Memaparkan catatan dengan label Banglo hilang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Banglo hilang. Papar semua catatan

Selasa, 17 April 2012

Misteri Kehilangan Banglo Yg Belum Terjawab

Assalamualaikum..

Pada kali ni NH nak cerita sikit pada kawan semua pengalaman Nh pergi sendiri ke Rumah Banglo hilang di Taman Rinting  yg heboh diperkatakan di blog-blog dan di forum serta masyarakat johor umumnya satu masa dulu.. korang pernah dengarkan?

Perjalanan yg hanya memakan masa kurang 2jam dari rumah nh tak lah memenatkan sangat pun..kan... Nh memang dah lama nak tengok sendiri rumah misteri ni.. Baru kali ni berkesempatan..


Dengan berpandukan alamat yg telah di setkan ke dalam Gps nokia maps pada hp Nh akhirnya Nh jumpa juga rumah tersebut, rasa glamor giler masa tu.. macam wartawan mastika pulak layaknya, haha.. tapi yg membuatkan Nh tak berpuas hati dengan kedatangan Nh kesana, Nh disambut dengan pagar yg dikepung mengilingi taman perumahan mewah tersebut!! sudahlah jalan  kawasan taman itu sibuk dgn kenderaan, dah macam jalan besar gamaknya pun...huhu


Jadi apa yg dapat Nh buat hanya dapat lihat rumah tu dari tepi jalan itupun sambil lalu jelah, lepas tu patah balik tengok lagi, rasanya 3 kali kot Nh buat macam tu, ditambah jalan yg sempit tak dapat Nh nak memberhentikan kenderaan ditepi jalan, nak ambil gambar? jauh sekali.. mahu kena tangkap dengan pak guad yg ada tak jauh dari situ..


Menurut dari salah satu sumber mengatakan, tapak rumah yg hilang ni dibeli oleh owner jiran sebelah .. mungkin betullah sebab Nh  tengok tapak tu dah dipagar sekali dengan rumah owner tersebut..


Gambar hadapan rumah owner yg beli tapak rumah hilang tu diambil oleh seorang ahli forum tersebut yg nama samarannya mamita.. berani betul kakak mamamita yer.. huhu


kebanyakkan penduduk taman rinting yg Nh tanya semua mengiakan tanda setuju yg rumah banglo itu hilang begitu saja, macam-macam versi cerita yg didengar.. kalau korang nak tahu, korang boleh  baca cerita selanjutnya di link ni Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting

NH : kadang-kadang apa yg tak terlintas difikiran kita, tak mustahil ianya boleh berlaku.. semuanya atas kuasa yg maha ESA..



PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..