Jumaat, 23 Mac 2012

AYAH, KENANGAN PEMBERIAN AYAH...


ASSALAMUALAIKUM

hanya gambar hiasan

wang kertas rm1 ini membuatkan aku terkenang kembali kenangan bersama arwah abah, setiap kali menolong abah di ladang getah. abah akan memberikan seringgit sehari sebagai upah.. yg paling seronok bila time cuti sekolah.. tebal beg duit aku.. masa dulu duit sepuluh ringgit dah rasa macam lima puluh ringgit.. macam2 barang dapat beli.. kini kenangan bersama abah hanya tinggal kenangan yg tersimpan dilubuk hati ini.. perasaan rindu pada arwah abah tak pernah padam walaupun setelah lebih 2 tahun abah pergi.. semoga roh arwah abah ditempatkan kedalam golongan org2 yg beriman, Amin..

ALFATIHAH..


PUISI BUAT ARWAH ABAH


Andainya mampu kuputar waktu

Seribu harapan untukku terus bersama-sama denganmu



Andainya mampu kuputar usiaku
Sejuta dambaan dapat kurasakan belai kasihmu


Andainya mampu kuputar jalan hidupku
Ingin aku mengabadikan bakti kepadamu


Andainya mampu kuputar derita getirmu
Ingin aku menjadi galang gantinya


Andainya mampu kuputar jejakmu
Ingin kusantuni sekalian sahabat taulanmu


Andainya mampu kuputar sejarah leluhurmu
Ingin kutelusur persebarannya di rantau alam Melayu ini


Andainya mampu kuputar lakuku
Ingin kubersihkan segala dosaku kepadamu


Wahai ayahandaku yang telah pulang
Tiadalah dayaku 
memutar segala yang telah berlalu
Redhalah aku akan kepergianmu
kembali ke haribaan Rabbul Izzati


Munajatku akan tetap kuhadapkan kepada-Nya 
Bahagialah ayahanda dinaungi rahmat-Nya
Semoga segala hak dan amanah yang telah ayahanda tunaikan
kepada pencipta jiwa dan jagat raya
juga kepada makhluk di alam semesta
memberikan sinar di alam barzahmu


Istirahatlah wahai ayahandaku
di alam yang bebas daripada tipu daya dunia
sementara menanti tibanya alam mahsyar
perhimpunan besar penentu destinasi abadi
Semoga kita bersua di syurga jannati.



sumber nukilan dari penulis senja

9 ulasan :

susulemakmanis berkata...

saya pon rindu arwah abah..btw,dah follow u..

PCL berkata...

Al-Fatihah buat ayahanda kamu...panjatkan doa semogaa damai di sana.

nasir hamzah berkata...

samalah kita, apapun kita kena tabah menghadapi ujian ini.. AL-FATIHAH..

nasir hamzah berkata...

Terima kasih PCL, semoga arwah damai disana..

Pemandu Teksi berkata...

Alfatihah buat arwah ayahanda ku Hamzah Bin Ismail,dirimu sentiasa dalam ingatan, semuga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.. Amin..
Sedih pulak baca kau punya entri kali ni En. Nasir..

nasir hamzah berkata...

amin, ye en zarin, sedih bila mengenangkan.. sama2 lah kte berdoa untuk arwah abah..

Tinta Lana berkata...

Salam..

Al-Fatihah buat arwah abah nasir ya.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. ingatilah dia dalam doa..mudah2an dia tenang disana..

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah... abah saya pun dah pergi...dah 2 bulan... rindu sangat2 kat abah. Moga ditempatkan di kalangan orang beriman. Sampai sekarang masih xblih lupa salaman tangan terakhir saat itu.. hanya doa mengiringi abah di sana. Moga abah tenang di sana......

faizalfretless berkata...

sabarlah kawan2 yg merindukan si arwah...kelak kita akan bertemu jua disana..in syaa Allah.

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..