Memaparkan catatan dengan label Legoland Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Legoland Malaysia. Papar semua catatan

Khamis, 26 April 2012

Legoland Malaysia Akan Dibuka



Ingat pada entry Nh sebelum ni tentang Taman Tema Legoland, ha ni nak habaq mai.. Tadi Nh terbaca berita harian online, ada kabar gembira, LEGOLAND akan dibuka pada September depan, wah tak sabar rasanya nh nak kesana, ceh macam banyak duit jer kan... mestilah banyak duit, kan ke lepas raya.. hehe... ok kalau tak percaya cer baca dibawah ini...




NUSAJAYA: Legoland pertama Asia akan dibuka bagi perniagaan pada 15 September depan.


Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst, berkata taman tema berharga RM700 juta di kawasan seluas 76 ekar di Iskandar Malaysia, Johor itu kini sudah 75 peratus siap.


Beliau berkata, bulan lepas, kontraktornya memulakan kerja-kerja memberi tema kepada taman itu, dan bulan depan mereka akan mula memasang 50 juta kepingan lego dan model.


"Saya gembira mengumumkan bahawa hasil daripada usaha keras semua kontraktor kami, kami akan membuka taman itu beberapa bulan lebih awal daripada dijadualkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Legoland Malaysia di sini adalah taman tema Legoland keenam di dunia dan yang pertama di Asia.


Taman itu yang ditampilkan dengan tujuh tema khas iaitu 'Lego kingdom', 'imagination', 'land of adventure', 'lego technic', 'the beginning', 'lego city' dan 'miniland', direka khas bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak berusia dari dua hingga 12 tahun.


Boerst berkata lebih 35,000 pas tahunan telah dijual dan 60 peratus daripada pembelinya adalah warga Malaysia. Pas tahunan berharga RM195 bagi orang dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak itu sah hingga akhir 2013.


"Tiket harian taman ini akan mula dijual dalam talian dalam bulan ini dengan harga tawaran pengenalan khas sebanyak RM96 bagi orang dewasa dan RM70 bagi kanak-kanak.


Legoland Malaysia menjangka dapat menarik sejuta pengunjung dalam tahun pertama ia beroperasi.


Tiket-tiket boleh didapati dalam talian melalui laman sesawang AirAsia RedTix dan Legoland Malaysia.


Boerst berkata Legoland Malaysia sedang berunding dengan pengusaha tempatan untuk menyediakan pakej bagi pelawat dari Lembah Klang.


"Kami berharap dapat menyediakan lebih banyak pengangkutan bagi pengunjung kami di sini dan rancangan telah dibuat untuk mengadakan laluan baru dengan pihak berkuasa tempatan agar bas sampai di sini," katanya.


Mengenai penginapan, beliau berkata Merlin Entertainments Group telah menandatangani perjanjian pengurusan dengan LL Themed Hotel Sdn Bhd untuk membangunkan dan membina Hotel Legoland. Hotel Legoland dijangka siap pada 2014.


Sementara itu, Legoland Malaysia juga sedang berunding dengan pengusaha hotel di Johor untuk menyediakan bas perantara dari hotel ke taman.


"Kami sedang berbincang dengan pemilik hotel dan kami harap mereka boleh bekerjasama dengan kami," katanya.


Legoland Malaysia akan menampilkan lebih 40 tunggangan interaktif, pertunjukan dan pelbagai tarikan apabila ia dibuka kelak.


Taman-taman tema Legoland lain di seluruh dunia ialah di Denmark, United Kingdom, Jerman, Florida dan California, di Amerika Syarikat.


Ini adalah taman kedua selepas taman Legoland Billund, Denmark, untuk menempatkan Menara Cerap di mana pengunjung dijulang naik ke ketinggian 41 meter untuk menyaksikan pandangan keseluruhan taman tema itu sambil menara itu berputar untuk melengkapkan satu pusingan dalam tempoh 50 saat. - BERNAMA


sumber berita harian online..


NH: Pada Nh lah, boleh je berhibur asalkan kena tempatnya, dan jaga batasnya.. sesekali apa salahnya kan kan, betul tak?

Ahad, 15 April 2012

Taman Tema Legoland Malaysia


Taman tema legoland, siapa yang tak penah dengar tentang legoland? Pasti kebanyakkan diantara kita ada yang tidak sabar dan tertunggu-tunggu hari pembukaannya. Taman tema ini adalah yg pertama di Asia dan akan menjadi satu-satunya taman tema seumpama itu di Asia tenggara. Pembukaannya juga memastikan rakyat negara ini mempunyai pilihan lebih baik berbanding taman tema yg lain..



Pembinaannya yg bermula pada Disember 2009 dengan kos sebanyak RM 720 juta. Ia menawarkan tujuh kawasan tema berbeza untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, ianya juga berupaya merangsang minda dan kreativiti pengunjung dengan aktiviti yg ditawarkan..


Legoland terletak di Medini di Nusajaya, yang merupakan salah satu daripada lima zon utama Iskandar Malaysia. Legoland  akan menjadi projek hiburan keluarga yang terbesar di Johor yang akan menarik pelancong tempatan, Indonesia dan juga Singapura.



Antara tarikan di Legoland Malaysia ialah replika gergasi Menara Berkembar Petronas. Replikasi ini dibuat menggunakan batu bata Lego dan ia akan menjadi struktur Lego tertinggi di dunia. replika mercu tanda lain yang terkenal di seluruh dunia juga ada disini seperti  Taj Mahal, Stadium Sarang Burung Beijing,  Angkor Wat Kemboja dan patung Merlion Singapura juga akan ditampilkan, semuanya dibuat dari batu bata Lego. 


Antara aktivitinya menarik yg disediakan, anda boleh mengambil bahagian dalam setiap kawasan yg dilalui seperti membantu memadamkan kebakaran, membina bangunan menggunakan lego dan melihat keindahan pembinan mini di satu-satu kawasan. Pengunjung juga akan dibawa melawat menara setinggi 41meter dalam tempoh 50saat dan ianya mampu menampung 1000 org pada satu-satu masa..


Amacam? Dah tak sabar nak ke taman tema Legoland? Sabar-sabar, mengikut sumber yang dibaca, kurang 8bulan lagi taman tema ini akan siap.. Jadi kumpul duit dulu ye kawan-kawan. Nanti boleh ler ajak family kesini..


NH : Sesekali luangkanlah masa untuk bersama keluarga ke tempat-tempat menarik yg ada dalam negara kita ini..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..