Memaparkan catatan dengan label gambar hantu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar hantu. Papar semua catatan

Sabtu, 10 November 2012

SERAM!! Gambar Penampakan Hantu Di Bilik Hotel


Assalam..

Entri seram kali ni NH akan paparkan pada korang satu gambar yg di muat naik sendiri oleh isteri kepada lelaki di dalam Gambar ini...

Dikatakan imej penampakan hantu ini terakam semasa beliau sedang mengambil gambarnya sendiri di sebuah bilik hotel yang namanya dirahsiakan...

Percaya atau tidak mari sama2 kita saksikan gambar penampakan ini...


Sebenarnya Nh jumpa gambar ni di dalam satu forum yang Nh pun dah  lupa apa nama forum tersebut, huhu poyo jek... dah lama juga NH simpan gambar ni dalam pc. Tapi tak berminat nak jadikan entri kat blog NH...

Tapi... yer ada tapinya... disebabkan tarikh hari ni adalah tarikh yg KACAK LAGI BERGAYA maka dengan bersemangatnya NH menaip dan mempublishkan juga gambar ini untuk tatapan korang semua yg berminat dengan alam misteri.. 

P/s : Nantikan kisah pengalaman seram NH ke Istana yang dikatakan penuh dengan seribu satu misteri yang masih belum terungkai di Entri akan datang khas buat korang semua..

Selasa, 19 Jun 2012

Gambar Seorang Perempuan Bertukar Menjadi Lembaga Yang Menyeramkan Di Ipoh



IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.

Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.

“Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.


“Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.

Apa pendapat korang bila tengok gambar ni yer? 


Khamis, 7 Jun 2012

Gambar Dua Beradik Berubah Menjadi Hantu

Penampakan hantu berikut ini dikatakan diambil oleh dua orang adik beradik di sebuah tempat letak kereta Bukit Panjang singapura.. Menurutnya dia terkejut apabila mendapati gambar itu di seperti terhalang oleh satu lembaga putih dihadapannya, halangan berkabus menunjukkan wajahnya berubah seperti hantu.. mari kita sama-sama tengok gambar dibawah ini...


Apa pendapat korang?

Isnin, 4 Jun 2012

Gambar Hantu Budak Tidak Sengaja Dirakam Oleh Seorang Ibu

Malam ni Nh nak kongsikan korang dengan satu lagi gambar penampakan hantu yang telah berjaya dirakam.. Gambar ini diambil oleh seorang ibu yang mengatakan anak lelakinya, Sirus Walsh ini  sering bermain dengan rakan hantunya.. menurutnya gambar itu diambil menggunakan telefon bimbit yang baru sahaja dibelinya.. 

Dia mendapati rakaman itu menunjukkan bayang-bayang seorang budak sedang berdiri ditepi anaknya, di sebabkan terkejut lalu dia terus memadam gambar itu dengan segera, dan kemudian mencuba sekali lagi merakamnya untuk mendapatkan kepastian.. sekali lagi dia terkejut apabila bayang-bayang ''HANTU BUDAK'' itu masih lagi terakam di dalam telefonnya itu.. jadi untuk melihat sendiri mari kita lihat penampakan ini..



Menurut Julie, nenek kepada kanak-kanak ini.. keluarganya sering melihat Sirus sering bermain dengan seseorang.. tapi yang pasti tiada sesiapa yang sedang  bersama dengan cucunya itu.. Julie juga menafikan gambar ini terhasil setelah di edit.. Julie menegaskan bahawa tiada seorang pun ahli keluarganya yang mahir dalam bidang mengedit gambar...

Bila baca kisah ni Nh teringat kisah anak sedara Nh yang boleh melihat benda-benda halus.. dan jalan ceritanya sama macam cerita diatas, korang pernah baca entry Nh yang bertajuk MISTERI ALAM BUNIAN? kalau belum bolehlah korang membacanya di SINI..

Khamis, 17 Mei 2012

GEMPAR: Jelmaan Hantu Mengiringi Selebriti Terkenal

Gambar Penampakan berikut ini telah di kongsi oleh selebriti Hollywood yang bernama Kim Kardashian, kim Kardashian telah mengirim gambar ini di twiter nya baru-baru ini. semasa itu beliau berada di dalam sebuah kereta mewah milik Scott Disick iaitu teman lelaki kepada Kaourtney Kardashian. 

Yang paling mengejutkan apabila pengikutnya di twiter menyedari di dalam gambar tersebut ada penampakan seorang budak kecil sedang berdiri di dalam garaj, Kim Kardashian hanya ketawa apabila mendapat tahu akan penampakan itu kerana dia yg sememangnya tidak mempercayai akan kewujudan hantu.. Ok jom kita lihat gambar penampakan ini..




Jelas kelihatan seorang budak kecil sedang berdiri di dalam garaj, adakah itu jelmaan hantu atau sebaliknya? susah untuk di perjelaskan...

Selasa, 15 Mei 2012

Penampakan Imej Hantu Di Utara England



Seperti biasa pada malam-malam macam ni Nh akan siarkan Gambar penampakan hantu untuk korang semua yg meminati apa jua berkaitan dengan alam mistik.. Nh nak siarkan waktu tengah malam nanti korang takut pulak, Ha jadi waktu macam ni sesuailah kan untuk melihat gambar-gambar seram kat blog Nh ni.. huhu..


Ok di bawah ini Nh kongsikan gambar penampakan hantu yg di ambil oleh seorang lelaki yg bernama Colin Foster, ketika beliau sedang melancong di North Yorkshire, Utara England.. cuba korang lihat sendiri penampakan ini.. 


Seorang lelaki terkejut setelah dia merakam imej lembaga manusia yang dipercayai hantu ketika bercuti di utara England pada awal tahun ini.
Lelaki itu, Colin Foster, 34, menceritakan kembali bahawa imej misteri itu dirakam dengan menggunakan kamera digital yang baru dibelinya ketika melancong di North Yorkshire.
Beliau tidak mengesan apa-apa yang luar biasa sehingga pulang ke rumah dan melakukan semakan semula gambar yang telah dirakamkan.
“Saya dan teman wanita saya sedang melihat gambar-gambar tersebut. Tiba-tiba, teman wanita saya menyahut berhenti dan merampas kamera itu,” kata Colin.
“Teman wanita saya menyuruh saya membesarkan fokus pada satu bahagian gambar.
“Imej misteri itu pada awalnya tidak dapat dilihat dan semakin jelas setelah diperbesarkan. Kami tergamam dan memandang antara satu sama lain (apabila melihatnya),” ujarnya.
Sementara itu, anggota Persatuan Paranormal British, Nick Thurston berkata, imej yang dirakamkan itu jelas dan ia dianggap satu penjelmaan roh dalam bentuk manusia.

sumber kosmo

NH: nampak jelas, tapi macam robot pun ada ek? wallahualam..

Sabtu, 12 Mei 2012

Gambar Penampakan Jin Di Sebuah Masjid?



Di katakan penampakan ini di sebuah masjid yg NH tak tahu di mana.. perhatikan betul-betul di dalam line merah yang di tanda.. betul ke itu JIN? erm entahlah susah nak di pastikan..

5 Gambar Penampakan Hantu Yang Menyeramkan

Hari ini NH tak nak tulis panjang-panjang.. yang NH nak, cuba korang perhatikan beberapa keping gambar penampakan hantu di bawah ini...



Dah tengok? tu jelah penampakan hantu untuk kali ini yer kawan-kawan.. 

NH: Entry yg paling ringkas aku buat.. huhu..

Jumaat, 11 Mei 2012

SERAM: Video Penampakan Hantu Di Kedai Handphone





Menurut Andrew Dasilva, pengawal keselamatan di kedai hanphone ini terkejut bila mendapati rakaman video cctv yang terpasang di kedai itu merakam penampakan seorang wanita muda.. beliau mengatakan bahawa Hantu Perempuan yang menakutkan itu dilihat sedang berjalan ke arah sebuah pintu di belakang kedai dan Hantu itu sempat berhenti dan menoleh ke arah kamera cctv yang sedia terpasang...

Dikatakan juga bahawa tapak kedai hanphone itu sebenarnya, pada satu masa dahulu merupakan sebuah rumah panti asuahan kanak-kanak di zaman Victorian, menurutnya lagi, Hantu di dalam video tersebut mungkin merupakan roh salah seorang budak yang pernah mendiami rumah panti asuhan tersebut, 


Rakaman cctv itu telah di muatkan ke dalam youtube pada 26 september, (tidak pula di beritahu tahun berapa) dan dari sumber itu mengatakan penampakan itu adalah asli.. 


ada juga yang membantah mengatakan penampakan tersebut adalah  palsu..

Bagi memastikan ianya asli atau palsu cuba korang lihat dan nilaikan sendiri adakah menampakan ini benar-benar asli atau sebaliknya.. silakan di mulai!! Ceh dah terikut ikut ngomong jawa sih NH.. hehe 

 

Dah tengok? seram tak? rasa korang macam mana asli atau palsu??

sumber disini dan disini

NH: jenuh juga NH nak translate entry ini ke bahasa melayu.. huhu..

Selasa, 8 Mei 2012

Penampakan Lembaga Hitam Di Sebuah TOKO

ASSALAMUALAIKUM..

sila lihat dahulu gambar penampakan lembaga hitam di sebuah Plaza Sukaramai di salah satu daerah di Indonesia ( NH tak pasti apa nama tempatnya )


Menurut dari sumber yg NH perolehi gambar ini di ambil oleh seorang teman kepada gadis di dalam gambar ini di sebuah pasaraya yg sudah di tutup.. pada mulanya gadis yg bernama merry ini tidak perasan akan adanya penampakan tersebut, sehinggalah dia menunjukkan gambarnya itu kepada rakan-rakannya barulah dia dapat tahu yg terdapat susuk hitam pada gambar itu sedang berdiri di belakangnya.. seolah-olah lembaga itu turut sama mahu bergambar dengannya..

tempat itu juga memang terkenal dengan kisah-kisah mistik, pekerja-pekerja yg berdekatan juga tidak terkecuali pernah terlihat kelibat penampakan hantu di sekitar tempat tersebut..

Security di situ juga turut mengakui dengan penampakan hantu di kawasan itu.. tapi beliau menganggap itu sudah menjadi satu  kebiasaan..

sumber : tribunnews.com

NH: Lelaki dan perempuan : BERDEPAN DENGAN MASALAH? benarkah?? untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila kunjungi blog 


Isnin, 7 Mei 2012

Gambar Wanita Muda Di Istana Berhantu

ASSALAMUALAIKUM..

Kali ini NH nak kongsi pulak gambar penampakan HANTU di Istana berhantu di salah sebuah negara di Britain, Ha tapi yg menariknya penampakan hantu ini, berupa seorang gadis yg cantik lagi cute, sehingga membuatkan NH tergoda di lamun asmara.. haha merepek sudah!!

Ok korang tengok sendiri gambar di bawah ini dan baca sedikit info yg NH ambil dari berita harian online... 


GAMBAR yang dirakamkan oleh Horkin menunjukkan imej hantu di Istana Gwrych, utara Wales.


Gambar yang dirakamkan oleh Horkin menunjukkan imej hantu di Istana Gwrych, utara Wales. ABERGELE, Wales – Seorang jurugambar, Kevin Horkin telah merakamkan gambar menyeramkan yang menunjukkan hantu seorang wanita muda di tingkap sebuah istana terbiar di utara Wales, lapor sebuah akhbar..


Gambar itu dirakamkan di lokasi yang dianggap antara paling berhantu di Britain, Istana Gwrych yang terletak di Abergele, Utara Wales. Imej itu mencetuskan misteri kerana secara realitinya manusia tidak boleh berdiri di tepi tingkap tersebut kerana lantainya sudah pecah. Horkin, 48, yang juga pemilik sebuah syarikat memberitahu dia melihat imej hantu itu semasa memuat turun gambarnya. “Ia merupakan hari yang dingin semasa saya pergi ke istana itu tetapi ia seakan- akan panas apabila saya berada berhampiran bangunan,” kata Horkin. 


Horkin percaya imej itu ialah seorang wanita yang pernah tinggal di istana berkenaan. Dia bercadang untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai imej itu dengan pasukan mencari hantu. 


Istana itu dibina pada tahun 819. – Agensi


Sumber: bharian online


NH: Korang pernah ambil gambar pastu terambil gambar hantu?

Jumaat, 4 Mei 2012

Gambar Penampakan Lembaga Hitam Tanpa Kaki

ASSALAMUALAIKUM..


Seperti biasa Nh nak kongsikan lagi gambar-gambar penampakan HANTU khas buat korang yg selalu berkunjung ke blog Nh yg dikatakan seram dan penuh misteri ini, sehingga ada yg takut nak singgah di waktu malam.. kata diaorang lah, pada Nh biasa je, Tapi.... Ha..  ada tapi, kadang-kadang Nh sendiri yg takut nak buka blog sendiri.. Haha poyo jer ek...




Ok penampakkan ini berupa LEMBAGA HITAM dimana salah seorang pelajar universiti ini yg terlalu asyik menangkap gambar dirinya sendiri pada waktu magrib sehingga secara tidak sengaja terakam sekali gambar LEMBAGA HITAM TANPA KAKI sedang merenung dirinya..


Mengikut bacaan NH di blog amekaw.com, remaja berumur 19 tahun ini yg bernama Safura Zakariah, tidak perasaan akan penampakan itu pada mulanya, selepas saja sesi bergambar di depan cermin di rumah neneknya itu, dia terus keluar  bersiar-siar ke bandar.. sehinggalah dia pulang ke rumah, dan terdetik di hatinya untuk melihat gambar-gambar yg di ambil, tiba-tiba remaja ini terkejut bila mendapati ada  satu imej lembaga hitam di belakangnya.. 


Dia yg tidak berpuas hati cuba mengambil semula gambar dirinya dalam posisi yg sama dan gambar itu tidak berjaya merakam imej lembaga hitam tersebut.. begitulah yg di ceritakannya kepada minguan malaysia..


Menurut Neneknya pula, kejadian aneh ini adalah yg pertama berlaku di rumahnya yg telah didiaminya  selama 20 tahun.. setelah berita itu tersebar, ramai saudara mara serta jiran tetangga datang berkunjung bagi melihat sendiri gambar tersebut dan memuat turun ke telifon bimbit masing-masing..


Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Mersing, Zakaria Tahir ketika diminta mengulas berhubung gambar itu berkata:



“Allah menjadikan malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, namun ia boleh menyerupai atau menjelma dengan pelbagai bentuk.
“Apa yang penting sebagai manusia yang beriman kepada Allah S.W.T, kita tidak perlu taksub dan takut dengan kejadian aneh yang belum tentu kesahihannya itu sehingga boleh menjejaskan akidah,” katanya.

NH : ingat tak pada entry  NH, yg bertajuk Gambar entiti terakam di surau lama di batu pahat, itulah pengalaman pertama NH dapat merakam penampakan hantu dalam surau tu..

Khamis, 3 Mei 2012

Gambar Penampakan Pontianak Di Bilik Mandi

Assalamualaikum


Pada kali ini NH nak kongsikan pada korang gambar penampakan kuntilanak ( pontianak ) yg secara tidak sengaja telah di rakam oleh seorang teman dari negara seberang.. cuba korang lihat sendiri gambar di bawah ini.. Di nasihatkan kepada rakan-rakan perempuan tu sila jangan tengok lama-lama gambar di bawah ini, merbahaya!!



Jelas kelihatan penampakan imej kakak ponti di tepi bahu kiri lelaki ini, apa pendapat korang, adakah gambar ini di edit? atau memang gambar ini benar-benar natural? apa jua pendapat korang, percaya atau tidak mahkluk halus ini sentiasa ada di sekeliling kita, cuma kita sahaja tak dapat melihat mereka.. melainkan mata kita di buka hijab oleh-Nya, akan tetapi tidak ramai di atara kita di pilih untuk dapat melihat dunia alam ghaib ini..


Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” - (Surah Al-A’raaf: 27).

NH : Untuk membaca entry sepenuhnya berkenaan penampakan kuntilanak ini sila klik m.inilah.com

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..