Memaparkan catatan dengan label muhasabah diri.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muhasabah diri.. Papar semua catatan

Sabtu, 17 November 2012

Ujian Dalam Kehidupan...

kita sering mahukan hari yang
cerah tapi Allah mengetahui,
hakikatnya hujan perlu
diturunkan..

kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali
kesusahan tetapi Allah lebih
mengetahui, kesusahan itu
mengajar erti kehidupan..

kita sering inginkan
ketenangan, hakikatnya diri
penuh dosa dan kejahatan
kerana manusia tidak lepas
dari melakukan kesilapan..
semuanya bukan hukuman..

tapi...

Sebagai tanda kasih sayang
Tuhan agar kita lebih tabah..
itulah ujian dan dugaan
dariNya pada hambanya untuk mengenal erti kesabaran...

BERSABARLAH...

NH: sama-samalah ita muhasabah diri..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 9 Mei 2012

Kuasa ALLAH: Pokok Tumbang Menjadi bengkok Dari Terkena Kereta Ustaz


ASSALAMUALAIKUM...
Pada kali ini NH nak kongsi pada korang tentang kisah seorang Ustaz yg berhati mulia, Tentu ada di antara korang yg sudah baca kisah di bawah ini.. tapi mungkin juga ada yg belum kan? NH terkesima sebentar bila melihat sendiri Kebesaran ALLAH yg sentiasa melindungi setiap Hambanya yg soleh, dari segala bencana yg menimpa.. Ok NH taknak cakap banyak, korang baca dan lihat sendiri...

Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.
Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat. ( Di atas kehendak ALLAH )
Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.

Dah baca dan lihat sendiri? Pelik bukan? tapi itulah yg kita lihat.. dan semua ini terjadi atas kuasa yg maha ESA.. Kalau pun cerita di atas hanya rekaan semata-mata, tapi ingat! semua ini tidak mustahil boleh terjadi dengan bantuan dari-NYA.. renungkanlah dan selamat beramal..

NH: INGIN TAHU 10 FAKTA MENARIK MENGENAI PEMBINAAN KAPAL TITANIC 2
DAPATKAN FAKTA TERSEBUT DI BLOG

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..