Sabtu, 18 Februari 2012

Mood selepas di HACK

salam sejahtera buat korang semua... mood hari ni masih lagi dalam keadaan sedih mengenangkan blog lama aku yg baru sahaja di hack oleh para2 hackes yg budiman.. tapi walau macam mana sekalipun aku kena bangkit dari kesilapan aku sendiri.. biarlah dia para2 hackes, aku doakan korang dilindungi dari segala bencana dari dosa yg korang lakukan...

memang sedih bila mengenangkan, follower2 aku walaupun tak ramai, tapi takpelah nanti aku pi cari dorang suruh folow aku semula.. enrty2 yg aku buat, semuanya hilang dalam sekelip mata, salah aku jugak sebab tak backup segala entry tu.. yelah belum banyak yg aku belajar dalam dunia blogger ni.. mana lah aku tahu...

apapun sekarang aku harus mendalami dan terus belajar  dalam menguruskan blog.. aku akan bangkit dari kesilapan masa lalu.. kepada kawan2 dan pengunjung blog ini aku harap korang dapat terus support aku dalam berblog..

thanks kepada bro blogger2 yg telah memberikan sedikit penjelasan dan tips untuk aku berhati2 lepas ni..semoga blog korang maju...amin.. 

aku ada terfikir nak buat semula entry2 aku sebelum ni, kalau aku rajin insaAllah aku buat sikit2.. kalau malas tak buat ler gamaknya...huhu..

oklah aku dah tak idea nak menaip.. mungkin masih dalam keadaan trauma lagi..haha... akhir sekali aku selitkan sikit kata2 mutiara buat korang...

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya 

datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."









Tiada ulasan :

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..