Ahad, 3 Jun 2012

Wajah Manusia Pada Batang Pokok Tembusu






MARANG - Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam.

Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.

"Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun perkara itu hingga diberitahu anak saya," katanya.

Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat 'wajah' itu.

"Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang memandang sesuatu," katanya.

Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang.

Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik.

"Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik," kata Zakaria yang tidak kisah untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu.

3 ulasan :

NAL berkata...

nampak sgt keanehan pokok tu..macam2 benda muncul sekarang ni kan nh..

Unknown berkata...

memang nampak bentuk muka tu,jelas

Dkna Abza berkata...

nampak muka orang ... seram pon ada gak eh..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..