Hari semakin gelap, perjalanan yg panjang dan terlalu lama membuatkan badan sahri rasa sangat keletihan, dari mula perjalanan tadi ada sesuatu yg mengganggu fikirannya, sedari tadi dia asyik memikirkan seseorang yg amat rapat dengannya satu masa dulu.. amar... ye, nama itulah yg sering bermain dimindanya..
Amar adalah sahabat karipnya dari kecil hingga dia dewasa kini. dan fikirannya asyik memikirkan amar, pelbagai persoalan bermain dimindanya, bagaimana amar sekarang, dah berkawin ke dia, atau dia masih lagi menyambung pelajarannya? persoalan demi persoalan berlegar di mindanya, aku terlalu rindukan kau sahabatku... kaulah sahabat dunia dan akhirat, tak sabar rasanya ingin bertemu kau amar.. perjalanan ini terlalu lama bagiku..
Maafkan aku, kerana sudah terlalu lama aku tak menghubungi kau, semenjak aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negara, hanya beberapa kali sahaja aku dapat berhubung dengan kau.. atas sebab terlalu sibuk dengan kuliah, aku sampai lupa untuk membalas surat2 dari kau.. kerana cita2 aku untuk berjaya dalam pelajaranku akhirnya dengan tidak sengaja aku melupakan sahabat baikku sendiri...
Surat akhir yg kau berikan padaku membuatkan aku berkecil hati dengan sikap kau, aku bukan hendak menafikan dari apa yg kau katakan.. tapi kau harus faham, bukan aku tak mahu pulang ke kampung, tetapi dengan kos sara hidup yg sangat tinggi disini, aku tak mampu untuk membiayai perjalananku pulang ke malaysia.. duit pinjaman yg aku terima hanya cukup untuk menampung kuliahku disini, sedangkan kerja part time yg aku lakukan hanya dapat dibuat belanja untuk sehari2.. tapi kau jangan bimbang amar, aku pasti pulang.. percayalah sahabatku...
Masih segar dalam ingatanku sewaktu kita di sekolah rendah dulu, awie dan kawan2nya selalu membuli aku, boleh dikatakan setiap hari awie akan melemparkan batu pada aku, aku menangis dan kau selalu menenangkan aku.. sehingga pada suatu hari dangan perasaan marah kau melemparkan pula batu ke muka awie si pembuli tegar itu.. berdarah muka awie, padan dengan mukanya.. tapi sikap suka membela kau pada aku akhirnya kau juga terkena tempiasnya amar..kau diambil tindakan displin oleh guru besar, sejak kejadian itu, awie dah tak berani ganggu aku lagi, awie dah serik dengan kejadian yg menimpanya.. terima kasih amar... kau seorang sahabat yg sangat aku kagumi dah hormati..
Amar, tentu kau terkejut bila melihat perubahan aku, semenjak aku tinggal di luar negara, penampilanku sangat jauh berubah.. sahri yg dulu pernah digelar budak gemuk yg kuat makan, kini dah tak gemuk macam dulu lagi, sahri yg akan kembali ke kampung bukan sahri lima tahun lepas.. perubahanku kini dikategorikan sbg seorang pemuda yg hensome dan bergaya.. mungkin juga aku sedikit terikut kejutan budaya disana.. tapi aku masih dalam landasan yg betul, kau jangan risau amar atas perubahan ku ini..
Jam ditangan sudah menunjukkan tepat pukul 10malam, dari kejauhan, sahri sudah dapat melihat simpang masuk ke kampungnya, ye, ditepi simpang itulah terdapat sungai kecil yg suatu ketika dahulu tempat sahri dan amar memancing ikan.. tempat itu jugalah mereka selalu melepak sambil mengurat gadis2 yg pulang dari sekolah..
Lamunan sahri terhenti diikuti bunyi brek bus yg sedikit bising menandakan perjalanan sahri telah pun sampai ke destinasi.. dengan hati yg gembira sahri bangun dan mencapai dua bagasi yg berisi sedikit pakaian dan ole2 yg dibelinya di sana untuk dihadiahkan kpd sahabatnya serta ibu dan ayahnya..
Tiba2 langkahnya terhenti, dia terlihat seseorang yg sedang duduk bersandar di tiang lampu yg sedikit malap itu sambil menundukkan wajahnya.. ada lalang dalam genggaman tangan pemuda tersebut.. seperti dia mengenali pemuda itu.. betulkah dia? tapi kenapa keadaannya sangat tidak terurus? rambutnya yg kusut dan panjang seolah2 tak penah dipotong sekian lama.. baju yg dipakai terlalu lusuh seperti tidak pernah diganti.. jika benar dia, kenapa jadi begini??
Perasaan sahri semakin gusar, jantungnya berdegup kencang.. semakin dihampiri pemuda itu semakin benar lah firasatnya mengatakan pemuda itulah orgnya, tetapi mulut sahri seperti terkunci untuk menyapa.. lidahnya kelu untuk menuturkan kata2... sahri terkaku disitu, badan nya rasa tak bermaya.. hatinya tiba2 sayu dan hiba.... sahri hanya mampu berkata dalam hatinya... betulkah kau amar sahabatku........
*********************************
Tiada ulasan :
Catat Ulasan