Memaparkan catatan dengan label alam jin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alam jin. Papar semua catatan

Khamis, 28 Jun 2012

Siapakah Gerangan Makcik Misteri Di Perhentian Itu?

Assalamualaikum...


Pada kali ni NH nak kongsikan pada korang tentang pengalaman aneh dan misteri yang dilalui oleh keluarga abang NH, sewaktu mereka bercuti di Genting Highland pada musim cuti sekolah yang lepas.. Pada mulanya cerita ini dirahsiakan oleh mereka sekeluarga.. Dah dua hari balik dari bercuti baru dia buka mulut nak cerita pada NH, itupun setelah diberi syarat supaya NH datang sendiri ke rumahnya untuk mengetahui cerita selanjutnya.. huh..


Maka dengan semangat yang jitu, NH menghidupkan enjin kereta dan memecut terus kerumahnya yang tak berapa nak jauh dari rumah NH. eh!! bukan, rumah Mak NH okeh.. eheh.. turut bersama kesana ialah Mak NH sendiri.. Setibanya kami dirumahnya waktu tu pun dah pukul 11 malam..  hidangan telah pun disediakan.. Peh masa tu NH rasa dah macam wartawan lah pulak.. disambut bagai.. ahah.. perasan sudah!! 


Ok untuk pengetahuan korang cerita yang akan korang baca ini dilalui oleh Kakak ipar NH yang bernama rahimah, jadi tanpa membuang masa, mari kita sama-sama baca pengalaman aneh dan penuh misteri yang dilalui oleh beliau..


sekadar gambar hiasan

Tepat  jam 12 tengahari abang NH check out dari Fist World Hotel, dan mereka terus sahaja turun dari genting higland, setelah mengharungi perjalanan hampir satu jam setengah maka dorang memutuskan berhenti rehat untuk menunaikan solat dan makan di satu perhentian R&R.. Sesampai mereka di perhentian tersebut Kak imah dan anaknya Wani turun dan terus menuju ke tandas.. semasa ditandas Wani yang sedang menunggu Ibunya tiba-tiba disapa oleh seorang makcik yang tak dikenali.. jika dilihat pada raut wajah makcik tu kelihatan umurnya dalam lingkungan 60 an.. 


Makcik tu menyuruh Wani memegang begnya,kerana dia nak masuk ke tandas.. dia kata beg tu berisi Al quran dan telekung.. wani yang ketika itu dalam keadaan terpinga-pinga hanya menganggukkan kepala tanda setuju.. seketika kemudian kak imah pula keluar dan terpandang wani sedang memegang sebuah beg dan dia bertanya pada wani, siapa punya beg yang dipegangnya itu.. setelah wani memberitahu pada kak imah, mereka berdua sepakat menunggu makcik tersebut..


10 minit berlalu makcik tu masih tak muncul,  kak imah dan wani masih sabar menunggu..tidak lama kemudian, Tiba-tiba kak imah yang sedang duduk disamping wani terkejut apabila bahunya dipaut oleh seseorang.. 


'' Maafkan makcik ye dik.. menyusahkan adik je tunggu lama, tadi makcik mintak tolong anak adik pegangkan beg makcik '' ujar makcik tu pada kak imah.. 


'' Oh ya takpe makcik, ni beg makcik.. '' kak imah menyerahkan beg berwarna hitam itu pada makcik tersebut..


''Anak ni dari mana?'' makcik itu bertanya...


''Saya dari johor, baru balik dari genting highland, bawa budak ni bercuti makcik'' jawab kak imah..


''Oh.. genting highland, tak jauh dari rumah makcik, makcik duk bentong, dekat sangat nak ke genting tu'' ujar makcik itu..


kak imah dan wani terus jalan beriringan dengan makcik itu sambil berbual-bual menuju ke arah deretan gerai makan, kak imah seperti terlupa yang dia sebenarnya nak ke surau.. mungkin sikap ramah yang ditunjukkan oleh makcik tersebut membuatkan kak imah rasa cepat mesra bila berbual dengannya..


''Erm, dik terima kasih yer, makcik beransur dulu, tu suami makcik ajak makan'' kelihatan di gerai makan, seorang pakcik sedang melambai-lambaikan tangan kearah mereka..


''Oh, ok2 makcik, sama-sama kasih'' jawab kak imah sambil menghulurkan salam pada makcik tersebut dan mereka berpisah membawa haluan masing-masing..


Kak imah terus berjalan di depan gerai-gerai disitu sebelum dia tersedar yang dia sebenarnya nak ke surau untuk solat.. Tapi dia seperti terlupa pula masa tu..


''Astagfirullah, kita kan nak kesurau tadi?''kak imah memberitahu pada wani.. 


Wani terus memandang kak imah dengan muka sedikit pelik dan dia mengiakan sahaja.. mereka pun terus berpatah balik dan melalui jalan yang dilaluinya tadi.. masa tiba di depan gerai makan tu kak imah sempat menjeling dan terlihat makcik tadi, sedang membawa makanan menuju ke meja untuk menjamu selera dengan suaminya.. 


Kak imah hanya tersenyum dan terus menuju ke surau yang tidak jauh dari situ.. fikirannya melayang memikirkan tentang perbualannya dengan makcik tersebut sehingga dia lupa yang dia sebenarnya nak solat, dan surau tu bukannya jauh dari tandas yang di perginya tadi.. sesekali kak imah menggelengkan kepalanya.. Wani pula memandang ibunya dengan wajah kehairanan..


Hah!! tekun gak korang baca cerita ni ek?? hehe apa yang peliknya cerita nikan? nampak cam biasa je.. dan apa yang  misterinya makcik tuh? Ok jangan panik.. semua ini akan terjawab pada part yang kedua nanti.. NH bukan apa, nanti takut korang bosan pulak baca entri NH Yang panjang berjela ni.. ehehh...


Jadi apa kejadian pelik yang berlaku pada kak imah dan wani semasa mereka disurau nanti ketika menunaikan solat? siapa pula gerangan makcik yang dikatakan penuh misteri itu? Adakah makcik yang berasal dari bentong pahang tu yang dimaksudkan dalam cerita ini? ya pastikan korang semua tidak ketinggalan membaca part kedua yang akan muncul tidak lama lagi. Layannnn...


Nantikannnn....


 Siapakah Gerangan Makcik Misteri Di Perhentian Itu PART II

Sabtu, 18 Februari 2012

Misteri Alam Bunian part terakhir

MISTERI ALAM BUNIAN PART 1

Ok hadiah dan kejutan yg aku maksudkan  adalah gambar2 tempat kejadian yg berlaku dalam kisah Misteri alam bunian.. khas buat korang yg mengikuti kisah ini.. gambar2 dibawah ini aku ambil pada 14 hb febuary 2012.. bertempat di sekitar rumah akak aku.. okey tanpa membuang masa mari kita lihat.... 


Disinilah dikatakan tapak pondok usang yg dilihat oleh anak hj amin itu.. bersih berbanding kawasan disebelahnya yg bersemak..



Ini kawasan sebelahnya yg bersemak...



dibawah rumah ini pula dikatakan terdapat banyak mahluk halus yg tinggal.. benarkah?? 



Dikawasan halaman rumah ini pula tempat  zana selalu bermain basikal bersama2 kawan mistik nya itu...




Zana.. seorang budak yg periang,peramah dan selalu tersenyum bila ditegur.. tiada siapa yg menyangka budak ini boleh melihat benda2 halus yg kita tak nampak...


Di ruang tamu ini seringkali terdengar bunyi lantai dipijak seperti org sedang berjalan..prappp, prappp, prappp. bunyinya...


Dari arah sinilah shahirah terdengar org sedang menyangkul tanah diikuti suara tangisan yg tersedu2...


Yg last ini rombongan kami bertandang untuk meyiapkan kisah misteri alam bunian

Ok itu sahajalah yg dapat aku hadiahkan buat korang yg setia mengikuti kisah ini, jika korang peminat kisah mistik nantikan kisah yg akan aku paparkan tidak lama lagi.. tunggu.....

nota: sejak berubat dengan salah seorang ustaz, Zana sudah tidak lagi diganggu oleh mahluk halus dan rumah yg akak aku tinggal sudah tidak ada gangguan dan tidak kedengaran bunyi tapak kaki orang berjalan.. ALHAMDULILLAH..

jutaan terima kasih kepada anda yg telah membaca kisah ini dari awal hingga akhir..

Misteri Alam Bunian part 3

MISTERI ALAM BUNIA PART 2


''Mak!! mak!! kawan zana nak pinjam telekung lah, kawan zana nak solat'' zana memanggil ibunya yg baru sahaja selesai solat.. ''mana kawan zana tu mari tunjuk dekat mak''  jawab ibunya hendak menduga.. zana pula seolah2 menarik tangan kawannya itu.. '' ala, dia malu lah mak dia taknak jumpa mak'' zana kemudian berlalu pergi...





itulah salah satu gangguan yg dialami oleh zana, anak saudara aku.. zana boleh melihat benda2 yg kita tak nampak dengan mata kasar.. kadang2 zana rasa dia sentiasa diekori sesuatu.. ada yg ingin berdamping dengannya.. kesian zana, emosinya seringkali terganggu dek kerana gangguan itu...


ada sekali akak aku terdengar zana berbual2 sorang diri di halaman rumah..''Awak jangan lah naik..badan awak dahlah berat.. zana tak kuat nak kayuh basikal ni'' tiba2 bulu roma akak aku meremang bila mendengar perbualan zana.. masa itu akak aku sibuk menyapu sampah.. terus akak aku tanya dengan sapa dia bercakap?? '' ni... budak ni kawan zana, dia dah lah berat, nak tumpang basikal zana pulak mak.. jawab zana.. budak kecil yg belum tahu apa2.. '' wei!! tolonglah!!!... jangan ganggu anak aku!!.. kau pergilah jauh2.. dan sepantas kilat akak aku menarik zana masuk ke rumah... zana pula ketawa dan mengejek2 kawan dia tu.. '' ''padan muka kena marah dengan mak aku...hahaa...'' banyak lagi benda2  yg pelik zana boleh lihat..tapi tak semua yg diceritakan kpd kami.. kadang2 zana termenung sendiri.. melayan perasaannya... entah apa yg difikirkan...




adakala akak aku rasa tertekan dengan gangguan yg dialaminya, ada masanya juga dia rasa seram yg amat sangat, tapi bila di fikirkan yg dia sama2 mahluk ALLAH, akak aku redha.. pernah ketika akak aku tidur dia rasa katil dia seperti ada orang sedang duduk.. cepat2 dia keluar dari bilik tu... pada hari yg lain pula bila akak aku di dapur nak memasak, akak aku terbau aroma kopi yg sangat harum, sedangkan akak aku tak ada pun bancuh kopi?? akak aku hanya diam dan buat tak tahu saja..


gangguan ini penah kami alami ketika berkunjung kesini.. yang paling kerap kami dengar orang sedang berjalan.. ''prap, prap, prap'' bunyi lantai dipijak.. sedangkan masa tu tiada siapa pun di atas.. pelik, tapi kami dah faham dan kami buat tak tahu.. ''biar jelah dia nak tumpang lalu'' kata mak dengan nada berbisik...




aku pernah sekali diganggu masa tidur..aku paling suka tidur dekat rumah atas sebab sejuk je..maklumlah rumah kampung.. masa baru aku nak terlelap tu aku terasa yg ada orang berjalan kat tepi tilam aku.. aku dah rasa lain macam, tak berani pula aku nak tengok sapa dia..aku cuba baca apa yg patut...dah lama sikit, aku jeling2 sekitar ruang tu tengok takde saper2...huhuu...badan dah rasa seram sejuk jer, dah lah gelap.. nasib baik dia tak kacau lebih2... kalau tidak tak tahu lah...


tak terkecuali anak saudara aku yg bernama shahirah.. masa tu dia tidur dibilik bawah.. orang lain dah tidur, dia pulak terdengar org sedang menyangkul tanah, serta orang sedang menangis.. sayup2 di tepi tingkap bilik... sampai ke subuh orang semua bangun dia menangis mintak tolong teman pergi toilet..hari dah siang barulah dia ceritakan semuanya pada kami.. lepas kejadiaan tu dia dah taknak ikut kami jika kami ke sini... trauma katanya..


pernah juga akak aku memanggil seorang ustaz untuk tengok2kan rumah dia.. bila ustaz tu datang, dari jauh ustaz tu dah rasa ada yg tak kena.. apa yg ustaz tu katakan setelah tengok2kan rumah ni?? yg membuatkan kami terkejut, ustaz tu beritahu akak aku, rumah akak aku ni ramai yg menumpang.. benda ni dah lama menetap dekat sini.. banyak!! bukan sikit2.. dekat bawah rumah lain, dekat belakang rumah lain, dan di ladang sawit tu pun lain..??? betul ker...dari gangguan yg akak aku alami mungkin benarlah kata ustaz tu...


sejak berubat dengan ustaz, alhamdulillah dah semakin kurang gangguan dari benda tu.. dan kekerapan bunyi lantai dipijak dah tak kedengaran lagi.. mungkin dia dah pindah sebelah kot..kat ladang sawit tu.. sebab tulah anak pakcik yg hantar kat jemputan  kawin tu ternampak ada rumah disitu.. mungkin juga ALLAH nak tunjukkan pada akak aku yg org tu dah berpindah.. wallahualam...


jadi apa kisah selanjutnya tentang pakcik yg datang untuk memastikan sendiri ada orang tinggal atau tak di sebelah rumah akak aku yg penuh dengan ladang sawit semata2 tu?? betul2 ke orang dengan tu datang masa belangsung majlis perkahwinan dirumahnya?? jawapannya ada pada part yg terakhir, part yg ke 4.. dan aku akan bagi korang kejutan.. apa kejutannya?? ikuti kisah Misteri Alam Bunian ini sehingga ke part yg terakhir tidak lama lagi... khas untuk korang... layannnnzzzzz......


MISTERI ALAM BUNIAN PART 4

Misteri Alam Bunian part 4

MISTERI ALAM BUNIAN PART 3




Orang ramai sudah mula bertandang kerumah hj amin.. masing2 menikmati juadah yg disediakan oleh orang kampung.. hj amin pula sibuk bersalaman dengan tetamu yg datang dan pergi, begitulah setiap kali ada majlis perkahwinan, saudara mara, sahabat handai dan org kampung akan datang meraikannya majlis tersebut...

Jam tepat menunjukkan pukul 12 tengari.. dalam sibuk hj amin melayan tetamu yg hadir, tiba2 dia disapa oleh seseorang.. dari raut wajahnya tidak dikenali oleh hj amin.. dahi hj amin dan isterinya berkerut2 mengingati siapakah tetamu perempuan yg berdiri di depannya..mulut hj amin pula seperti terbungkam hendak bertanya,perempuan itu hanya tersenyum dan bersalaman dengan isterinya lalu pergi tanpa sepatah kata...

Dari jauh ternampak seorang lelaki tua menunggu tetamu perempuan tadi.. tiba2 hj amin teringatkan sesuatu, lalu matanya tetap tertumpu pada arah pasangan itu.. selepas mereka melepasi parit depan rumah hj amin, dengan tiba2 pasangan itu  terus hilang dari pandangan matanya..hj amin seperti tidak percaya.. digosok2 matanya berkali2 tapi memang benar, matanya tidak menipu.. pasangan itu ghaib begitu sahaja..

"Heh! kau tengok siapa tu?'' hj amin tersentak dari lamunannya.." ''eh..tak ada apa2..terima kasih ye sbb datang''... hj amin tersipu2 malu depan tetamu yg menyergahnya.. isteri hj amin pula sibuk bersalaman dgn tetamu lain yg ingin pulang... dengan pantas hj amin menarik tangan isterinya, " mak aji, awak nampak tetamu yg datang tadi?? hj amin bertanya pada isterinya.. " tetamu yg mana bang aji?? yg perempuan tadi tu ke?? "yelah".. jawab hj amin... awk kenal dengan dia?? " sy tak kenal dia pun bang aji, sy ingat kawan abg aji tadi" kenapa bang aji?" isteri nya kehairanan... hj amin pula tediam seperti org sedang memikirkan sesuatu..

setelah selesai majlis itu, hj amin memanggil isterinya.. ''awak ingat tak masa sy hantar kad jemputan di sebelah rumah haron tu??'' hj amin bertanya pada isterinya.. "ye, kenapa bang aji?'' jangan2 dia tak orgnya?? sebab lepas saja parit depan rumah kita tu, sy tengok dia terus hilang macam tu je''.. terang hj amin kepada isterinya.. tapi isterinya pula tak percaya dengan apa yg dikatakan oleh hj amin..

''kalau awk tak percaya apa yg sy cakap, mari kita tengok duit sumbangan dari dia'' hj amin memberi cadangan.. ''mana lah kita nak cari duit tu bang aji, kan dah bercampur dengan duit org lain''..mak aji pula menyampuk.. lalu mereka berdua pun carilah duit sumbangan dari tetamu misteri tadi...



Tiba2 mak aji terkejut melihat duit yg dipegangnya.. seperti org kebingungan, di pusing2kan duit kertas rm10 itu.. duit kertas yg dipegangnya ada kesan terbakar dan terlalu buruk.. berbeza dengan duit2 lain yg ada.. hj amin terkejut... hatinya pula kuat mengatakan yg duit itu dari tetamu misteri tadi, duit itu pula dibalut dengan kertas yg sangat lusuh... mereka berdua hanya memandang sesama sendiri dengan penuh kehairanan... 

Firman ALLAH yg bermaksud;

''Dan diantara kami (jin) ada yg islam dan ada yg menyimpang dari kebenaran. siapa yg islam, maka mereka itu telah memilih jalan yg lurus''.. (surah al jin, ayat 14)

..TAMAT..

Begitulah kisah seram misteri alam bunian terima kasih  kepada korang yg mengikuti kisah ini dari part 1 sehingga part yg ke 4..maafkan aku jika ada kesalahan dari entry ni,sesungguhnya yg buruk itu datang dari diriku, dan yg baik itu hanya daripada ALLAH..

Tentu korang tertannya2 mana hadiah yg aku janjikan pada korang kan?? hehee.. ada.. jangan risau.. apa hadiah tu??

Misteri Alam Bunian part 1

Entry kali ni aku nak kongsi lagi pasal Horror Story  yg dialami oleh kakak aku yg menetap di batu pahat.. tak payah lah aku sebut nama kampungnya yer... cukuplah nama daerahnya sajer... cerita ni masih baru lagi.. tak silap aku bulan lepas.. kira barulah tu.. pesanan aku buat korang, jangan baca entry  ni tengah2 malam.. takut nanti ada pulak yg menyapa korang... heheeeeheeeeee..... seraammmm.... 


Ok insiden ni terjadi semasa salah seorang penduduk kampung disitu nak buat kenduri kawin... macam biasa tuan rumah akan mengedarkan kad jemputannya pada penduduk kampung.. dan akak aku turut dapat kad jemputan dari tuan rumah .. masa dia hantar kad tu pun dah hampir senja... ok fine... akak aku menerimanya dengan hati terbuka...

Pada sebelah magrib seperti biasa abang ipar aku akan solat berjemaah di masjid.. dan ketika itulah si tuan rumah menyapa dia.. dan bertanya kan sesuatu yg tak sedap di dengar.. apa yg dibualkan?? ok sila baca perbualan abg ipar aku vs tuan rumah yg telah aku edit... lagi senang korang nak faham... layannzzz....


Pakcik; haron, tadi anak aku ada datang hantar kad kawin tak?

Haron;   oh...ada.. insyaAllah kalau takder aral saya datang...

Pakcik;  anak aku cakap ada jiran baru kat sebelah rumah kau.. sapa tu ron?

Haron; eh.. jiran baru?? tak ada lah pakcik.. mana ada jiran baru?? 

Pakcik; yer.. anak aku ada hantar kad kawin tu betul2 sebelah rumah kau ron...

Haron; hah? kalau sebelah rumah saya tu kebun sawit semata2...

Pakcik; kata anak aku orgnya dah tua.. duk baring kat beranda rumah masa anak aku bagi kad tu dia tak menoleh pun anak aku.. pastu rumah dia tu macam pondok buruk jer.. pelik gak aku dengar...

Haron; ish..biar betul pakcik...tapi  memang tak ada.. kalau tak percaya pakcik dtg rumah saya esok pagi..!!!

Pakcik; ok kalau macam tu esok aku datang rumah kau, kita sama2 tengok..



Abg ipar aku pun balik ke rumah dengan seribu satu pertanyaan di benak fikirannya... persoalan demi persoalan timbul, siapakah jiran baru yg dimaksudkan oleh pakcik tadi?? bila pulak kebun sawit sebelah rumah tu ada pondok usang?? siapa pulak pakcik tua yg terima kad kawin dari budak tu?? sungguh, memang tiada jawapan yg pasti...

Nak tahu apa yg berlaku kisah selanjutnya?? nantikan sambungannya pada part yg ke 2 yer.. sabar yer... aku bukan apa, cuma taknak  korang bosan baca entry aku panjang2 nih...kan..heheeh.. apapun terima kasih atas kesudian korang membacanya... tungguuuu.. kemunculannya..aawuuoookkkkk...cehhh.. 

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..