Isnin, 27 Februari 2012

Misteri seorang sahabat siri 2


Aaa.. .aa.. amar! tiba2 terpacul nama amar dari mulut sahri, serentak dengan itu pemuda dihadapannya mendongak dan terus memandang wajah sahri dengan pandangan yg cukup sayu.. sah pemuda dihadapannya adalah amar...sahri terus menarik tangan amar...

Amar!! sahri memeluk amar seeratnya, aku rindu kau amar! sahri meluahkan perasaannya pada amar, air matanya berduyun2 jatuh ke pipi, sayu hatinya sudah tidak dapat dibendung lagi kerana akhirnya dia dapat juga bertemu sahabat baiknya itu, walaupun amar didalam pelukannya tidak seperti amar yg dulu...

Amar dah jauh berubah, amar seperti org hilang arah.. rambut yg dulu  sentiasa disikat rapi kini kusut masai.. baju yg dipakai dulu sentiasa kemas, kini sudah koyak2 dan sangat lusuh.. tiada lagi bau minyak wangi berjenama polo yg selalu dipakainya dulu, tapi kini yg ada hanya bau hapak yg sangat menusuk hidung sahri.. tetapi itu semua tidak dipeduli lagi, yg penting sekarang dia dapat bertemu sahabat baiknya...

Kau... sahri?? akhirnya amar membuka bicara, di renung wajah sahabatnya itu lama2.. ''kenapa kau dah berubah, lain benar wajah kau hampir2 aku tak kenal kau lagi'' amar terus bertanya seperti tidak percaya apa yg dilihat dihadapannya adalah sahri...

Ye amar, aku sahri sahabat baik kau.. takkan kau tak kenal aku lagi? akhirnya aku dapat juga jumpa kau amar... kau buat apa disini, kau tunggu siapa, kau tunggu aku ke amar? soal sahri yg kebingungan, mana mungkin amar tahu hari ini dia pulang ke kampung halamannya, sedangkan awal2 lagi dia sudah memesan pada ibunya supaya dirahsiakan kepulangannya...

Amar tersenyum melihat wajah sahri yg dalam kebingungan.. ''aku tunggu kau lah sahri, habis buat apa aku disini malam2 buta macam ni.. hari2 aku tunggu kau kat sini.. kau tu je yg tak muncul2.. akhirnya malam ni kau muncul juga.. tak sia2 aku tunggu kepulangan kau selama ni... 

Sahri pelik mendengar kata2 amar.. ''ye je kau tu amar, takkanlah..  hari2 kau tunggu aku kat sini, sejak bila kau dah pandai berbohong ni amar!! tanya sahri berseloroh dan menepuk bahu sahabatnya itu.. amar pula hanya tersenyum tawar bila kata2nya di perlekehkan oleh sahri..

Hem, terpulang lah pada kau nak percaya atau tak, yg penting sekarang kau dah balik dan aku gembira dengan kepulangan kau, jom kita ke rumah aku, banyak perkara aku nak cerita dengan kau..amar menarik tangan sahri.. terpancar keceriaan pada wajah amar..kini sahabatnya ada besamanya...

Eh, amar, besok jelah aku kerumah kau, sebab aku dah janji dengan ibu aku yg aku akan terus balik kerumah.. nanti diorang risau pulak.. sahri memberi alasan.

Serta merta air muka amar berubah.. amar tidak menjawab sepatah kata.. dia hanya diam membisu.. sahri perasan yg amar seperti merajuk dengan alasan yg diberikan sebentar tadi.. pelik dia melihat amar, dulu amar tak macam ni, dia bukan jenis yg suka merajuk.. tapi sekarang? em.. sebab lama tak jumpa mungkin.. bisik hatinya..

Mereka terus berjalan beriringan, tetapi seperti ada sesuatu yg mengusik hati sahri bila melihat cara sahabatnya berjalan.. amar berjalan dalam keadaan tempang.. tapi kenapa? mahu sahaja sahri bertanya pada amar tapi bila melihat wajah sugul amar tak berani pula dia hendak bertanya.. 

Sahri, kau dah benci aku ke? amar bersuara setelah lama mendiamkan diri..

Eh kau ni, kenapa pulak cakap macam tu, kalau aku benci kat kau aku tak tegur kau tadi, aku terus je balik.. kenapa dengan kau ni amar, dulu kau tak macam ni, sekarang dah pandai merajuk pulak.. macam budak2 lah kau ni amar.. hahaa.. sahri tertawa melihat gelagat amar yg tiba2 merajuk seperti kebudak2kan..

Aku bukan apa, kaulah satu2nya sahabat yg aku ada, dari kecil sampailah besar kita berkawan.. dahlah kita dah lama tak jumpa.. nanti kalau aku mati barulah kau menyesal tak sudah... takpelah sahri, memang kau dah benci aku, aku faham, dengan diri aku yg macam ni sapa2 pun akan benci..  kata2 amar cuma menduga....

Tersentap hati sahri mendengar kata2 sahabatnya itu.. tak ada niat dihatinya untuk membeci amar, walau keadaan amar yg tak seperti dulu tapi sahri tetap menerima amar seadanya.. persahabatan yg mereka jalinkan takkan terputus hingga ke akhir hayatnya..

Yelah2 aku ikut kau balik.. jerkah sahri pada amar... tak sampai hati pula sahri mahu menghampakan perasaan sahabatnya itu.. tentu ada perkara yg ingin amar ceritakan padanya.. kalau tak masakan wajah amar berubah bila dia menolak perlawaannya... takpelah besok pagi2 aku terus balik rumah.. hati kecil sahri memujuk dirinya... 

Mereka berjalan beriringan ditemani bunyi unggas di tepi rimbunan semak di kiri dan kanan jalan, sambil berjalan mereka berbual2 sesama sendiri, sesekali suasana menjadi sepi.. masing2 melayan perasaan...


bersambung 
sila baca siri ke 3 DISINI
karya nasir hamzah
*******************************


Tiada ulasan :

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..