Pada suatu malam yg sunyi dan sepi, disebuah warung di kampung hujung selatan tanah air.. kecoh apabila pelanggan2 di warung itu sibuk memperkatakan tentang beberapa penduduk kampung yg tersempak dengan seorang gadis berkebaya putih yg tidak dikenali, boleh dikatakan setiap malam pasti gadis itu muncul di satu lorong yg sunyi yg dipenuhi pokok2 getah sedang menunggu seseorang.. tiada siapa yg berani menyapa jika terserempak dengan gadis misteri itu...
Arif salah seorang anak jati yg menetap dikampung tersebut hanya mengelengkan kepala bila mendengar org sibuk bercerita tentang gadis misteri itu.. padanya semua itu hanya gosip liar yg ingin menakut nakutkan anak2 muda sepertinya yg selalu pulang lewat kerumah...
Biasalah...itu semua cerita karut, mana ada hantu pada zaman moden sekarang ni, merepek ah!! bentak arif bila ditanya pandanganya tentang gadis misteri itu..
Kau jangan cakap besar arif, nanti terkena pada batang hidung kau, baru kau tahu.. azlan rakannya yg mendengar kata2 arif mengingatkan..
Aku bukan nak cakap besar bro.. tapi aku memang tak percaya langsung dengan cerita2 karut ni, pada aku org yg buat2 cerita ni dah tak ada kerja lain dah, asyik nak menakut2kan org je.. arif mempertahankan kata2nya..
Azlan dan rakan2 yg lain hanya memandang sesama sendiri bila arif begitu yakin segala cerita itu hanya direka2 oleh beberapa penduduk disitu.. azlan tidak bersetuju dengan pendapat arif, masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin..
Terpulanglah pada kau rif, nak percaya ke tidak itu hak kau, tapi jangan terlalu yakin dengan apa yg kau ucapkan tu, nanti apa yg kau cakap tu makan diri kau sendiri.. azlan yg tidak bersetuju dengan kata2 arif terus bangun dan berlalu pergi, diikuti rakan2 yg lain..
Lah?? korang semua nak pergi mana? releks lah dulu kalau ye pun.. malam masih muda lagi.. korang dah nak balik ke? arif terpinga2 melihat rakan2 yg lain turut sama bangun meninggalkan dia sorang2 warung itu..
Korang semua ni memang penakutlah, nak jadi penakut macam si lan tu.. nama je jantan tapi penakut.. aku cakap yg betul aper?? arif menjerkah pada rakan2nya telah beransur pergi..
************************************************************
Jam sudah menunjukkan pada angka 12malam, pakmat pemilik warung sudah mula berkemas2 untuk menutup warungnya..
Hai pakmat, cepat tutup malam ni? pakmad pun percaya ke apa yg dorang semua ceritakan tu? pakmat pun takut dengan hantu?? arif menyoal sambil memerli pakmat yg sedang mengelap meja warungnya..
Kau ni arif, jangan celupar sangat mulut kau tu.. cakap tu pandang2lah sikit.. hari dah malam macam ni.. nanti benda tu ikut kau balik baru kau tahu langit ni tinggi ke rendah.. pakmat memulang paku buah keras pada arif..
Arif hanya gelak kecil bila mendengar kata2 pakmat.. dia bangun dan terus menuju ke motor honda x5 nya.. ketika dia hendak mula menunggang motosikalnya, dengan tiba2 dia terasa ada angin yg menghembus dari arah belakang lehernya.. serta merta badannya rasa seram sejuk.. tapi arif buat tak tahu..
Semasa arif sedang menunggang motornya pula, arif dapat rasakan motor honda x5nya mendak seperti ada sesuatu yg memboncing dibelakangnya.. dipulas habis pedal minyak tetapi dia tidak dapat meningkatkan kelajuan motornya.. ahh, mungkin minyak enjin ni dah lama tak ditukar.. sebab tulah mendak semacam je.. dia memujuk hatinya..
Ketika arif menyusuri jalan yg penuh dengan pokok2 getah disekelilingnya, motor arif tersenggut2 seperti kehabisan minyak, dia turun dari motornya sambil merungut2 sendirian.. seingatnya baru semalam dia mengisi penuh minyak didalam tangki motornya.. pelik! takkan dah habis kot.. arif melihat sekeliling, penglihatan matanya terbatas.. hanya cahaya bulan sahaja menerangi kawasan tersebut..
Dia cuba menghidupkan enjin, tapi tidak berjaya.. sedang berfikir2 apa yg perlu dibuat.. tiba2 kedengaran bunyi org sedang berjalan dari arah belakangnya, dia menoleh dan diperhatikan betul2 siapakah org itu, dalam samar2 cahaya bulan arif ternampak seorang gadis berkebaya putih sedang berjalan ke arahnya.. hatinya tertanya2, siapa pulak ni awek ni.. tapi belum sempat dia menyapa, tiba2 gadis itu menegurnya..
Abang.. abang.. boleh tolong hantar saya balik tak? gadis itu bertanya..
Erkk.. cik adik ni siapa yer? malam2 macam ni jalan sorang diri.. tergagap2 suara arif menyoal..
Saya orang baru disini, saya tinggal dihujung jalan sana, boleh abang hantarkan saya balik.. gadis itu merayu pada arif yg masih terkejut dgn kehadiran gadis itu.. abang jangan lah takut, saya bukan hantu.. gadis itu menyambung meyakin kan arif..
Hem, ok2 maafkan abg, abg ingat adik ni....... kata2 arif terputus disitu..tak sampai hati pula dia hendak menyambung patah perkataan dari mulutnya, arif rasa lega kerana gadis comel dihadapannya bukan hantu yg seperti yg disangkakan.. gadis dihadapannya adalah manusia biasa sepertinya, mungkin gadis inilah yg org kampung sibuk bualkan..detik hatinya..
Tapi adik, abg ada masalah sikit, motor abg ni tiba2 pulak rosak, tadi ok je.. arif memberitahu pada gadis itu..
Yeke bang, takpe cuba abang stat lagi sekali mana tahu boleh hidup, mungkin enjinnya panas sangat tadi, gadis itu memberi arahan..
Arif cuba lagi menghidupkan enjin motornya, dengan sekali stat sahaja enjin motosikal itu hidup seperti biasa, lega hati arif, tak payah lah dia hendak menolak motor itu sampai ke rumahnya..
Ok dik, naiklah biar abg hantar adik kerumah.. gadis itu terus naik dan motor yg ditunggang arif mula bergerak menyusuri jalan yg satu2nya dikelilingi ladang getah dikampungnya..
Arif menunggang motosikalnya dalam kelajuan sederhana, padanya biar lambat sampai, boleh dia berbual2 dengan gadis comel itu.. rasa bangga menguasai dirinya.. bukan senang nak bawak awek.. nilah saat2 yg dinanti2 dan kalau boleh mahu sahaja arif jadikan gadis itu sebagai aweknya.. takpe slow2 lah.. arif melayan perasaannya..
Abg.. rumah saya di simpang depan tu aje.. abg turunkan saya di situ ya.. pinta gadis itu kepada arif..
Oh ya, simpang depan tu ya.. yg ada lampu dekat tepi jalan tu kan? arif bertanya kembali..
Ya betul2, abg turunkan saya dekat situ.. jawab si gadis..
gambar hiasan |
Tidak jauh dari simpang itu, barulah arif perasan, setahunya dekat situ tiada rumah org,.. yg ada hanya kawasan perkuburan.. arif memperlahankan kelajuan motornya, kepalanya ditoleh kebelakang untuk bertanya pada gadis itu, terkejut arif bila mendapati gadis comel dibelakangnya telah tiada, serta merta badan arif menggeletar, perasaan takut mula menyelubungi dirinya.. ditambah lagi hidungnya terbau sesuatu yg sangat busuk dan meloyakan... seperti bau bangkai
Abaangg, abangg, kenapa badan abg menggigil ni? abang sejuk ke... atau..... abg dah tahuuuu....heheheheheeeeeeeeeee....... terdengar jelas ditelingga arif suara garau gadis tersebut diselangi dengan hilayan yg cukup nyaring dan berpanjangan dari arah atas kepalanya...
Arif tak dapat mengawal perasaan takutnya.. dia tidak berani hendak menoleh.. tidak sanggup arif melihat gadis yg cantik tadi kini berubah menjadi pontianak.. perasaan takutnya semakin memuncak sehingga dia tidak dapat mengawal motosikal yg ditunggangnya itu, dan terus terbabas masuk kedalam semak.. mata arif berpinar dan telinganya masih mendengar hilaian dari pontianak itu.. dan akhirnya arif tidak sedarkan diri...
*************************************************
Arif!! arif!! dia rasa badannya digoyang2 oleh seseorang.. perlahan2 dibuka matanya.. pandangan mata arif terarah pada ibunya yg sedang duduk disebelahnya.. diikuti beberapa org kampung dan rakan2nya juga berada disekelilingnya.. dia hanya terpinga2 bila melihat beberapa org jiran berdekatan berada di rumahnya..
Kenapa kau rip? org kampung jumpa kau terbaring dalam semak di kawasan kubur pagi tadi.. kau pergi mana, kata2 emaknya membuat arif terbayang peristiwa malam tadi yg cukup menakutkan dia..
Azlan yg turut berada disitu bertanya pada arif yg dari tadi hanya diam membisu.. arif, kau jumpa perempuan tu ke malam tadi? org kampung yg tolong kau ada jumpa cebisan kain warna puteh lusuh melekat di tempat duduk belakang motor kau..
Kata2 azlan membuatkan arif terkejut, badannya tiba2 menggigil dan dia menjerit2 ketakutan seperti org histeria.. hj awang terus menghampiri arif dan membacakan ayat2 suci di telinganya.. dan akhirnya arif tenang semula, setelah itu arif menceritakan pada semua apa yg berlaku padanya malam tadi.. mereka yg hadir semua terkejut mendengar cerita arif..
Arif tidak sangka disebabkan sifat bongkak dan mulutnya yg celupar itu, akhirnya memakan diri sendiri.. sejak peristiwa itu, arif tidak lagi keluar malam, dan sifat arif berubah menjadi seorang yg sangat pendiam...
......sekian....
***************************************************
......sekian....
***************************************************
...karya Nasir Hamzah....
P/s: cerita diatas berdasarkan kisah benar yg berlaku disebuah kampung di selatan tanah air, nama2 dalam cerita ini telah diubah oleh admin.. terima kasih admin ucapkan pada pembaca semua kerana sudi meluangkan masa di blog ini..
3 ulasan :
Seram juga cerita ni, nasib baik aku baca dah pagi...hu hu
em kalau tak nanti en zarin disapa dari belakang.. hu hu
teeheee~seram! haha
Catat Ulasan