fatihah pada aku ya''
amar, kaulah sahabat aku dunia dan akhirat, semoga roh kau aman disana, dan ditempatkan kedalam golongan orang2 yg beriman.. insyaAllah kita akan berjumpa disana nanti.. amin...
SELESAI
**********************************
p/s: alhamdulillah berjaya juga sy siapkan cerita ini setelah banyak dugaan yg diterima ketika menghabiskan siri terakhir misteri seorang sahabat sambil mendengar surah yassin di hp.. hu hu.. seram...
jika korang suka kisah ini KLIK LIKE OKEH...
karya nasir hamzah