Memaparkan catatan dengan label lembaga hitam tanpa kaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lembaga hitam tanpa kaki. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mei 2012

Gambar Penampakan Lembaga Hitam Tanpa Kaki

ASSALAMUALAIKUM..


Seperti biasa Nh nak kongsikan lagi gambar-gambar penampakan HANTU khas buat korang yg selalu berkunjung ke blog Nh yg dikatakan seram dan penuh misteri ini, sehingga ada yg takut nak singgah di waktu malam.. kata diaorang lah, pada Nh biasa je, Tapi.... Ha..  ada tapi, kadang-kadang Nh sendiri yg takut nak buka blog sendiri.. Haha poyo jer ek...




Ok penampakkan ini berupa LEMBAGA HITAM dimana salah seorang pelajar universiti ini yg terlalu asyik menangkap gambar dirinya sendiri pada waktu magrib sehingga secara tidak sengaja terakam sekali gambar LEMBAGA HITAM TANPA KAKI sedang merenung dirinya..


Mengikut bacaan NH di blog amekaw.com, remaja berumur 19 tahun ini yg bernama Safura Zakariah, tidak perasaan akan penampakan itu pada mulanya, selepas saja sesi bergambar di depan cermin di rumah neneknya itu, dia terus keluar  bersiar-siar ke bandar.. sehinggalah dia pulang ke rumah, dan terdetik di hatinya untuk melihat gambar-gambar yg di ambil, tiba-tiba remaja ini terkejut bila mendapati ada  satu imej lembaga hitam di belakangnya.. 


Dia yg tidak berpuas hati cuba mengambil semula gambar dirinya dalam posisi yg sama dan gambar itu tidak berjaya merakam imej lembaga hitam tersebut.. begitulah yg di ceritakannya kepada minguan malaysia..


Menurut Neneknya pula, kejadian aneh ini adalah yg pertama berlaku di rumahnya yg telah didiaminya  selama 20 tahun.. setelah berita itu tersebar, ramai saudara mara serta jiran tetangga datang berkunjung bagi melihat sendiri gambar tersebut dan memuat turun ke telifon bimbit masing-masing..


Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Mersing, Zakaria Tahir ketika diminta mengulas berhubung gambar itu berkata:



“Allah menjadikan malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, namun ia boleh menyerupai atau menjelma dengan pelbagai bentuk.
“Apa yang penting sebagai manusia yang beriman kepada Allah S.W.T, kita tidak perlu taksub dan takut dengan kejadian aneh yang belum tentu kesahihannya itu sehingga boleh menjejaskan akidah,” katanya.

NH : ingat tak pada entry  NH, yg bertajuk Gambar entiti terakam di surau lama di batu pahat, itulah pengalaman pertama NH dapat merakam penampakan hantu dalam surau tu..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..