Memaparkan catatan dengan label disebalik kisah seram mahmodiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label disebalik kisah seram mahmodiah. Papar semua catatan

Khamis, 26 April 2012

SERAM : Misteri Di sebalik Jambatan Permas

ASSALAMUALAIKUM...


Apa habaq semua rakan-rakan blogger Nh? hang sihat ka ? hehekk.. cakap utagha plak.. saja je tapi nh memang suka dengan lohgat utara.. korang suka? apapun loghat korang tetap kawan ceq na.. walaupun kita hanya kawan maya tapi ceq rasa kita dekat ja.. dekat camana tu ceq tak taw nak habaq.. hehehhh..


Ok lah dah baca tajuk di atas? rupanya ada lagi misteri yg belum terungkai yg nh terlepas pandang, tapi misteri kali ni tak lah berapa glamor macam misteri banglo hilang dan mall berhantu tu, yg memang dah famous dalam Negeri Johor ni..jadi untuk tidak membuang masa korang baca enty di bawah ni, tapi nh ambil sumber ni dari blog yul lah.. sory yer yul.. nanti nh letak creadit nama yul..


Arwah Mansor dan Arwah Shikeen Black.


 Saya akan "simple" kan cerita ini. Kedua-duanya adalah pasangan kekasih, tetapi di tentang hebat oleh kedua-dua belah keluarga bila menyuarakan ingin berkahwin. Tatkala itu Arwah Shikeen telah pun mengandungkan anak kepada Arwah Mansor (5 bulan). Bila dua buah keluarga tidak merestui, Arwah Mansor mengambil jalan mudah untuk membunuh diri bersama Arwah Syikeen di RAILWAY PLENTONG dengan mengikat dan berbaring di railway tersebut sehingga berkecai tubuhnya digilis keretapi. Selepas kejadian itu, ramai yang berkata jumpa arwah Mansor berkeliaran bersama Arwah Shikeen mengendong anak tapi yang dikedong adalah Batu Nesan...Wallahualam.. 


Orang yang berniaga pun tidak berani berniaga sehingga lewat malam..dan sehingga sekarang..ada satu restoran railway di Highway Pasir Gudang(sekarang hanya tinggal restoran kosong) sebelum masuk ke Simpang Giant Plentong tidak pernah ownernye kekal berniaga..Wallahualam.


Kemalangan maut pasti terjadi tiap-tiap tahun, org kata jambatan ni memang terkenal dgn sikapnya yang ketagih darah org.. Sebabnya? semasa jambatan ni mula2 di bina, byk kejadian bunuh diri berlaku di situ.. Di katakan tempat itu keras kerana pemandu2 kereta akan ternampak bayangan aneh melintasi jalan.. Siapa yg berani nak jalan sorg2 di situ ketika waktu malam? Sebelum Bayu Puteri & Flat Sri Stulang di dirikan di situ, ianya merupakan hutan paya bakau yg di penuhi monyet. Sebelum jambatan ni di dirikan, kalau korg dari bandar nak ke Permas Jaya, korg kena lalu jalan tebrau - carrefour pandan - highway pasir gudang - plentong & baru lah sampai ke Permas Jaya..

Kes bunuh diri secara berpasangan.. Ini kerana ahli keluarga tak merestui perkahwinan mereka, si perempuan pula berbadan dua, kandungannya berusia 5 bulan.. Pasangan itu di katakan membunuh diri mereka dgn berbaring di railway Plentong.. Hancur berkecai di gilis kereta api kargo yg membawa muatan ke Pasir Gudang.. 

Dipendekkan cerita, dulu ada pokok buluh bawah jambatan permas (dari plentong nk masok permas). Kat situ ade sorang brader berniaga burger sampai ke tengah malam. Then datang seorang perempuan. Pakaian serba putih mengendong anak. Datang ke stall burger tu, hanya order daging mentah..tokey burger tu pon pelik la dgn perempuan tu..then tengok pulak anak perempuan tu dalam kain yang dibuat selubung anak tu..batu nisan ! kelam kabut tokei burger tu lari..esok pagi baru datang kemas stall ape sume..tros dah tak berniaga kat situ lagi..pokok buluh tu pon dah kene tebang..orang-orang situ cakap perempuan tu mungkin roh sheikin tu la (gf arwah mansor)..roh nye tak tenang kot..itu crite org2 dekat2 situ la.. Tak tau betul atau tidak. Alhamdulillah, sekarang ni dah tak dengar pun gangguan yg berlaku di situ, kemungkinan roh arwah dah tenang..




sumber dari yulsaja.com


Macam tulah ceritanya, nh baru mula baca rasa seram teramat.. nh penah gak lalu kat jambatan  tu dalam 3 kali.. tapi sekarang dekat permas jaya tu dah berubah.. jalan pun tengok dah bertingkat-tingkat.. semakin maju dah johor, silap haribulan orang Johor sesat jalan di Negeri sendiri..huhu...


Nh : sebenarnya banyak lagi cerita seram nantilah nh update ok.. terima kasih pada En Etuza kita minat betul cerita seram kat blog nh, hehe sama lah dengan nh ni.. korang macam mana minat tak?

Sabtu, 21 April 2012

Kisah Seram Di Sebalik Mahmoodiah

Salam buat rakan-rakan semua, diharap korang sihat hendaknya.. misteri, misteri dan terus menjadi misteri.. entry kali ni pun tentang kisah misteri.. ya di johor memang banyak kisah misterinya.. 




setelah nh siarkan kisah seram yg berlaku di sebuah kompleks kemayan city, kali ini nh nak kongsi kisah seram disebalik perkuburan Mahmodiah pula, kalau orang johor rasanya ada yg sudah tahu kisah-kisah seram disini, lagi-lagi pemandu teksi seperti En Zarin pasti beliau dan rakan-rakannya sudah masak benar dengan cerita seram mahmodiah yg terletak berdekatan Hospital Sultanah Aminah ni.. Ok tanpa membuang masa mari kita baca kisah yg Nh ambil dari satu sumber...




Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dalam perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Dia pun memberhentikan kenderaan dan bertanya arah tujuan wanita berkenaan. Wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah.
Kadir pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yang menjemputnya, tetapi akibat masalah yang tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki untuk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit-selit. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya. Pernah satu ketika semasa menunggang motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ.


Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..

Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat-kuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas. Kadir membatalkan hasratnya untuk berjumpa kawan-kawannya lalu terus balik ke rumah. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yang kebetulan bertandang ke rumahnya. Pak ciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu.




Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorang wanita menahan teksinya dan terus mengejar teksi berkenaan.




Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Masa perang Jepun dulu. Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi, macam-macam hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi yang mereka lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati. Orang-orang otai cakap, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! tak tahu pula diorang berbaris macam mana.. Wallahualam..


Korang pernah baca entry nh yg bertajuk pengalaman seramku? di yayasan johor ini lah tempat yg nh maksudkan.. sebab dulu arwah abah nh bekerja disini.. kalau tak silap dulu namanya kelab jepun..


Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu berhantu pada waktu petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang pergi ziarah kubur time tu. Ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala. Banyak kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan datang waktu-waktu petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu.



sumber cerita dari yulsahaja.com


macam mana setelah korang baca kisah seram di mahmodiah ni, ada rasa meremang tak bulu roma korang.. hehe.. ingat yer segala yg nh kongsikan anggaplah sebagai satu hiburan, iblis dan syaitan memang sentiasa ingin memesongkan hati kita, jadi korang faham kan apa yg nh nak sampaikan.. terima kasih diatas sokongan rakan-rakan dan pembaca blog nasir.. semoga korang sentiasa sukses dalam menempuh liku-liku kehidupan ini.. 


NH : lepas baca jangan lupa korang tekan butang SHARE kat atas tu yer... hehe

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..