Apa habaq semua rakan-rakan blogger Nh? hang sihat ka ? hehekk.. cakap utagha plak.. saja je tapi nh memang suka dengan lohgat utara.. korang suka? apapun loghat korang tetap kawan ceq na.. walaupun kita hanya kawan maya tapi ceq rasa kita dekat ja.. dekat camana tu ceq tak taw nak habaq.. hehehhh..
Ok lah dah baca tajuk di atas? rupanya ada lagi misteri yg belum terungkai yg nh terlepas pandang, tapi misteri kali ni tak lah berapa glamor macam misteri banglo hilang dan mall berhantu tu, yg memang dah famous dalam Negeri Johor ni..jadi untuk tidak membuang masa korang baca enty di bawah ni, tapi nh ambil sumber ni dari blog yul lah.. sory yer yul.. nanti nh letak creadit nama yul..
Saya akan "simple" kan cerita ini. Kedua-duanya adalah pasangan kekasih, tetapi di tentang hebat oleh kedua-dua belah keluarga bila menyuarakan ingin berkahwin. Tatkala itu Arwah Shikeen telah pun mengandungkan anak kepada Arwah Mansor (5 bulan). Bila dua buah keluarga tidak merestui, Arwah Mansor mengambil jalan mudah untuk membunuh diri bersama Arwah Syikeen di RAILWAY PLENTONG dengan mengikat dan berbaring di railway tersebut sehingga berkecai tubuhnya digilis keretapi. Selepas kejadian itu, ramai yang berkata jumpa arwah Mansor berkeliaran bersama Arwah Shikeen mengendong anak tapi yang dikedong adalah Batu Nesan...Wallahualam..
Orang yang berniaga pun tidak berani berniaga sehingga lewat malam..dan sehingga sekarang..ada satu restoran railway di Highway Pasir Gudang(sekarang hanya tinggal restoran kosong) sebelum masuk ke Simpang Giant Plentong tidak pernah ownernye kekal berniaga..Wallahualam.
Kes bunuh diri secara berpasangan.. Ini kerana ahli keluarga tak merestui perkahwinan mereka, si perempuan pula berbadan dua, kandungannya berusia 5 bulan.. Pasangan itu di katakan membunuh diri mereka dgn berbaring di railway Plentong.. Hancur berkecai di gilis kereta api kargo yg membawa muatan ke Pasir Gudang..
Dipendekkan cerita, dulu ada pokok buluh bawah jambatan permas (dari plentong nk masok permas). Kat situ ade sorang brader berniaga burger sampai ke tengah malam. Then datang seorang perempuan. Pakaian serba putih mengendong anak. Datang ke stall burger tu, hanya order daging mentah..tokey burger tu pon pelik la dgn perempuan tu..then tengok pulak anak perempuan tu dalam kain yang dibuat selubung anak tu..batu nisan ! kelam kabut tokei burger tu lari..esok pagi baru datang kemas stall ape sume..tros dah tak berniaga kat situ lagi..pokok buluh tu pon dah kene tebang..orang-orang situ cakap perempuan tu mungkin roh sheikin tu la (gf arwah mansor)..roh nye tak tenang kot..itu crite org2 dekat2 situ la.. Tak tau betul atau tidak. Alhamdulillah, sekarang ni dah tak dengar pun gangguan yg berlaku di situ, kemungkinan roh arwah dah tenang..
sumber dari yulsaja.com
Macam tulah ceritanya, nh baru mula baca rasa seram teramat.. nh penah gak lalu kat jambatan tu dalam 3 kali.. tapi sekarang dekat permas jaya tu dah berubah.. jalan pun tengok dah bertingkat-tingkat.. semakin maju dah johor, silap haribulan orang Johor sesat jalan di Negeri sendiri..huhu...
Nh : sebenarnya banyak lagi cerita seram nantilah nh update ok.. terima kasih pada En Etuza kita minat betul cerita seram kat blog nh, hehe sama lah dengan nh ni.. korang macam mana minat tak?
.jpg)