Sabtu, 18 Februari 2012

Keajaiban Berlaku

mood hari ni, happy sangat.. sebab apa, korang nak tahu sebab apa? sebab entry2 pada blog lama aku yg telah di hack tu aku dapat balik, macam mana aku boleh dapat balik entry2 aku tu?

macam ni ceritanya, malam semalam secara tak sengaja aku pergi ke link blog aku yg di hack tu, pastu aku pergi ke 'cache' (salinan) maksudnya lihat secara salinan, dan tepapar segala entry2 aku dalam tu..aku copy and paste ke blog ni.. haa... macam tulah ceritanya.. 

aku pun memang tak paham tentang hal macam ni, aku try and error jek.. jadi aku terpaksa edit sikit entry2 tu disebabkan dorang dah letak warna warni bak pelangi petang gitu pada entry2 tu.. dengan tulisan yg bertindih2.. ada yg kecil ada yg besar tak sekata... takpelah yg penting aku dapat semula, aku dah macam cetak rompak entry aku sendiri.. huhu  sabor jelah...

pasni aku akan pastikan yg aku sentiasa backup semua entry2 yg aku hasilkan... dan sentiasa menukar pasword.. tapi kalau nak terjadi gak sekurang2nya aku dah berusaha kan.. aku bukanlah pandai dalam hal2 IT ni, bila aku ada masalah aku bertanya pada kawan2 dan aku selalu mencuba.. mcm tu jelah yg aku mampu buat... 

aku nak ucapkan terima kasih pada hacker kerana membuatkan aku lebih berhati2 lepas ni.. harap2 korang tak hack aku lagi lah yer, huhuu... sedih lor bila kena cam ni.. mandi tak basah lor.. tidur pulak tak lena lor.. haha..

    "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti 

                   menghadapinya." ~ Albert Camus





2 ulasan :

Tinta Lana berkata...

Salam..oh..jadinya..nasir bukan org baru lam dunia blog..i knew it,hehehe.

Tapi, macamana org boleh hack blog kita..ish..ada2 je kan. hurmh

nasir hamzah berkata...

hehe, begitulah lana, nak kata lama tak juga, bulan 1 lepas mula blogging.. thaknks lana..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..