Jumaat, 30 November 2012

VIDEO SERAM: Misteri Karyawan Hilang...

Entri pada kali ini akan NH paparkan sebuah Video santai seram buat korang semua yang NH ambil dari youtube..



Video ini adalah dari sebuah rancangan yg paling tip top di indonesia iaitu SUPER TRAP... di mana rancangan pekene orang... huhu...

Jom layann...


Amacam best tak? huhu kesian betul NH tengok yang paling last tu.. ''sampai terkecing2 saya''... haha.. kalau korang nak tengok lagi video rancangan SUPER TRAP bolehlah korang terjah di youtube ehh.. okehhh.. 


Siapakah Lelaki Berjubah Hitam Itu?


Assalam...
NH terkejut bila melihat gambar di atas ni.. apa tak terkejutnya? Menurut dari sumber yang NH baca semasa gambar ini di ambil tiada lelaki berjubah hitam di belakang dua wanita ini.. tuan empunya gambar ini mengakui yang tiada sesiapa berdekatan dengan beliau ketika itu..
Jadi siapakah lelaki misteri ini? Dari manakah asal beliau yg secara tiba2 ingin bergambar sama.. wallahualam..,
Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 29 November 2012

Gambar Jambatan Yang Paling Menyeramkan Di Dunia...

 Pada sesiapa yang lemah semangat atau ada menghidapi sakit jantung dan kepada Ibu hamil NH tidak mengalakkan korang terus melihat gambar yang akan NH paparkan di bawah ini.. Dan NH tidak bertanggungjawab jika apa-apa berlaku kepada korang setelah melihatnya... Harap maklum...



Ok entri seram pada kali ini Nh akan bawakan korang semua ke Jambatan yang cukup2 menyeramkan, ianya akan lebih seram bila korang melihatnya sendiri.. Hati2, pasti gambar Jambatan ini akan menghantui korang...

Bukan untuk menakut-nakutkan yer!! apatah lagi menaya korang, tapi ini adalah bukti setelah Nh melihat sendiri Jambatan Horror ini, terus Nh sentap 2 kali.... Korang boleh lihat sendiri gambar di bawah ini...

Zaasssss.................



Kann? Nh tak tipu... Kan dahhh Kena... Ehehehehee.....  Ahahahahhhh..... mengilai tahap Hantu Kak Limah.....

Rabu, 28 November 2012

Sadis!! Gambar Camera AES Menyembah Bumi...

Sebut je pasal camera AES ni tentu ramai yg seakan2 trauma bila mendengar dan melihatnya.. huhu. .

Mesti ramai yg dah tahu kan tentang aes ni. pada yang belum tahu tu boleh lah korang tanya pakcik google. dan pada siapa pengguna android tu boleh la korang download aplikasi untuk aes ni di google play sebagai perisai.hehe..

Ok di bawah ni ada beberapa keping gambar camera aes yang telah pun menyembah bumi. ni Nh dapat dari banyak sumber. Nh pun tak tahu nak kata apa.. cer tengok gambar di bawah ni..

  




Kesian pula NH tengok kalau macam tu gayanya.. semua gambar di atas ini berpunca dari kemalangan dan vandalisme...

NH pernah di snap oleh AES ni, tapi... di sebabkan ketika itu pemandu line kanan memandu dengan laju, huhh tak pasal2 NH yang kena snap.. huaaa....

Huh! sabojelah eh.. pd Nh Aes ni ada baiknya jugakan?
so apa pendapat korang? korang penah terkena snap AES ni?

Selasa, 27 November 2012

Misteri Bukit Berhantu Yang Menyeramkan

Artikel kali ini NH akan kongsikan pada korang tentang sebuah Bukit misteri yang masih terus menjadi misteri sehingga kini...

Bertempat di Centralia di negara Columbia, terdapat sebuah kota yang dikatakan berhantu, seramai 5000 orang yang menghuni kota itu pada tahun 1960 dan kini hanya beberapa penghuni saja yang berani menetap disitu akibat dari kebakaran hutan dan dikatakan kebakaran itu akan berterusan sehingga 250 tahun mendatang.. hui.. macam mana agaknya boleh jadi macam tu eh? misteri bukan? Wallahualam...

Menurut sumber lagi kota itu dahulunya adalah sebuah kota persinggahan yang makmur dan menarik.. terdapat sebuah kilang bioskop, 3 buah sekolah, sebuah restoran, pejabat pos dan 7 buah gereja... Tapi kini kota itu telah berubah menjadi kota berhantu... Maklum sajalah bila sesebuah tempat itu telah ditinggal lama pasti mahluk halus datang menghuni.. huh macam manalah agaknya kalau NH berada disana sekarang ni... entahkan tidak balik ke malaysia gamaknya... haha tetiba jek..

Ok jom kita layan gambar suasana seram di kota berhantu ini...











NH teringat movie seram yang sempat NH tonton bertajuk the silent hill.. sangat menyeramkan... dan ianya antara movie yang sangat NH minati...

Sumber; melayukini.net

Blog Nasir Hamzah Kembali Dibuka...

Alhamdulillah setelah lebih kurang dua hari NH bertungkus lumus mengubah suai blog ini akhirnya berjaya lah juga mengubah apa yang di rasakan perlu, Apapun NH masih menggunakan template sedia ada oleh blogger.. Nak guna template canggih2 tu memang payah sikitlah.. NH masih belum KHATAM lagi nak bermain dengan code2 yang memeningkan kepala tuh.. hukhuk...

Amacam header tuh okeh tak? Haa kalau korang nak tahu header tu adalah tajaan dari Cik Lana.. ada 5 header tajaan beliau.. jadi pilih mana suka... Apapaun pada NH asalkan blog NH kemas pun dah memadai... Yang penting mesra seo.. eceehhh... InsyaAllah lepas ni mudah2han hendaknya lebihlah bersemangat hendak mengupdate blogkan... amin..

NH ada ler hantar blog ni pi timbang, nak tengok berat ke tak.. mana tahu lepas tukar template baru ni asyik meloding je kejenya kan.. tak ke haru korang semua nak masuk blog ni.. haa dibawah ni NH ada buat screen shot sikit.. boleh ler korang tengok ya.. kalau ada yang salah tu bagi tahu ler.. NH ni memang lemau sikit bab2 gini.. hehe...

Nak timbang blog korang pi sini


Ahaa.. macam mana ok tak beratnya macam ni? cer tengok... cer tengok.. ehehee... apa2 kalau korang masuk blog NH ni dan ianya membuatkan loding yang sangat melampau meh habaq mai kat NH ehh.. boleh ler NH buat apa yang patut... Ok... daaahhhh...

Sabtu, 24 November 2012

Blog nasir hamzah di tutup buat sementara waktu...

Salam sejahtera buat kawan2 dan pengujung blog nasir hamzah..

Di sini NH nak bagi tau kat korang semua yang blog ini akan ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja2 ubah suai pada blog ini, insyaAllah bila dah okeh NH akan open kembali blog yang tak seberapa nak dikenali ramai ini.. hukhuk..

Tak lupa juga NH ingin mohon maaf jika beberapa waktu kebelakangan ni terlalu kurang dapat menjenguk blog2 korang semua, masa amat membataskan...

Apapun korang tetap NH ingati dan hormati... nice to meet you semua...

Rabu, 21 November 2012

SUBAHANALLAH.. Cantiknya Awan Itu.. Seolah-Olah Terbentuk....

Assalam buat rakan2 yang disayangi...

Petang Selasa sempena hari cuti aku, aku bersama mak, kakak, dan Cik An (seorang blogger comel) serta anak2 sedara yang lain, memulakan riadah ringkas dimana kami bersiar2 di tepi pantai Telok Sengat dan kampung Johor Lama.. Saja mengambil angin petang setelah sekian lama tak beriadah di tepi pantai.. dapat juga menghilangkan lelah seharian bekerja..

Dari mula nak sampai jalan masuk teluk sengat aku dah terpandang segumpalan Awan yang silau di sinari cayaha mentari yang menandakan hari akan beransur senja.. indahnya simbahan cahaya mentari di celah2 awan itu membuatkan hati aku meronta2 untuk cepat sampai ke teluk sengat... Ya memang indah... Jarang aku jumpa keindahan sebegitu di pantai telok sengat.. Adehh...

Sampai kami ditepi Pantai aku mula berlagak seperti camera man, kebiasaannya seorang camera man akan membawa camera DSLR Tu kan? tapi aku lain, aku bawak papan sekeping tuh.. (tablet murah ajer) Aku snap gambar2 awan yang membuatkan aku teruja melihatnya... tak lupa gambar jambatan lebuhraya senai desaru yang melintasi sungai Johor tu pun jadi mangsa kerakusan aku.. hahah.. apapun Memang permandangan disini tak kalah menariknya... SUBAHANALLAH...





Jika korang semua perasan simbahan cahaya pada awan ini seolah2 terbentuk Kalimah Allah.. aku perasan ni pun masa aku belek2 balik gambar ni masa aku kat rumah.. Wallahualam..





Apapun memang indah dan aku suka dengan keindahan Alam ciptaan ALLAH.. Tidak jemu mata memandang dan tiada cacat celanya... MASYAALLAH...

Terima kasih ALLAH...

Sabtu, 17 November 2012

Ujian Dalam Kehidupan...

kita sering mahukan hari yang
cerah tapi Allah mengetahui,
hakikatnya hujan perlu
diturunkan..

kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali
kesusahan tetapi Allah lebih
mengetahui, kesusahan itu
mengajar erti kehidupan..

kita sering inginkan
ketenangan, hakikatnya diri
penuh dosa dan kejahatan
kerana manusia tidak lepas
dari melakukan kesilapan..
semuanya bukan hukuman..

tapi...

Sebagai tanda kasih sayang
Tuhan agar kita lebih tabah..
itulah ujian dan dugaan
dariNya pada hambanya untuk mengenal erti kesabaran...

BERSABARLAH...

NH: sama-samalah ita muhasabah diri..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sabtu, 10 November 2012

SERAM!! Gambar Penampakan Hantu Di Bilik Hotel


Assalam..

Entri seram kali ni NH akan paparkan pada korang satu gambar yg di muat naik sendiri oleh isteri kepada lelaki di dalam Gambar ini...

Dikatakan imej penampakan hantu ini terakam semasa beliau sedang mengambil gambarnya sendiri di sebuah bilik hotel yang namanya dirahsiakan...

Percaya atau tidak mari sama2 kita saksikan gambar penampakan ini...


Sebenarnya Nh jumpa gambar ni di dalam satu forum yang Nh pun dah  lupa apa nama forum tersebut, huhu poyo jek... dah lama juga NH simpan gambar ni dalam pc. Tapi tak berminat nak jadikan entri kat blog NH...

Tapi... yer ada tapinya... disebabkan tarikh hari ni adalah tarikh yg KACAK LAGI BERGAYA maka dengan bersemangatnya NH menaip dan mempublishkan juga gambar ini untuk tatapan korang semua yg berminat dengan alam misteri.. 

P/s : Nantikan kisah pengalaman seram NH ke Istana yang dikatakan penuh dengan seribu satu misteri yang masih belum terungkai di Entri akan datang khas buat korang semua..

Selasa, 6 November 2012

Bungkusan Pocong Tanah Kubur...

Assalam..

Pada entri santai seram kali ni, Nh nk kongsikan kat korang semua tentang satu kejadian yg penuh misteri yg mungkin membuatkan korang rasa seram yg melampau.. ecehh ayatt pun agak melampau2 gamaknya... heheh.. 

Apapun korang baca dulu artikal yg NH ambil dari sumber hmetro di bawah ini..



JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.

BUKTI. Pandak melihat objek menyerupai pocong dicampak di depan rumahnya.

“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz. 

Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam. Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.

Bila NH jumpa artikel ni, Teringat NH pada sorang kawan, apabila dia disihir hanya kerana dia tidak membalas cinta seseorang.. lalu disihir sehingga beliau meninggal dunia... sedih bukan.. hanya kerana cinta tak dibalas, orang yang tidak bersalah menjadi korban..nauzubillahiminzalik.. semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya... 

Sabtu, 3 November 2012

Alhamdulillah, Selesai Sudah Mengisi Borang BR1M 2.0 Secara Online...

Assalam...

Apa kabar para blogger dan para pengunjung Blog NH?
moga korang semua sentiasa didalam lindungan dari-Nya.. InsyaAllah.. Amin...



Tajuk entri kali ni panjang sikit dari yang sebelum belum nyaa.. heheh.. Yer.. tentang permohonan BR1M 2.0 Untuk rakyat malaysia.. Semestinya ramai yang dah tahukan berkenaan BR1M ni.. So korang dah mohon belum? haa pada yang belum tu baik mohon cepat.. NH sendiri baru saja selesai memohon BR1M ni secara online..

Sebenarnya NH dapat tahu pun dari entri blog Caliph (thanks Chalip) Kebetulan beliau ada buat entri pasal BR1M ni.. Baru ler NH tau yang kita boleh mohon secara online, mudah dan senang.. kita cuma tinggal ikut jer syarat2 dan kelayakkan untuk memohon serta panduan untuk mengisi borang online yang telah disediakan di laman web rasmi BR1M 2.0.

Jadi apa tunggu lagi baik mohon sekarang juga!! kalau ada rezeki dapatlah juga tambah2 duit poket kan kan? heheh.. bak kata pepatah " REZEKI JANGAN DITOLAK, MUSUH JANGAN DICARI" JODOH PASTI DATANG SENDIRI... Ehh.. ditokok tambah pulekkk... hahahh..

Ok pada yang nak mohon boleh lah KLIK SINI dan untuk panduan cara mengisi borang KLIK SINI

Moga Berjaya.......

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..