Selasa, 6 November 2012

Bungkusan Pocong Tanah Kubur...

Assalam..

Pada entri santai seram kali ni, Nh nk kongsikan kat korang semua tentang satu kejadian yg penuh misteri yg mungkin membuatkan korang rasa seram yg melampau.. ecehh ayatt pun agak melampau2 gamaknya... heheh.. 

Apapun korang baca dulu artikal yg NH ambil dari sumber hmetro di bawah ini..



JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.

BUKTI. Pandak melihat objek menyerupai pocong dicampak di depan rumahnya.

“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz. 

Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam. Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.

Bila NH jumpa artikel ni, Teringat NH pada sorang kawan, apabila dia disihir hanya kerana dia tidak membalas cinta seseorang.. lalu disihir sehingga beliau meninggal dunia... sedih bukan.. hanya kerana cinta tak dibalas, orang yang tidak bersalah menjadi korban..nauzubillahiminzalik.. semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya... 

Sabtu, 3 November 2012

Alhamdulillah, Selesai Sudah Mengisi Borang BR1M 2.0 Secara Online...

Assalam...

Apa kabar para blogger dan para pengunjung Blog NH?
moga korang semua sentiasa didalam lindungan dari-Nya.. InsyaAllah.. Amin...



Tajuk entri kali ni panjang sikit dari yang sebelum belum nyaa.. heheh.. Yer.. tentang permohonan BR1M 2.0 Untuk rakyat malaysia.. Semestinya ramai yang dah tahukan berkenaan BR1M ni.. So korang dah mohon belum? haa pada yang belum tu baik mohon cepat.. NH sendiri baru saja selesai memohon BR1M ni secara online..

Sebenarnya NH dapat tahu pun dari entri blog Caliph (thanks Chalip) Kebetulan beliau ada buat entri pasal BR1M ni.. Baru ler NH tau yang kita boleh mohon secara online, mudah dan senang.. kita cuma tinggal ikut jer syarat2 dan kelayakkan untuk memohon serta panduan untuk mengisi borang online yang telah disediakan di laman web rasmi BR1M 2.0.

Jadi apa tunggu lagi baik mohon sekarang juga!! kalau ada rezeki dapatlah juga tambah2 duit poket kan kan? heheh.. bak kata pepatah " REZEKI JANGAN DITOLAK, MUSUH JANGAN DICARI" JODOH PASTI DATANG SENDIRI... Ehh.. ditokok tambah pulekkk... hahahh..

Ok pada yang nak mohon boleh lah KLIK SINI dan untuk panduan cara mengisi borang KLIK SINI

Moga Berjaya.......

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..