Memaparkan catatan dengan label kebesaran ALLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebesaran ALLAH. Papar semua catatan

Khamis, 6 Disember 2012

Gambar Awan Dan Pelangi Luar Biasa Di Gunung Everest

SUBAHANALLAH.. cantiknya....



Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang merupakan anggotaInstitut Astronomi Sternberg di Moscow, Rusia dengan menggunakan sebuah kamera biasa.

Fenomena yang pelik tersebut berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan. Orang tempatan juga dilaporkan jarang menemui pelangi luar biasa itu.

“Saya hanya merakamkan beberapa gambar disebabkan ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap kejadian pelangi awan yang luar biasa itu,” kata Bartunov yang turut menyaksikan keajaiban itu bersama beberapa wanita Britain lain. – Agensi (Kosmo)

Jumaat, 11 Mei 2012

SUBAHANALLAH: Muncul Kalimah ALLAH Di Penyodok Sampah

ASSALAMUALAIKUM

Firman Allah :
Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.


(Surah Ar Ra’ad :12-13)



Kalimah Allah muncul dipenyodok sampah setelah disambar petir 

Sebuah penyodok sampah milik Emi Fajareni 48′ berasal dari Mojokerto, Indonesia telah menggemparkan warga setempat. Ini kerana, telah muncul menyerupai kalimah Allah setelah di sambar petir.


Kejadian berlaku pada petang 14/2/2012 di mana ketika itu hujan sangat lebat dengan kilat sabung menyabung.. Emi ketika itu ingin membuang air dan tidak semena-mena petir menyambar penyodok sampah yg di letakkan di kawasan depan rumah beliau.. 


Terkejut, Emi terus sahaja mengarahkan anak-anaknya masuk ke dalam rumah.. Setelah hujan dan kilat beransur reda, Emi telah pergi ke kawasan di mana petir menyambar sebentar tadi…


Alangkah terkejutnya dia bila mendapati terdapat kalimah Allah yg muncul di penyodok sampah tersebut. cerita ini pantas merebak ke seluruh kampung dan rumahnya menjadi tumpuan…


”Tanda kekuasaan Allah” itulah yg di katakan rata2 penduduk kampung...


Doa Ketika ribut petir




Sumber disni dan disini

Rabu, 9 Mei 2012

Kuasa ALLAH: Pokok Tumbang Menjadi bengkok Dari Terkena Kereta Ustaz


ASSALAMUALAIKUM...
Pada kali ini NH nak kongsi pada korang tentang kisah seorang Ustaz yg berhati mulia, Tentu ada di antara korang yg sudah baca kisah di bawah ini.. tapi mungkin juga ada yg belum kan? NH terkesima sebentar bila melihat sendiri Kebesaran ALLAH yg sentiasa melindungi setiap Hambanya yg soleh, dari segala bencana yg menimpa.. Ok NH taknak cakap banyak, korang baca dan lihat sendiri...

Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.
Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat. ( Di atas kehendak ALLAH )
Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.

Dah baca dan lihat sendiri? Pelik bukan? tapi itulah yg kita lihat.. dan semua ini terjadi atas kuasa yg maha ESA.. Kalau pun cerita di atas hanya rekaan semata-mata, tapi ingat! semua ini tidak mustahil boleh terjadi dengan bantuan dari-NYA.. renungkanlah dan selamat beramal..

NH: INGIN TAHU 10 FAKTA MENARIK MENGENAI PEMBINAAN KAPAL TITANIC 2
DAPATKAN FAKTA TERSEBUT DI BLOG

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..