Asslamualaikum..
Pada Entry kali ini Nh nak kongsikan pada korang tentang kabar angin yang sedang bertiup kencang di internet, sebut sahaja Jambatan Orang Bunian, sudah ramai yang tahu kisah disebalik jambatan ini.. Sehingga membuatkan Nh merasa tertarik untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang jambatan misteri ini.. Al maklum sajalah Nh memang pantang dengar cerita-cerita mistik neh.. Hui mahu tak senang duduk dibuatnya selagi Nh tak tahu jalan ceritanya, lagi best kalau Nh dapat pergi terjah sendiri tempat tu.. Tapi paham-paham jelah kadang-kadang tu segan pulak rasanya.. ahahaha...
Oklah untuk pengetahuan korang, Jambatan ni terletak di lebuhraya Port Dickson (sejujurnya Nh tak pernah lalu Lebuhraya ini) Dikatakan Jambatan ini dibina khas untuk orang bunian (JIN) melintas jalan, kenapa begitu? kerana menurut sumber kawasan ini tempat laluan orang bunian.. setelah kerap berlaku kemalangan di kawasan ini maka pihak berwajib telah membina jambatan ini bagi memberi laluan kepada orang bunian mengunakannya.. Betulkah begitu?? WALLAHUALAM..
Yang membuatkan ianya lebih menarik, jambatan ini sebenarnya tiada laluan seperti jambatan-jambatan lain yang mempunyai laluan untuk kenderaan lalu lalang diatasnya.. di penghujung kiri dan kanan jambatan ini dilihat penuh dengan semak samun menutupi laluan dan ianya tersekat disitu.. Jadi kalau tiada laluan kenapa dibina jambatan tu kan, pelik sungguh?
Oklah kalau korang nak baca kisah selanjutnya tentang misteri jambatan bunian ni korang boleh terjah kat blog ni FANADYALICIOUS.BLOGSPOT.COM sebab gambar-gambar yang akan Nh paparkan dan kisah mistik ini diambil dari blog beliau.. jom layan gambar jambatan yang masih menjadi tanda tanya dan misteri yang masih belum terungkai...
Macam mana? korang dah lihat sendiri jambatan ini kan? apa pendapat korang? Nh tahu korang semua lagi arif tentang memberi pandangan dan pendapat.. jadi apa salahnya kita berkongsi pendapatkan? adeh berapa banyak pendapat daahh.. ahah..
Apapun Nh taknak korang percaya seratus peratus kisah misteri jambatan bunian ni, sebab kita belum tahu kesahihannya.. Memang kita sendiri akui yang makhluk ghaib itu wujud.. kita sering dengar cerita dari orang lama satu tika dulu, jika ada penduduk yang ingin membuat kenduri, pasti ada yang meminjam pinggan magkuk dari orang bunian.. betul ke? jadi apa pulak kena mengena dengan jambatan ni? adakah orang bunian itu meminta dibuatkan sebuah jambatan untuk mereka? Wallahualam... Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..





