Asslamualaikum..
Kembali lagi berita tentang villa nabila yg semakin popular di seluruh malaysia umumnya..
Kini villa nabila telah pun di pagar kerana mengelakkan ianya dari terus menerus di kunjungi oleh orang ramai..
Sedikit berita dari sumber h.metro..
Johor Bahru: Banglo terbiar, Villa Nabila di Jalan Skudai di sini, yang mendapat perhatian ramai penyebaran khabar angin melalui Internet kononnya 23 remaja disembunyikan makhluk halus tengah malam Sabtu lalu, kembali sunyi selepas pihak berkuasa mengesahkan dakwaan itu fitnah semata-mata.
Kawasan banglo terbiar seluas dua padang bola sepak itu sebelum ini menjadi antara lokasi tumpuan mereka yang ingin meneroka misteri yang dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik.
Bagaimanapun, ia kembali sunyi apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang pagar di pintu masuk utama bagi mengelak pencerobohan.
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bertindak memasang pagar zink pada petang kelmarin.
Datuk Bandar MBJB Ismail Karim berkata, kerja memasang zink itu dilakukan petang kelmarin selepas pihaknya mengeluarkan notis kepada pemilik villa berkenaan supaya membersih dan menutup bangunan.
“Sepatutnya pemasangan pagar dibuat selepas seminggu notis dikeluarkan, namun kami memagarnya segera memandangkan orang ramai masuk ke vila itu hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
“Buat masa ini kami buat pagar di kawasan pintu masuk utama dulu dan jika ada keperluan barulah kami memasang pagar pada laluan masuk dari arah belakang,” katanya.
Villa Nabila yang terbiar sejak 40 tahun lalu menjadi tumpuan apabila seorang remaja lelaki dilaporkan ‘hilang’ selepas memasuki premis itu bersama beberapa rakannya awal pagi Sabtu lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/21
NH; cukup2 sudah jangan pergi lagi villa nabila ya kawan2.. kalau teringin sangat nak pegi tu.. cukuplah lalu je depan villa tu.. jeling dari jauh.. hehe
2 ulasan :
dah bosan sangat gamaknya sebab tu sesaja cari bahan nak hilangkan bosan pegi ke villa tu...
baguslah, dah buat pagar..takdelah orang nak masuk suka-suka hati lepas ni..
Saya lalu kat situ pn dah di pagar.. Tp katanya klw org nak masuk villa tu ada ikut jalan lain pula.. Ada je yg masuk skg..
Catat Ulasan