Khamis, 10 Mei 2012

Gambar Penampakan Entiti Di Hospital Paling Berhantu Di Dunia

ASSALAMUALAIKUM..

Di hari yg ceria ini NH nak kongsi penampakan hantu di sebuah hospital lama yg paling berhantu di dunia, dan yg lebih menarik gambar ini telah mendapat anugerah  “Best Ghost Evidence” di First Paranormal Awards Ceremony pada majlis Ghost World Conference. Ha terbaik punya!! jom tengok dan baca apa yg menarik pada gambar di bawah ini..



Dari jauh kelihatan imej hantu wanita misteri yang bersandar di dinding.


Pada september 2006, Halstead dan pasukannya menyiasat aktiviti paranormal yang dikatakan berlaku di sebuah bekas hospital batuk kering yang beroperasi pada awal 1900- an. Bekas hospital itu dikatakan diantara salah satu lokasi paling berhantu didunia. Rekod mendapati berlaku 63,000 kes kematian sepanjang hospital itu beroperasi.


Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Halstead segera ke tingkat empat untuk meninjau keadaan disana.Secara tiba-tiba, dia terasa keadaan disekelilingnya amat dingin. Bulu romanya tegak berdiri. Lalu, dia mengambil kameranya dan merakam gambar di kawasan tersebut secara spontan. 


Pada keesokan harinya , semasa hendak mencuci kepingan filem yang di ambilnya semalam.  Beliau melihat ada satu imej seseorang yang berdiri di tepi dinding bilik tersebut. Padahal, tiada sesiapa di bilik itu malam tadi melainkan tanda- tanda aneh kehadiran entiti hantu.


Imej hantu itu berupa seorang perempuan muda ( linkungan diantara umur 17-18 tahun ), berambut hitam ikal mayang dan memakain gaun. Gambar yang berjaya merakamkan imej hantu wanita muda itu dianugerahkan anugerah & “Best Ghost Evidence” di First Paranormal Awards Ceremony pada majlis Ghost World Conference.


NH: Ingin melihat keunikan seni ukiran pasir yg menarik? sila lawati blog 


7 ulasan :

NAL berkata...

memang jelas kelihatan..masihkah wujud hospital ni NH ?
btw, Tq sebab promote =)

nasir hamzah berkata...

entahlah nal,mgkn juga hptl ni dah di robohkan atau mgkn saja di jadikan muzium? hehe

Jom Makan berkata...

boleh tahan seksi itu hantu..haha

nasir hamzah berkata...

uis! seksi? ye btl bleh tahan. kiki.

Muttallif berkata...

Pernah dengar dulu memang ada hospital yang sangat mengerikan ini. Tapi dah lama tak tahu apa dah jadi kepada hospital tu. Tapi, memang nampak ngeri~~~~

nasir hamzah berkata...

kalau sebut pasal hospital ni memang ngerikan? lagi2 kalau hospital tu dah lama tak di gunakan, hui lagi ngeri seram!! huhu

Dayang Deno berkata...

erk.. nampak jelas betul.. betul hantu eh.. tapi org2 tua cakap kalau tempat tinggal lama, memang ada 'benda' huni tempat tu

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..