Selasa, 6 November 2012

Bungkusan Pocong Tanah Kubur...

Assalam..

Pada entri santai seram kali ni, Nh nk kongsikan kat korang semua tentang satu kejadian yg penuh misteri yg mungkin membuatkan korang rasa seram yg melampau.. ecehh ayatt pun agak melampau2 gamaknya... heheh.. 

Apapun korang baca dulu artikal yg NH ambil dari sumber hmetro di bawah ini..



JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.

BUKTI. Pandak melihat objek menyerupai pocong dicampak di depan rumahnya.

“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz. 

Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam. Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.

Bila NH jumpa artikel ni, Teringat NH pada sorang kawan, apabila dia disihir hanya kerana dia tidak membalas cinta seseorang.. lalu disihir sehingga beliau meninggal dunia... sedih bukan.. hanya kerana cinta tak dibalas, orang yang tidak bersalah menjadi korban..nauzubillahiminzalik.. semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya... 

11 ulasan :

Muttallif berkata...

Disihir sehingga meninggal kerana tidak membalas cinta? Kejamnya...Dalam dunia moden sekarang, masih ada yang berfikiran begitu... Dunia Dunia

yana halim berkata...

masalah betul dgn org suka main2 sihir. ce hanto kat Basyar Assad ke....

leakedknowledge berkata...

majlis penbandaran? ni mesti dia emo sbb kereta dia kne clamp oleh majlis penbandaran lepas tu nk balas dendam/ geram mintak majlis penbandaran disihirkan..hehe...tp itula. asal dengki jer nk gune ilmu hitam nk kenakan org...sigh.macam2

paripariputih berkata...

Ada betulnya jugak cakap MIKO tu. Erm.. sekarang ni ingatkan dah moden orang dah tak guna ilmu2 hitam ni =..= mcm cashier yg tempat ppp selalu breakfast tu, dah lama tak de tanya boss dia, boss dia cakap hantar balik India, sebab kena buatan org (patut pun hari tu dia byk kali ckp kat ppp dia asik tak sihat) semoga Syed (nama dia) akan sembuh... dia tu pekerja yg rajin kat situ...

boni kacak berkata...

Ya Allah.. kesiannya kawan bro tu... semoga Allah membuka hati penghantar sihir tersebut untuk bertaubat..

caliph shuriken berkata...

x kira zaman apa pun, ramai msih main amalan cmni...

Nuraihan Kassim berkata...

mm law kite ckap byk pown xgune sebab xkan leh ilang sifat dengki mendengki antare sesame manusia.. kite doa jer la semoge kite, ahli keluarge kite dan org2 yg kite syg, xkene sihir.. Amin..

Nuraihan Kassim berkata...

mm law kite ckap byk pown xgune sebab xkan leh ilang sifat dengki mendengki antare sesame manusia.. kite doa jer la semoge kite, ahli keluarge kite dan org2 yg kite syg, xkene sihir.. Amin..

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

org sekarang dh semakin balik ke zaman jahiliah.. Sekarang ni bomoh dah boleh jd profesion yg brjaya sbb semakin ramai org x kira apa golongan sekalipun suka nk dpt khidmat bomoh. lebih2 lg dlm bab nk khianat org.

a!eNa3013 berkata...

Mengunakan ilmu hitam@sihir adalah perbuatan khurafat y haram di sisi Allah S.W.T..
Tetapi kenapa manusia zaman sekarang masih mengamalkannya kan?
Astaghfirullahaladzim..

blog-tips-kurus berkata...

semoga kita semua dilindungiNya..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..