Isnin, 20 Februari 2012

Gambar Entiti Terakam Di Surau Lama

salam sejahtera ku ucapkan pada rakan2 semua, moga korang sentiasa dalam lindungan dari-Nya... insyaAllah.. pada hari ini aku nak kongsi satu gambar yg sempat aku snap di salah sebuah surau yg sudah lama terbiar, ketika aku sibuk menyelesaikan entry yg bertajuk misteri alam bunian.. ok pada korang yg belum baca kisah misteri alam bunian boleh klik DISINI

ada 4  keping gambar yg aku snap tapi hanya 1 je yg aku perasan ada sesuatu yg terakam di dalam gambar tersebut.  aku tak pasti entiti apa, tapi yg aku nampak seperti kepala budak botak yg sedang merenung tajam.. aku snap gambar ni pada waktu malam..

aku taknak korang percaya, cuma niat aku nak kongsi sajer.. terpulang pada korang nak menilai gambar tersebut.. camera yg aku guna jenis olimpus 12 mega pixel ( abg aku punya ).. ok kita perhatikan sama2 gambar entiti terakam di surau lama...

cuba perhatikan betul2 dalam kotak  merah yg telah  aku  zoom kan..

nampakkan? apa komen korang setelah melihat sendiri gambar ni?? aku pun seperti tak percaya.. tapi tak mustahilkan benda tu terakam sekali.. mulanya aku hanya suka2, tapi bila aku cek balik semula, terkejut aku... jadi aku pun kogsilah kat korang.. korang jangan cakap aku edit plak, aku memang tak pandai nak edit2 ni.. kalau tak percaya korang tanya mak aku.. haha..


ok jika korang nak tahu, ada kisah misteri disebalik surau ini, nak tahu apa kisahnya, nantikan entry yg akan datang, insyaAllah, aku akan updatekan secepat mungkin... apapun thank sebab sudi singgah blog baru aku yg tak seberapa ini.. cewah, hehehh..

***************************************
sekian wassalam




17 ulasan :

FATEN NABILAH RUSHDAN berkata...

wah ! entry hantu . heee . follow me back ! (^^)

nasir hamzah berkata...

aha.. nampakkan hantu nyer,heheee

Unknown berkata...

menarik!
done follow :)

nasir hamzah berkata...

thanks nur...

manis berkata...

nape rajin sgt amik gambar mlm2 ni?
errrr...taknak tgk lama2 gmbr tu..:P

saya folo cni

nasir hamzah berkata...

saje je manis, ni pun fist time sy tangkap gambar, kebetulan terakam gambar benda tu... huuhuu seram kan tengok jgn lama2.....

Pemandu Teksi berkata...

seram-seram......takutnyaa.

Ezzattie berkata...

dasyatnya!

btw, ezzat suka entry seram2 ni. kalau kisah benar, lagi ezzat suka!

http://missezzat.blogspot.com

nasir hamzah berkata...

Ye, saya pun memang minat sangat entry seram.. tu yg penuh dgn entry seram dalam blog ni.. huhu

Adinda Wawa berkata...

ala..tak nampak pun?tak nampak apa2 pun??serius tak nampak leh tak zoom lagi????kat surau mana?saya dok area batu pahat gak!!

nasir hamzah berkata...

Bagi yg tak nampak tu sila simpan dalam pc anda dan zoomkan.. nanti nampak ler.. hehe

Adinda Wawa berkata...

ok noted!dh nampak dah..tapi tak seram pun..sbb tak jelas sgt!!!he3
(mcm verani jer...vavavava.....^^,)

nasir hamzah berkata...

yek2 jek adinda tu.. jangan2 tengok gambar tu siang hari tak.. kalau malam dah tentu terketak2...hahaa

Tanpa Nama berkata...

Ni kat area mana?

nasir hamzah berkata...

maaf sy tak dapat beritahu dimana surau ni, bg mjaga nama baik kmpung tersebut.. maaf sekali lagi..

Tanpa Nama berkata...

sis tak berapa nampak lah gamba nye huhu

MrPingu Gonzalesz berkata...

hantu seramnyaaa

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..