Selasa, 19 Jun 2012

Gambar Seorang Perempuan Bertukar Menjadi Lembaga Yang Menyeramkan Di Ipoh



IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.

Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.

“Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.


“Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.

Apa pendapat korang bila tengok gambar ni yer? 


11 ulasan :

Unknown berkata...

yang mjadi persoalannya skrg ni, die tangkap gmbar tu guna apa? kamera hs? klu ya kamera hs, brapa Megapixels? tgk pada quality gambar mcm 2.0 megapixels je plus tangkap tgh mlm, mmg la pic jd kabur dan mata jd kaler putih tu mayb pantulan cahaya kamera yg xseberapa..so ak sangkal gmbar nih..huhu.ni toeri ak la :p


http://encikcopypaste.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

kamera prob kot...

nasir hamzah berkata...

@ leakedknowledge- okeh boleh diterima pendapat anda ituh.. lagi satu berkemungkinan budak perempuan tu meloncat ketika gambar di ambil.. tu yang jadi blur muka budak tuh kot? erm wallahualam..

nasir hamzah berkata...

@soooooour- Munkin gak ler kalau kamera digital takkan gambar boleh jadi kabur cam tukan?

Athirah berkata...

await lagu tu? seram pulak pagi2 nh..

blog-tips-kurus berkata...

saya agak seram time ni... ;)

Nadie az berkata...

mmm..memang nampak menyeramkan juga pada pandangan mata saya...tapi yg menarik perhatian saya ialah kemunculan orbs di atasnya yag biasanya dikaitan dengan aktiviti paranormal.tapi kita perlu tahu membezakan antara orbs atau titisan air yang terbentuk..tahniah NH..

Muttallif berkata...

Mungkin kerana kamera NH...mungkin

Tinta Lana berkata...

Salam..tu dia..nasir sankuwik..hek3.

Tapi nasir, lana tgk lama2 sblm tido smlm..meremang juga lana dibuatnya,heh3

NAL berkata...

camera rasanya..

Dayang Deno berkata...

erk.... seram betul!

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..