Semoga korang sentiasa sukses dalam kehidupan ini.. Doa tu...hehe..
Ok pada kali ni NH nak kongsikan tentang penampakan imej mirip wajah seorang wanita pada sebatang pokok Akasia.. Penampakan imej ini berlaku di sebuah kampung dipinggir gunung taman rekreasi Gunung Kerian Kedah.. Haa.. Ada sapa-sapa rakan blogger atau pembaca yg berasal dari sini? Kalau ada mungkin korang tahu cerita sebenar penampakan ini.. boleh lah kongsi di ruang komen yer..
Menurut sumber yang telah NH baca, sebelum muncul penampakan imej di pokok ini, penduduk-penduduk di kampung tersebut mengatakan terdengar suara tangisan seorang perempuan dari arah pokok akasia ini selama 3 hari berturut-turut, selepas dari kejadian itu tiba-tiba penduduk kampung gempar apabila terlihat penampakan imej mirip seorang perempuan yg berambut panjang muncul pada pokok Akasia itu.. Ada yang mengatakan imej itu muncul di sebabkan aktiviti pemujaan di perdu pokok itu atas niat yang tertentu.. wallahualam..
Apalagi jom kita tengok gambar pokok akasia yang penuh misteri ini...



Jelas kelihatan penampakan imej wajah di pokok Akasia ini.. Apapun penampakan imej ini adalah atas kuasa Allah.. Wallahualam...
sumber dari pokpa.blogspot.com dan melayukini.net
NH: Menu Menarik Hari Ini, Carrot susu creamer OREO