Jumaat, 20 Julai 2012

Terima Kasih Kawan-Kawanku Dan Salam Ramadhan Buat Semua...

Assalamualaikum Buat Semua rakan2 dan pengunjung setia blog NH... 


Apa kabar korang semua? lama NH tak datang bertandang ke blog korang.. rasa2nya dalam 4 ke 5hari gitu.. Apa taknya NH online pun setakat guna Hp saja..  Haiss.. Tak berkesempatan langsung nak online guna laptop..  Sibuk sangat gamaknya aku nih yer.. har har har.. 


Ok dikesempatan ini NH nak ucapkan terima kasih kepada Pari_Pari Putih diatas ingatan BELIAU pada NH, Semasa BELIAU bercuti di Cambodia.. Siap tangkap Gambar seram lagi untuk NH... Rasanya itulah kali pertama PPP mengepos gambar seram di blognya, ehh yeker pertama kali? Hingga membuatkan Nh rasa tergugat bilamana blog PPP lebih seram dari blog NH.. huu huu.. Nh pun masih belum berjaya membuat pungunjung berasa seram sebegitu.. sambil jeling manja kat ppp Ko Hader gambar2 seram bagai? haa PPP aderr.. hek hek...




Juga kepada paripariputihBoni Kacakleakedknowledge, MuttallifbukankosongPelangi PetangMia LianaLina md. munirKYkerisperakEmmaTinta Lanacaliph shurikenJajas.. Yang telah memberi komen pada entri NH yang bertajuk ''KEJAM!! Video Kucing Ditanam Dalam Simen Hidup-Hidup''... Maafkan NH kerana belum sempat dapat membalas komen korang semua.. InsyaAllah Nanti NH balas okeh.. Ramai betul yang marah dengan tindakan kejam keatas kucing tersebut.. Ye!! Begitu juga dengan NH, Geram yang amat sangat.. Tergamak dia melakukan kekejaman itu pada haiwan kesayangan Nabi.. Apapun sama2lah kita berdoa supaya manusia-manusia yang pernah menyiksa binatang itu, Tak kiralah binatang apa sekalipun, di beri petunjuk dan hidayah oleh yang MAHA ESA... Dan semoga kita dijauhkan dari segala kejahatan hawa nafsu Syaitan durjana...




Disni juga NH ingin mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan Buat Korang semua.. Semoga dibulan yang penuh barakah ini dapat melatih diri kita menjadi insan yang berguna di dunia dan diakhirat... dan semoga jalinan ukhwah yang terjalin di antara kita ini diredai oleh-NYA.. InsyaAllah...


Oklah rasanya cukuplah sampai disini dulu coretan NH pada kali ini.. InsyaAllah jika ada masa terluang NH akan singgah memberi komen dan main klik2 kat blog korang yerr.. he..he.. Last sekali.. Jangan lupa NH disini Ok... AS-Salam....

Isnin, 16 Julai 2012

KEJAM!! Video Kucing Ditanam Dalam Simen Hidup-Hidup

Assalamualaikum..


Semoga Hari ini korang sentiasa sukses.. Entri pada kali ni NH nak kongsikan pulak tentang sebuah Video yang NH rasa sangatlah menyedihkan hati.. Apa tidaknya, Seekor kucing telah ditanam hidup-hidup oleh manusia yang tidak peri kemanusiaan.. Lebih menyedihkan apabila ianya ditanam di dalam tiang kongkrit yang disimen kuat pada separuh badannya.. Hampir menitis air mata NH bila melihatnya.. mujurlah ada yang cuba menyelamatkan kucing ini.. akan tetapi 2 hari selepas diselamatkan kucing ini telah mati... 



Kalau korang nak baca cerita selanjutnya bolehlah klik sini

Kalau korang sanggup.. bolehlah korang tengok sendiri video dibawah ini.. NH tengok sampai minit yang ke 3.30 jer.. Tak sampai hati rasanya nak teruskan.. nantilah tarik nafas dalam2 dulu baru sambung balik..


Marilah sama-sama kita sayangi haiwan kesayangan Nabi MUHAMMAD SAW, Besar ganjaran yang akan kita perolehi dari menyayanginya...

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..