Sabtu, 1 September 2012

Salam aidilfitri, maaf zahir batin...

Assalamualaikum...

Hais.. sudah terlalu lama aku tak menjenguk blog aku wini.. dek kerana kesibukan dan kemalasan aku untuk mengupdate blog, huhuhu... saborjelahhh...

Tapi sejak beberapa hari ni aku asyik je teringatkan blog aku ni dan akhirnya dengan semangat yang jitu aku terus gagah menaip entri ni... sungguh tidakku sangka ada juga idea yang datang walaupun entah apa2 yang aku taip.. haha..

Oklah pertama sekali aku ingin mohon ampun dan maaf pada rakan2 aku yang tertanya2 kemanakah aku pergi menghilangkan diri.. maafkan aku okeh!! Walaupun pada mulanya aku bercadang nak stat berblog lepas 2 ke 3 hari raya tapi dek kerana kemalasan yang memuncak akhirnya aku terkulai layu di depan lapy.. huhu.. jadi baru kali ni dapat aku menulis... takpelah masih dalam bulan syawalkan, belum habis raya lagi... jadi sempat lagi aku nak mintak maaf kat korang ye dakkk..

So... aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari segala kesalahan dan ketelanjuran kata yang pernah membuatkan ketegurisan hati korang sejak bekawan dengan aku di dunia maya ini.. mungkin ada kata2 aku pada korang yang membuatkan korang terasa atau menderita mendengarkan?? Eheheee... maafkan aku yer... aku hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan....

Terima kasih pada pari2 putih yang sudi mengirim kad raya pada aku.. aku je yang tak sempat nak membalasnya.. maafkan saya yer ppp... ehehee... tak lupa juga pada Lana yang selalu bertanya kabar aku di " muka buku" (fb) dan menghantar pesanan ringkas sms pada aku.. juga kepada M nasir yang telah main cuit2 aku di fb.. haha cuit2 jeke duit raya mana? Ahahaaa... juga buat korang semualah... insyaAllah ingatan aku pada korang semua takkan pudar... cewahh..

Lepas ni aku akan cuba memberikan masa untuk aku mengupdate entri.. banyak sebenarnya entri seram aku dah kumpul.. nanti aku kongsilah kat korang semua yer.. ( banyaklah sangat) ehehehhh...

Dari itu izinkan aku mengundurkan dirilah yer.. ringkaskan entri aku.. ko haderrr.. ahaa jam pun dah menunjukkan ke angka 1.12 pagi ni. Esok aku keje pagi, haa mahu bengkak mata kat tempat keje nanti.. ahahaa...

Salam aidilfitri dan maaf zahir batin buat pembaca blog Nasir Hamzah... daaaaaahhhhh....

posted from Bloggeroid

7 ulasan :

Tinta Lana berkata...

Salam.

Haiyoo..tak jadik tido tgk blog seram tetiba 'berjaga' hahaha.

What else to say, Welcome back! ^_^

Ok..pasni, kita nantikan entry seram terbaru dari otai seram, keh3

miss yatie berkata...

selaat hari raya NH, memang lama betul menyepi hehee

Unknown berkata...

haha.

NH berjaya memunculkan diri setelah lama mghilang. >.<

cuit2/ cucuk2/ poke itu sengaja dbuat2 bgi mengenalkan pasti samada hang masih lagi hidup di dunia internet/ dunia maya atau tidak...ternyata kelibat hang masih ada..hehe

duit raya? prinsipnya mudah..mai umah la. pekene biskut2 raya dlu (err..rasa2nya ada lg kot), kmudian barulah hang berhak meminta kpd aku utk mberikan duit raya berkenaan. harap maklum ..kkeke :)

Muttallif berkata...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin NH

Unknown berkata...

takpe bro.. kecik punya hal.hehehe.. apa2pun, selamat hari raya aidilfitri juga :)

Unknown berkata...

Nasir tak minta dibalas yang penting ingatan dah persahabatan jan terlerai di tengah jalan cecewah bermadah lak malam2 ni ha ha ha.. anyway happy tengok nasir dah kembali berblogging... jan cuti lama2 lagi tau... ^..^

nasir hamzah berkata...

InsyaAllah ppp.. thank semua sbb suport nasir... Adeh terharu dibuatnya...

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..