Ahad, 24 Jun 2012

Betul Ke Ada Jambatan Untuk Orang Bunian Di PD?



Asslamualaikum..


Pada Entry kali ini Nh nak kongsikan pada korang tentang kabar angin yang sedang bertiup kencang di internet, sebut sahaja Jambatan Orang Bunian, sudah ramai yang tahu kisah disebalik jambatan ini.. Sehingga membuatkan Nh merasa tertarik untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang jambatan misteri ini.. Al maklum sajalah Nh memang pantang dengar cerita-cerita mistik neh.. Hui mahu tak senang duduk dibuatnya selagi Nh tak tahu jalan ceritanya, lagi best kalau Nh dapat pergi terjah sendiri tempat tu.. Tapi paham-paham jelah kadang-kadang tu segan pulak rasanya.. ahahaha...


Oklah untuk pengetahuan korang, Jambatan ni terletak di lebuhraya Port Dickson (sejujurnya Nh tak pernah lalu Lebuhraya ini) Dikatakan Jambatan ini dibina khas untuk orang bunian (JIN) melintas jalan, kenapa begitu? kerana menurut sumber kawasan ini tempat laluan orang bunian.. setelah kerap berlaku kemalangan di kawasan ini maka pihak berwajib telah membina jambatan ini bagi memberi laluan kepada orang bunian mengunakannya.. Betulkah begitu?? WALLAHUALAM.. 


Yang membuatkan ianya lebih menarik,  jambatan ini sebenarnya tiada laluan seperti jambatan-jambatan lain yang mempunyai laluan untuk kenderaan lalu lalang diatasnya.. di penghujung kiri dan kanan jambatan ini dilihat penuh dengan semak samun menutupi laluan dan ianya tersekat disitu.. Jadi kalau tiada laluan kenapa dibina jambatan tu kan, pelik sungguh?


Oklah kalau korang nak baca kisah selanjutnya tentang misteri jambatan bunian ni korang boleh terjah kat blog ni  FANADYALICIOUS.BLOGSPOT.COM sebab gambar-gambar yang akan Nh paparkan dan kisah mistik ini diambil dari blog beliau.. jom layan gambar jambatan yang masih menjadi tanda tanya dan misteri yang masih belum terungkai...








Macam mana? korang dah lihat sendiri jambatan ini kan? apa pendapat korang? Nh tahu korang semua lagi arif tentang memberi pandangan dan pendapat.. jadi apa salahnya kita berkongsi pendapatkan? adeh berapa banyak pendapat daahh.. ahah..

Apapun Nh taknak korang percaya seratus peratus kisah misteri jambatan bunian ni, sebab kita belum tahu kesahihannya.. Memang kita sendiri akui yang makhluk ghaib itu wujud.. kita sering dengar cerita dari orang lama satu tika dulu, jika ada penduduk yang ingin membuat kenduri, pasti ada yang meminjam pinggan magkuk dari orang bunian.. betul ke? jadi apa pulak kena mengena dengan jambatan ni? adakah orang bunian itu meminta dibuatkan sebuah jambatan untuk mereka? Wallahualam... Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..

24 ulasan:

  1. suka entri NH kali ni. misteri...pelik bila ada jambatan tapi tiada jalan dihujungnya...jom NH kita pi tinjau..he2

    BalasPadam
  2. mungkin dulu nak buat jalan atas kut, sebab tu ada jambatan..kalau kita fikir itu misteri, misterilah jadinya..wallahualam, pandangan KY aja ni

    BalasPadam
  3. Nasir memang len macam benar nampak jambatan tu kan?? Hurm... suspen lak tiap kali nak ke PD nnti...

    BalasPadam
  4. Pelangi Petang- Wah nak pi tinjau? nasir on jek!! aha...

    BalasPadam
  5. @KY- nasir hormati pendapat KY ehehe

    BalasPadam
  6. @ PariPariPutih- tulah ppp nampak scary je jambatan tu? tapi bila tengok betul2 cantik pulak.. cam pintu gerbangkan?

    thanks ppp :)

    BalasPadam
  7. Salam..

    aaa..macam2 lana pikr sbnrya..hehehe.

    Rasanya..makhluk halus tak perlukan manusia dalam bab2 bina jambatan untuk diorg..heh3. Setahu lana, jin2 ada keupayaan yg lebih berbanding manusia..berubah bentuk, bergerak lebih pantas, terbg dsbgnya.

    Bila tgk..nmpk mcm masih baru..myb dlm 5thn?? tpi, dsgn jmbtn tu (yg bhgn menampung tu) macam jarang jumpa/nmpk)

    Urm, kdg2 kan nasir, sstgh tmpt sudah ada perancangan pembangunan 10-20 tahun lebih awal..lana rasa, sama jugak dgn kawsn sekeliling tmpt ni..jadi, jmbtn tu sbg mark/tanda utk projek2 akn dtg..

    entah..rasa cmtu lah,hehehe

    BalasPadam
  8. a'a aku stuu dgn lana..kemungkinan jambatan tu ksilapan pembinaan semata2..nak buat benda lain tp jdi benda len

    BalasPadam
  9. slma ni g pd tak perasan pulak
    uhuk2 tapi agak peliklah jambatan tu punya hujung hutan2 pulak

    BalasPadam
  10. @ Tinta Lana- peh!! memang mantop pendapat Lana tu, Nasir pun tak terfikir sampai kesitu.. watpe orang bunian tu minta tlg dgn manusia buatkan jmbtn tu untuk dorang ek?? ke saja2 bunian tu nak mempermainkan manusia?

    Thanks Lana :)

    BalasPadam
  11. @ leakedknowledge- Nasir sankuwik.. memang ada betulnya juga..

    thanks nasir yang mempunyai nama sama dengan aku..ahah :)

    BalasPadam
  12. @ sis92- Ya sis92.. haah sis memang cukup pelik bila tengok jambatan tanpa laluan ni.. huh...

    Thanks SIS92 Merangkap adindaku.. ahahah poyo jek..

    BalasPadam
  13. cntik jgk jambatan tu ek? huhu

    BalasPadam
  14. lain macam je jmbtn tu...hihihi

    BalasPadam
  15. Rasa2 ikut akal waras, jembatan tu untk laluan binatang2 yg nak semberang jalan. Jadi taklah dilanggar kenderaan semasa melintas

    BalasPadam
  16. Secara logik, jembatan dibina utk laluan haiwan2 utk mengelak dari kemalangan.

    BalasPadam
  17. hoho . tersangat misteri . NH tak nak try masuk ke ? hehe . first tahu nie :D

    http://www.munviolettaxious.com/

    BalasPadam
  18. sokmo sokmo ke PD
    tapi sekalipun x penah perasan ada jambatan tersebut.

    apepun, cite ni menarik!

    BalasPadam
  19. Uikzzz!!! Tiada penghujung? seram~~~

    BalasPadam
  20. syg duit ja buat jmbtan ni.. maybe mau buat pintu gerbang ni, pastu letak iklan besar kat atas..

    BalasPadam
  21. nasib baik lah bunian tu mintak jambatan...kalau dia mintak airport ke...hotel 5 bintang ka? tak ke haru ?

    BalasPadam
  22. xde kene mengene dgn makhluk ghaib pun ni....

    BalasPadam
  23. kat dengkil pn ada.. try google map alamat ni..
    2.850221,101.694742

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..