Memaparkan catatan dengan label http://blognasirhamzah.blogspot.com/2012/03/lagi-gambar-hantu-terakam-disurau-lama.html. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label http://blognasirhamzah.blogspot.com/2012/03/lagi-gambar-hantu-terakam-disurau-lama.html. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mac 2012

PENAMPAKAN HANTU PEREMPUAN


Selamat bercuti bagi anda yg masih bersekolah, dan selamat bekerja bagi anda yg telah bekerjaya.. hehe. macam biasa aku nak kongsi gambar penampakan hantu di sebuah lokasi yg mana aku harus merahsiakannya.. 


Menurut dari salah satu sumber, ketika dua org sahabat ini bergambar di salah satu lokasi, secara tidak sengaja terakam gambar entiti tersebut di belakangnya, diantara bahu dua org sahabat ini.. dan bila di lihat betul2 entiti tersebut seperti seorang wanita yg sedang berdiri.

Jika diamati lagi, terdapat satu lagi entiti dapat dirakam pada sebelah atas bahu kiri lelaki berbaju merah. jika gambar yg dipaparkan ini terlalu kecil anda boleh zoomkan atau simpan sahaja di pc anda dan lihat.

Terpulang pada anda untuk menilainya. apa yg penting jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..


...SEKIAN...

*************************************

Ahad, 11 Mac 2012

GAMBAR HANTU TERAKAM DITEMPAT KERJA


Salam sejahtera buat semua kawan2 dan pengunjung2 yg singgah disini.. aku mengucapkan terima kasih kerana korang semua sentiasa mengikuti blog ini..

Seperti biasa aku nak kongsikan pada korang semua gambar entiti terbaru yg mungkin belum pernah tersiar di mana2 blog sebelum ini.

Gambar yg aku perolehi ini baru sahaja di ambil dengan secara tidak sengaja oleh seorang staff di sebuah syarikat terkemuka di selatan tanah air. tak perlulah aku sebut nama syarikatnya, demi menjaga nama baik syarikat tersebut.. 

Ok korang lihatlah dan korang nilaikan sendiri gambar dibawah ini..
untuk makluman korang gambar dibawah ini adalah gambar natural, bukan gambar yg telah di edit.


Gambar entiti yg dapat dirakam ini cukup jelas dapat dilihat. dibelakang badan seorang staff yg sedang duduk..

Jadi apa komen korang bila melihat sendiri gambar ini?

Sekian
****************************************

Sabtu, 10 Mac 2012

Keindahan Pantai Tanjung Balau


Pantai Tanjung Balau, tempat yg sesuai untuk beriadah bersama2 keluarga dan sahabat handai.. pantainya yg cantik dan bersih sungguh memberi ketenangan pada pengunjungnya yg datang.. luangkanlah masa ke sini untuk bersama keluarga...


Setiap hari minggu pasti ramai pengunjung ke pantai ini.. masing2 dengan aktiviti2 tersendiri


Air laut yg berwarna biru membuatkan ramai pengunjung yg datang tidak sabar2 untuk bermandi manda, tetapi ingat! anda harus mengikut peraturan2 yg ditetapkan. untuk megelakkan perkara2 yg tak diingini berlaku.


Aktiviti memancing juga tidak ketinggalan. setiap malam pasti kelihatan kaki2 pancing  membawa joran untuk memancing dikawasan pantai ini.


Aktiviti yg paling aktif disini adalah bermain layang2.. jika tiba hari cuti pasti penuh dengan  pengunjung2 bermain layang2 berbagai bentuk yg dapat dilihat diudara..ianya juga ada dijual disini dengan harga yg berpatutan.


Disini juga terdapat muzium nelayan, pelbagai barang2 nelayan di pamerkan tidak kira lama atau yg baru.. 




Bagi pengujung yg ingin bemalam disini terdapat 2 buah tempat penginapan chalet dan resort yg disediakan di tepian pantai ini.. pasti akan memberi kenangan yg indah buat pengunjung.


Pada sesiapa yg ingin kesini, jika anda dari arah johor bahru, anda bolehlah melalui lebuh raya senai desaru expresway..  dengan kadar tol yg berpatutan.


Hayatilah sendiri keindahan Pantai Tanjung Balau. pasti ianya akan meninggalkan seribu kenangan manis yg tak dapat dilupakan.

.......SEKIAN........

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..