Memaparkan catatan dengan label pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelik. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Jun 2012

Gambar Anak Anjing Laut Tersenyum Manis Berjaya Dirakam

Memang comel bila Anjing Laut ni tersenyum.. huh rasa macam nak bela je sekor pun jadilah.. rasa cam nak picit-picit je telinga dia, rasa cam nak peluk-peluk jer wat bantal peluk.. hehe.. memang comel!!

Gambar anak Anjing laut Harpa di Kanada ni telah berjaya dirakam oleh seorang Fotografer yang bernama Keren Su.. Beliau sanggup merangkak diatas Ais bagi merakam aksi-aksi anak anjing ini yang sedang tersenyum manis.. Walaupun tempat ini jauh terpencil di Kanada dan memerlukan helikopter untuk kesini namun itu tidak menjadi masalah kepada beliau..

Apalagi jom kita membalas senyuman manis Anak Anjing Laut nih okeh!!




Alahai napelah ko ni comel sangat wahai anak anjing laut.. geramnya!!

Selasa, 1 Mei 2012

Misteri Burung Jatuh Dari Langit



Pelik!! itulah perkataan yg keluar dari mulut NH, bila mana membaca entry dari satu blog ni.. bermacam andaian dan tafsiran dibuat oleh pihak berkenaan bagi menyiasat kejadian pelik ini, dari itu mari sama-sama kita baca sumber dibawah ini..




Pada Januari lalu, 5,000 blackbirds jatuh dari langit lebih Arkansas, diikuti oleh 500 lebih di Louisiana. Dan kini ia berlaku di Sweden juga. Anda tentu tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

Pada malam Tahun Baru, di mana-mana dari 1,000 hingga 5,000 blackbirds bersayap merah dan starlings jatuh dari langit dalam lingkungan satu batu sepanjang bandar Beebe, Arkansas. Beberapa hari selepas itu, kita telah melihat beribu-ribu ikan mati, di mana kira-kira 100,000 tong ikan dibersihkan sehingga di sepanjang dua puluh batuberhampiran bandar Ozark, Arkansas, iaitu kira-kira 125 batu dari Beebe.



Dan kemudian, sekitar 500 blackbirds bersayap merah, starlings, dan grackles jatuh ke bumi sepanjang kira-kira suku batu di lebuh raya berhampiran Labarre, Louisiana, dimana ia 360 km dari Beebe dan 450 dari Ozark.  

Pakar hidupan liar cuba untuk menyelesaikan sukar ditafsir jenis dahsyat: Kenapa hampir 3,000 blackbirds bersayap merah  jatuh dari langit Arkansas pada pada Malam Tahun Baru? Burung jatuh sepanjang kawasan 1-batu (2-kilometer), and kajian dari udara menunjukkan bahawa tiada burung lain ditemui mati di luar kawasan itu.




Pegawai di Jabatan Louisiana Perikanan dan Hidupan Liar telah menyatakan bahawa ramai daripada 500 burung ditemui berhampiran Labarre telah patah paruh dan sayap, bersama-sama dengan tanda-tanda kecederaan ganas dan besar kemungkinan, burung melalui beberapa talian elektrik semasa terbang pada waktu malam, dimana kadang-kadang boleh berlaku renjatan kerana blackbirds dan starlings tidak mempunyai penglihatan yang baik.


Suruhanjaya ahli ilmu burung Karen Rowe berkata burung menunjukkan trauma fizikal, dan dia membuat spekulasi bahawa "kawanan tersebut mungkin terkena kilat atau altitud tinggi hujan batu. Suruhanjaya itu juga membuat spekulasi bahawa pengunjung tempatan pada Malam Tahun Baru menembak ke langit bunga api di kawasan tersebutmungkin telah mengejutkan burung dari tempat tidur mereka and menyebabkan mereka mati akibat tekanan.

Rowe berkata bahawa peristiwa yang serupa telah berlaku di tempat lain dan bahawa hasil ujian "kebiasaannya adalah tepat." Beliau berkata dia meragui burung diracun. Ini bukan kali pertama burung telah jatuh dari langit Arkansas . Kilat telah menyambar itik di Hot Springs pada tahun 2001 dan hujan batu menghentam burung di langit diStuttgart pada tahun 1973 pada hari sebelum musim memburu.



Ini semuanya sangat ganjil kerana sukar untuk kita menerima bahawa tiga peristiwa aneh berlaku di kawasan 500 batu dalam masa lima hari dan ia benar-benar kebetulan yang pelik.

Sumber: majalahbiarbetul

Isnin, 30 April 2012

Gempar!! Penampakan Hantu Tanpa Kepala?

Assalamualaikum


Hari ni Nh nak kongsi satu gambar yg baru-baru ini dikatakan tersebar di facebook yang pengirimnya memuatkan gambar ini melalui sistem Blackberry Messenger (BBM).


Menurut sumber yg Nh baca, gambar ini diambil di Makassar Sulawesi Selatan dan pengirimnya tidak pula diketahui siapakah gerangannya.. sila lihat dulu gambar dibawah ini bagi membangkitkan rasa seram terutamanya yg takut dengan cerita-cerita seram..huhu




Jika korang perhatikan gambar diatas ini terdapat seorang lelaki berbaju belang di sebelah kiri lelaki yg sedang bergambar dgn 3 org awek yg comel loteh ituh..hukhuk..


Apa macam nampak tak? Tapi pada pandangan Nh lah, mungkin ketika sesi bergambar oleh 4org kawan ni, maka lelaki yg berbaju belang tu malu lah, bila dah malu tu, dia tunduk lah. Tu yg nampak badan dia ajer lah.. Tu pada pendapat Nh lah kan. Tak tahu lah pendapat korang camana pulak lah.. Adeh berapa banyak lahhh dah..hukhuk.


NH: So Nh nak mintak pendapat koranglah mengenai gambar di atas neh.. Apa jua komen korang, komen lah kat ruang komen yg tertulis perkataan KOMEN di bawah ini yer.. Adoiyaai.. Pening sudah..


Sumber gambar 

Rabu, 25 April 2012

Statistik Blog Yang Menarik Perhatian

kali ni Nh nak kongsi pula statistik menarik dari blog Nh sendiri, eh!! bukan saja nak menunjuk-nunjuk trafik blog ni ek!, erk nak menunjuk apanya bukan banyak sangat pun trafik masuk..huhu, Hanya sekadar tatapan korang je.. ok jom kita tengok sama...












Apa yg korang nampak? hah!! Hantu? lerr, mentang-mentang lah blog nh ni banyak cerita seram, dah korang nampak hantu.. bukan hantu tapi seolah-olah lakaran wajah dari posisi tepi.. huhu.. ok tu je yg Nh nak kongsi.. harap korang terhibur...


NH : yg last sekali tu NH pernah konsikan pada entry yg lepas...

Selasa, 24 April 2012

Pokok Betik Berwajah Manusia



Terkejut Nh baca kosmo online yg bertajuk  pokok betik berwajah manusia, Siap marah lagi tu.. hehe memang pelik bin ajaib.. korang tengok lah sendiri.. tak tipu punya.. asli dari ladang betik kampung parit hassan..

PONTIAN - Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.
Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.
Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.
Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut kelmarin.
"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya kepada Kosmo! semalam.
sumber kosmo online
Nh : cuma satu je nh nak cakap, pelik bukan?

Selasa, 17 April 2012

Misteri Kehilangan Banglo Yg Belum Terjawab

Assalamualaikum..

Pada kali ni NH nak cerita sikit pada kawan semua pengalaman Nh pergi sendiri ke Rumah Banglo hilang di Taman Rinting  yg heboh diperkatakan di blog-blog dan di forum serta masyarakat johor umumnya satu masa dulu.. korang pernah dengarkan?

Perjalanan yg hanya memakan masa kurang 2jam dari rumah nh tak lah memenatkan sangat pun..kan... Nh memang dah lama nak tengok sendiri rumah misteri ni.. Baru kali ni berkesempatan..


Dengan berpandukan alamat yg telah di setkan ke dalam Gps nokia maps pada hp Nh akhirnya Nh jumpa juga rumah tersebut, rasa glamor giler masa tu.. macam wartawan mastika pulak layaknya, haha.. tapi yg membuatkan Nh tak berpuas hati dengan kedatangan Nh kesana, Nh disambut dengan pagar yg dikepung mengilingi taman perumahan mewah tersebut!! sudahlah jalan  kawasan taman itu sibuk dgn kenderaan, dah macam jalan besar gamaknya pun...huhu


Jadi apa yg dapat Nh buat hanya dapat lihat rumah tu dari tepi jalan itupun sambil lalu jelah, lepas tu patah balik tengok lagi, rasanya 3 kali kot Nh buat macam tu, ditambah jalan yg sempit tak dapat Nh nak memberhentikan kenderaan ditepi jalan, nak ambil gambar? jauh sekali.. mahu kena tangkap dengan pak guad yg ada tak jauh dari situ..


Menurut dari salah satu sumber mengatakan, tapak rumah yg hilang ni dibeli oleh owner jiran sebelah .. mungkin betullah sebab Nh  tengok tapak tu dah dipagar sekali dengan rumah owner tersebut..


Gambar hadapan rumah owner yg beli tapak rumah hilang tu diambil oleh seorang ahli forum tersebut yg nama samarannya mamita.. berani betul kakak mamamita yer.. huhu


kebanyakkan penduduk taman rinting yg Nh tanya semua mengiakan tanda setuju yg rumah banglo itu hilang begitu saja, macam-macam versi cerita yg didengar.. kalau korang nak tahu, korang boleh  baca cerita selanjutnya di link ni Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting

NH : kadang-kadang apa yg tak terlintas difikiran kita, tak mustahil ianya boleh berlaku.. semuanya atas kuasa yg maha ESA..



Ahad, 19 Februari 2012

pengalaman seramku




hari2 cuti macam ni aku rasa macam nak tulis pasal cerita seram pulak.. hehe.. aku memang salah sorang  peminat cerita seram pun...pantang aku dengar ada cerita seram kat blog2 atau di filem2 pasti aku jadi penasaran untuk mengetahui cerita selanjutnya...


cerita ni memang aku dan mak alami sendiri.. sewaktu kami pergi ke johor.. masa tu arwah abah  bekerja sebagai skuarity kat area johor, berdekatan dengan danga bay.. tak perlulah aku sebutkan banggunan yg abah aku jaga tu... nanti ramai pulak yg nak pergi jadi paranormal ke sana..kui3

masa tu kami makan2 bersama.. selesai makan mak berbual2 dengan abah.. aku pulak ambil kesempatan menalifon my XX.. haha.. (sejarah lampau) macam biasa aku kalau berbual dalam telifon memang tak reti duduk diam.. sekejap aku ke belakang banggunan tu, sekejap aku ke bawah pokok.. sekejap aku ke laman depan banggunan yg menghadap ke pantai lido...



tetiba aku dengar satu suara memanggil aku... aku toleh... lah mak ajak balik rupanya..haha suspen betul.. kami pun balik.. dalam perjalanan balik tulah aku di ganggu.. mula2 aku ngan mak bau sesuatu yg amat sedap, bau coklat.. eh kat sini mana ada kilang coklat?? pelik?? sampai sajer area larkin tetiba bau coklat tadi berubah bau busuk.. bau bangkai!! aku dah gelabah tapi mak cakap mcm ada sesuatu ikut kami... bulu roma aku dah meremang semacam..  sapa ni yg ikut??

 aku tak berani toleh cermin pandang belakang.. mulut mak dah mula berkumat kamit membaca sesuatu.. aku pula baca ayat kursi, berkali2 aku ulang.. dari suara aku slow sampailah kuat2 aku membacanya...  tibe2 bau yg kuat tadi mula berkurangan.. hati aku jadi lega.. sampai di persimpangan highway pasir gudang barulah bau tu hilang... alhamdulillah.. lapang rasanya.. mungkin benda tu panas dengar bacaan ayat suci yg kami baca...

sampai je rumah mak tanya, 'kau buat apa kat banggunan tu?' aku cakap tak buat apa2 cuma mungkin aku merayap kat bawah2 pokok dan belakang banggunan ... mungkin aku terlanggar benda tu ke, atau dia tengok kehensomeman aku tu yg dia ikut balik..hehee..apapun syukurlah dia tak tunjukkan diri dia pada kami.. itu dah cukup bagus.. eeeiiii...kalau lah dia tunjuk? apa akan jadi?? tak dapat nak dibayangkan...huhuuuuu....


jadi pengajaran yg aku dapat dari pengalaman aku ni, setiap kali keluar rumah bacalah doa naik kenderaan, dan bacalah ayat kursi sebanyak mana yg dapat.. sekurang2nya baca 3kali.. malaikat akan memayungi kita dalam perjalanan... insyaAllah...

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..