Sabtu, 17 November 2012

Ujian Dalam Kehidupan...

kita sering mahukan hari yang
cerah tapi Allah mengetahui,
hakikatnya hujan perlu
diturunkan..

kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali
kesusahan tetapi Allah lebih
mengetahui, kesusahan itu
mengajar erti kehidupan..

kita sering inginkan
ketenangan, hakikatnya diri
penuh dosa dan kejahatan
kerana manusia tidak lepas
dari melakukan kesilapan..
semuanya bukan hukuman..

tapi...

Sebagai tanda kasih sayang
Tuhan agar kita lebih tabah..
itulah ujian dan dugaan
dariNya pada hambanya untuk mengenal erti kesabaran...

BERSABARLAH...

NH: sama-samalah ita muhasabah diri..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sabtu, 10 November 2012

SERAM!! Gambar Penampakan Hantu Di Bilik Hotel


Assalam..

Entri seram kali ni NH akan paparkan pada korang satu gambar yg di muat naik sendiri oleh isteri kepada lelaki di dalam Gambar ini...

Dikatakan imej penampakan hantu ini terakam semasa beliau sedang mengambil gambarnya sendiri di sebuah bilik hotel yang namanya dirahsiakan...

Percaya atau tidak mari sama2 kita saksikan gambar penampakan ini...


Sebenarnya Nh jumpa gambar ni di dalam satu forum yang Nh pun dah  lupa apa nama forum tersebut, huhu poyo jek... dah lama juga NH simpan gambar ni dalam pc. Tapi tak berminat nak jadikan entri kat blog NH...

Tapi... yer ada tapinya... disebabkan tarikh hari ni adalah tarikh yg KACAK LAGI BERGAYA maka dengan bersemangatnya NH menaip dan mempublishkan juga gambar ini untuk tatapan korang semua yg berminat dengan alam misteri.. 

P/s : Nantikan kisah pengalaman seram NH ke Istana yang dikatakan penuh dengan seribu satu misteri yang masih belum terungkai di Entri akan datang khas buat korang semua..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..