Pada entri santai seram kali ni, Nh nk kongsikan kat korang semua tentang satu kejadian yg penuh misteri yg mungkin membuatkan korang rasa seram yg melampau.. ecehh ayatt pun agak melampau2 gamaknya... heheh..
Apapun korang baca dulu artikal yg NH ambil dari sumber hmetro di bawah ini..
JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.
BUKTI. Pandak melihat objek menyerupai pocong dicampak di depan rumahnya.
“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.
Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam. Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.
Bila NH jumpa artikel ni, Teringat NH pada sorang kawan, apabila dia disihir hanya kerana dia tidak membalas cinta seseorang.. lalu disihir sehingga beliau meninggal dunia... sedih bukan.. hanya kerana cinta tak dibalas, orang yang tidak bersalah menjadi korban..nauzubillahiminzalik.. semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya...