Memaparkan catatan dengan label misteri sebuah lif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label misteri sebuah lif. Papar semua catatan

Rabu, 12 Disember 2012

VIDEO SERAM!! Hantu Budak Muncul Dalam Lif...

12.12.12... Memang cantik tarikh hari ni... mungkin ada sesiapa di antara korang  yang mempunyai kenangan pada tarikh ini, mungkin kenangan manis, pahit, sedih, gembira atau kenangan seram mugkin?  pasti ianya tidak akan dapat dilupakan selagi hayat dikandung badan... Walau apapun yang korang lalui, semoga korang sentiasa happy dalam meneruskan kehidupan di dunia ini... InsyaAllah hendaknya...


Video seram pada kali ni NH nak korang merasai sendiri pengalaman seram apabila di ganggu hantu... Haaa... releks jangan gelabah puyoh ok.. haha...

Cuba korang bayangkan ketika korang sedang menaiki Lif di pejabat? di Hotel? di Pasaraya? atau yang sewaktu dengannya... sedang korang dalam lif tersebut, tiba2 lampu di dalam lif berkelip2 dan terus terpadam, dan korang mula panik, korang cuba bertabah tapi perasaan takut serta panik itu terus menerus menghantui korang, seketika kemudian lampu yang terpadam tadi menyala... secara tiba2 muncul satu makhluk yang menyeramkan berada di sebelah korang... apa yang akan korang lakukan? menangis? menghentak2kan kaki? menampar-nampar pipi gebu korang sambil menjerit sekuat hati? cuba bertabah? terus menggelabah? atau lebih teruk terlintas difikiran korang nak jadi labah2 haha... mengarut.... apapun yang korang rasakan ketika itu hanya korang yang dapat merasainya sendiri...

video di bawah ini adalah sebuah rancangan pekena orang yang dibawakan dari negara Brazil.. macam juga yang NH kongsi sebelum ni.. tapi video kali ni lagi power ranger kot.. huii.. memang scary... tak percaya? korang tengok sendiri...


Seram Dakkk??? Huh memang super seram!! kasihan pulak NH tengok mangsa2 yang terkena... Lagi2 yang last tu siap pecut lagi... haiss...

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..