Isnin, 21 Mei 2012

PELIK: Batu Misteri Terbakar Dengan Tiba-Tiba.


Batu pun boleh terbakar dengan sendirinya.. pelik bukan? begitulah yang berlaku pada seorang wanita yang berasal dari California ini bilamana pehanya melecur akibat letupan dari batu yang tersimpan di dalam seluarnya.. Nh terkejut gak bila membaca berita ini.. Tapi semuanya terjawab apabila dikatakan batu misteri ini mengandungi bahan yang.... bahan aper? eh korang bacalah sendiri artikel yang di petik dari hmetro di bawah ini yer..


CALIFORNIA: Seorang wanita mengalami lecur tahap dua dan tiga apabila batu berwarna yang dikutip oleh keluarganya dari pantai di selatan California, tiba-tiba terbakar, di dalam poket seluarnya.

Lyn Hiner berkata, “Kami sedang berbual mengenai siapa perlu menjemput pengasuh apabila tiba-tiba kaki saya terasa panas.”

Katanya lagi, “Saya ingatkan saya digigit serangga, lalu saya memukul seluar dan tiba-tiba ia saya terbakar.”

Batu berwarna hijau dan jingga itu dijumpai dan dikutip oleh anak perempuan Lyn di Pantai San Onofre di California Selatan.

Lyn, 43, meletakkan batu itu di dalam poket seluarnya apabila mereka meninggalkan pantai.
Sewaktu dia dan suaminya Rob Hiner, bersedia untuk keluar makan malam, tiba-tiba batu itu meletup dalam poket seluarnya.

Rob berkata, “Api terang. Kami tak tahu apa yang berlaku dan reaksi kami adalah memukul untuk mematikan api itu.”

Katanya, mereka tidak berjaya memadamkan api itu lalu terus menarik seluar Lyn.
Bomba tiba kerana penggera asap di rumah mereka berbunyi disebabkan api dari batu itu.
Ketua Bomba Orange County, Kapten Marc Stone berkata, “Suaminya berada di luar sambil memegang paip air cuba untuk menyejukkan kaki isterinya.”

Ahli Sains yang menyiasat letupan misteri berkata, ada tujuh ketul batu yang dikutip anak Lyn dari pantai itu dan ujian mendapatai ia mengandungi fosforus, bahan kimia berwarna jingga mudah terbakar yang digunakan untuk mancis, pada batu itu.- Agensi
Hmetro

11 ulasan :

Unknown berkata...

fes time dengar pasal batu yang mengandungi fosforus ni..pergh..ada jgak ye batu cenggini

Emma berkata...

wah3... agak merisaukan gak ni.. ho3.. nti nak duduk kat atas batu kat tepi2 pantai, kna berfikir seribu kali gak ni... hmmm

nasir hamzah berkata...

boni: yer boni Nh pun fist time gak dengar..

nasir hamzah berkata...

Emma: hehe tapi jarang kita dengar kes macam ni berlaku, jadi jangan duk risau sangat ler, nanti trauma pulak nak duduk atas batu..

♥ Cik EylaDiLLa ♥ berkata...

perhhhhh kene gak berhati2 kalo santai kat yg ade batu2 hehe !

si kiut lavender berkata...

tudia...

lepas nih kena hati2 men ngan batu batan kang xmemasala ja meletup...=_=

NAL berkata...

kali pertama dgr..bahaya juga ni..

suria lekatlekit berkata...

batu api terbakar dlm seluar nampak terbakarnya.. batu api yg berupa manusia tak nampak tp membakar sikit demi sedikit. tak kira apa jenis batu api tetap bahaya. :D

Tanpa Nama berkata...

oh takla misteri sgt sbb sifat batu tu sendiri cpt tbakar..
tiba2 teringat main batu seremban ..

Tinta Lana berkata...

Salam. first time dengar pasal batu fosforus. cuma tak bpe paham, cmna ia leh terbkr..apa yg mencetusknnya tuk terbakar. sebab geseran ngan peha kot..mcm mancis kena geser dulu kat tepi kotak tu kan.. tetiba buat hipotesis sndiri lak,heheehe

nasir hamzah berkata...

mungkin disebabkan geseran batu di dalam kocek mangsa itu yang membuatkan batu itu terbakar dan meletup, dan berkemungkinan juga bahan yang ada di dalam batu itu sangat aktif dan terlalu sensitif pada geseran yang berlaku.. maka berhati2lah yer bila mengambil batu di mana jua.. dan yang pasti itu bukan hak kita.. thanks semua krn memberi komen yang membina..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..