Khamis, 5 April 2012

KISAH KUCING YG BERNAMA COMEL



Pada hari ni NH nak bercerita sidikit tentang kisah kucing NH yg bernama si comel..


si comel sedang berlatih berjalan

Fist jumpa comel dia masih lagi kecil, jalan pun baru merangkak2.. Muka comot, penuh taik mata sampai tak boleh buka.. Kesian.. Kami bawa balik, bersihkan comel.. Barulah ensem..


inilah keluarga angkat si comel


Rezeki comel agaknya, kebetulan ada pula ibu kucing yg baru seminggu melahirkan anak.. Si Comel kemudian diserah pada ibu yg bernama kelabu yg tinggal di sebuah kedai milik salah seorang keluarga kami.. Alhamdulillah, kelabu terima comel seadanya.. Dua minggu comel bersama keluarga angkatnya.. Tampak dia, gembira, ceria bermain dengan adik beradik barunya yg lain.. kami pun tumpang gembira sebab comel semakin sihat, badannya gemok.. untung si comel dapat keluarga angkat yg tak pernah nak menyisihkan dia..


comel yg sedang tidur kerana kekenyangan.


Disangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengah hari, segalanya berubah apabila seekor kucing jantan yg pada mulanya nampak cool dan baik menyerang si comel. Mungkin disebabkan warna bulu dia sama dengan warna bulu si comel.. habis si comel di gigitnya, sehingga si comel mengelitik menahan kesakitan akibat gigitan yg kuat oleh si kucing jantan tersebut, setelah di pukul kucing jantan tu barulah dia lepaskan si comel dari gigitannya..  si comel terbaring kaku, sicomel mengiau dengan suara yang perlahan  dan tubuhnya lemah tak berdaya, kami bawa si comel balik rumah dan tempatkan si comel didalam bakul.. sayu kami melihat keadaan si comel yg sedang kritikal itu..


luka dari kesan gigitan dileher comel, sehingga bernanah.


Bila diangkat, tubuh Si Comel seperti dalam keadaan lumpuh.. Kepala,tangan dan kaki si comel terkulai.. Dia tak boleh berdiri.. mak pula sudah menangis melihat keadaan si comel.. Hendak saja kami pukul si kucing jantan yg menyerang si comel.. Tapi itu bukan jalan yg terbaik.. sudah menjadi lumrah jika seekor kucing jantan yg nampak anak kucing yg sama warna dgnnya akan menyerang anak kucing itu, sebab apa entahlah.. 


Si comel sudah mula berselera untuk makan dan minum.. walaupun kaki si comel masih tak kuat untuk berdiri.

Si comel kami rawat dengan menyapukan minyak gamat pada sendi2nya. setelah tiga hari badan si comel semakin lemah, kami dah mula putus asa dan menyangka yg si comel tidak ada harapan untuk sembuh.. tapi kuasa ALLAH mengatasi segalanya.. cukup seminggu selepas itu si comel kembali segar dan boleh berdiri.. walaupun dalam keadaan lemah dan menggigil..


syukurlah comel sudah semakin sembuh.

Sekarang si comel sudah mula mahu berjalan, setiap kali kami lalu disebelahnya dia akan mengiau minta di keluarkan dari bakul.. kemudian si comel akan berjalan walaupun kaki sebelahnya masih tak kuat lagi.. tapi semangat yg ada pada dirinya membuatkan kami terharu melihat kesungguhannya.. semoga comel cepat sembuh dan boleh berjumpa lagi dengan ibu dan adik beradik angkatnya dan kami telah  bersepakat untuk membiarkan si comel terus tinggal dirumah kami..


NH: memang dari dulu tak boleh lihat kucing, mesti akan bawa balik ke rumah dan akan dimarah oleh kakak NH meskipun akhirnya menjadi kucing kesanyangannya.. huhu..

21 ulasan :

NAL berkata...

kesiannya tgk anak kucing tu..apa2 pun harap cepat sembuh..

nasir hamzah berkata...

terima kasih NAL atas doanya..

deno berkata...

semoga COmel cepat sembuh... :)

kucing deno pun nama comel... tekan sini kalau nak tengok comel.. : http://dayangdeno.blogspot.com/2012/03/my-comel.html

nasir hamzah berkata...

thanks dino..

Azmi Khan berkata...

ciut kucing tu.....
suka tgk cara dia mkn....

nasir hamzah berkata...

tu lah azmi, memang comel..

sis92 berkata...

nak tau sesuatu tak ,

anak kucing sis baru je kena buang dgn ibu sbb katanya meoww tu nakal sgt,huhu dia bkn nkl dia aktif je -,-

t.kasih dtg komen entri sis..
emm sis amalkn prinsip jgn sombong.
bwalking , baca entri org lain n drop komen tuk diorang juga..
:)

nasir hamzah berkata...

yeke sis.. Nh pun kdg2 jarang g blog lain.tapi Nh cube gak pegi jengah dan komen.. walaupun sibuk dgn kerja.. thanks yer sis tipsnya..

AMALINA YAAKUB berkata...

cepat sembuh comel

nasir hamzah berkata...

thanks amalina. ramai yg doakan kesembuhan si comel NH..

noorniey Azman berkata...

kat depan bilik noni ada kucing sesat jugak.kami bagi nama dy ella sebab suara dy serak gitu!rock : ]

nasir hamzah berkata...

hehe,yeke noni.. mesti kuat suara dia kan? huhu

ieda berkata...

sedih dan sayu bila memikirkan kucing2 nie
bila kita manusia pandai menyayangi binatang inikan manusia .. sanggupkah kita cederakan mereka ??

tapi akk tetap geli ngan kucing huhuhuh

[PCL] berkata...

bagus suka/sayangi binatag....ada kelebihannya yg tak tersangka dari Nya...insyaallah.

nasir hamzah berkata...

NH memang suka ngan kucing.. keluarga pun sama..kat rumah tu ada 8ekor kucing.. thanks kak ieda ngan Pcl..

Yana Libra berkata...

kesiannya tgk dia diri camtu...

moga comel cepat sembuh ye..

nasir hamzah berkata...

insyaAllah..sama2 kita berdoa.thanks comel.

BlogLeader berkata...

ganas kucing jantan tu... tak fikir panjang ker nak belasah kucing lain...
huhuhu...

♥ sakinah hj othman ♥ berkata...

kucing sy pnah lumpuh...lgi teruk dri comel...makan n minum smua kena suap...

nasir hamzah berkata...

lagi teruk kucing sakinah. dah tu mcm mana keadaan dia sekarang? nasib comel boleh dikira bertuah lagi kan.

Tanpa Nama berkata...

memang ganas sungguh .syukur allah masih panjangkan umur comel.

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..