Jumaat, 6 Julai 2012

Pengalaman Seram Saifullah Hamzah Di Lebuhraya Karak


As Salam..
Pada kali ini NH akan paparkan kisah pengalaman seram yang dilalui oleh seorang pengguna jalan raya yang dikatakan telah disakat oleh kak ponti semasa melalui laluan lebuhraya KARAK yang terkenal dengan kisah-kisah mistiknya tersendiri.. Kalau diikutkan memang banyak cerita-cerita seram yang berlaku disini.. tapi NH ambil satu sahaja daripadanya.. Nanti korang bosan pulak membacanyakan... layannnn....


Petikan sumber dari Kosmo...




SEKIRANYA ingin memandu ke Pantai Timur, Lebuh Raya Karak ialah laluan utama yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna jalan raya.
Sejak pembukaannya pada tahun 1977, laluan sepanjang 60 kilometer (km) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang ini memiliki koleksi kisah misteri.
Sungguhpun penulis belum pernah berdepan dengan kejadian aneh ketika menggunakan laluan berbukit itu, namun daripada cerita yang disampaikan oleh beberapa kenalan dan pengguna, Lebuh Raya Karak sudah cukup untuk meremangkan bulu tengkuk.
Seorang kenalan, Mohd. Saifullah Adli Hamzah, 32, mendakwa, dia pernah berada dalam situasi menyeramkan ketika melalui laluan berkenaan.
“Kejadian ini berlaku lima tahun lepas. Ketika itu saya dan tiga rakan dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Tanah Merah, Kelantan.
“Perjalanan dimulakan sekitar pukul 1.30 pagi dari Shah Alam. Kami bergerak lewat kerana ada rakan-rakan yang bekerja syif petang.” katanya yang juga merupakan pegawai pasukan beruniform.


Menyambung bicaranya, sebaik sahaja melepasi tol Gombak, dua rakannya, Azizi dan Malik minta izin untuk tidur kerana mereka akan bergilir memandu sementara dia dan seorang lagi rakan bernama Hadi, asyik bersembang.
“Selepas melalui Bentong, jalan mulai sunyi. Ketika kereta menaiki bukit, saya terdengar seperti ada benda terjatuh menghempap bahagian belakang kereta.
“Hadi turut mendengar bunyi yang sama. Bila saya lihat cermin pandang belakang, saya tidak nampak apa-apa.
“Memandangkan keadaan ketika itu sunyi dan gelap, saya teruskan juga pemanduan,” ujarnya yang membuka tingkap sepanjang perjalanan kerana mahu merokok selain menikmati udara sejuk hutan.
Laluan berliku dan berbukit memaksa Saifullah berhati-hati ketika meningkatkan kelajuan untuk memintas beberapa lori besar.
Ketika itu, dia mula merasakan keretanya berat namun dia tidak fikir yang bukan-bukan. Mungkin juga tekanan berat itu disebabkan kereta transmisi automatik yang dipandunya.
Namun, sebaik dia melepasi sebuah lori balak, pemandu tersebut menyalakan lampu besar berulang kali.
“Hadi menyuruh saya memecut supaya tidak terus terganggu dengan nyalaan lampu tinggi lori terbabit.
“Peliknya selepas itu ada dua tiga kenderaan yang memintas saya turut menyalakan lampu tinggi, malah ada yang membunyikan hon. Kata saya kepada Hadi, mungkin mereka hendak beritahu sesuatu,” katanya yang terus mengejutkan dua lagi rakannya yang sedang tidur.
Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.
“Sebaik saja saya dan Hadi buka pintu untuk keluar, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta saya meneruskan perjalanan.
“Allahuakhbar! Pul, kau jangan keluar! Kita blah... kita blah!” jerit Malik dengan muka panik sambil menepuk-nepuk belakang kerusi supaya kami segera beredar dari kawasan tersebut.


Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya.
Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup.
Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.
“Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita.
“Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.
Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi.
“Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit,” ujar Saifullah.
Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar.
“Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.
Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras.
Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.
Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.
Ulasan dari pengguna laluan KARAK
Seorang pengguna laluan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, gangguan-gangguan tersebut adalah tanda marah roh-roh yang meninggal dunia di situ.
“Kemungkinan besar roh-roh itu marah dengan pengendali trak penunda. Saya sudah beberapa kali melihat kemalangan ngeri di lebuh raya ini.
“Bila ada kemalangan saja, trak penunda akan datang. Kalau mereka angkut kereta rosak saja tak mengapa, tapi kebanyakan buat bisnes di situ.
“Mereka perah limau dan tabur garam pada kawasan berdarah sebab mahu puja roh untuk dapatkan nombor ekor.
“Dalam kepercayaan orang Cina, perbuatan itu hanya akan menambah sakit pada si mati.
“Mungkin bukan semua buat begitu, tapi saya percaya, ada yang buat sebab itu roh tak tenteram dan kacau orang lain,” katanya yang berulang alik ke Pasir Puteh, Kelantan, sebulan sekali melalui lebuh raya berkenaan.
Biarpun ada berpuluh versi kisah seram di sepanjang Lebuh Raya Karak, laluan yang merentas negeri Pahang itu masih tetap menjadi pilihan terutamanya kepada anak-anak Pantai Timur yang mencari rezeki di ibu kota.


Seram betul pengalaman yang dilalui oleh Mohd. Saifullah Adli Hamzah ni kan? Oh maaf ye, beliau bukan kembar NH hehehe, dan 3 lagi rakannya yang melalui detik seram yang boleh dikatakan cukup kritikal.. huh kalau NH ler yang memandu masa tu entah macam mana agaknya.. hais!! Apapun kawan-kawanku..kalau kita nak memulakan perjalanan tu jangan lupa baca doa naik kenderaan dan ayat kursi, InsyaAllah perjalanan kita selamat tanpa gangguan dan hati kita pun pasti akan tenang semasa memandu... 


Kalau korang nak baca lagi kisah seram lebuhraya karak ni korang boleh klik sini, sini dan sini...

22 ulasan:

  1. aku percaya sebab aku pernah melalui detik menyeramkan di highway ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke boni. kongsilah kat ktorang.. menarik tu.

      Padam
  2. seram pulak baca kisah ni pagi2 mcm ni..memang meremang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe memang Nal. nh baca pun dah meremang bulu roma.

      Padam
  3. ade de de nasib bek le ppp baca entri ni waktu subuh klw tak harus ketak tak tidur malam... kira dekat2 tu karak ni dri umah ppp hu hu hu scary dho...


    p/s: gambar budak kat trowong tu mmg menyeramkan :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah? yeke Ppp, mesti ppp penah lalu kat laluan karak nih..

      aha nasir pun cume jeling manja je kat gambar budak tuh ppp..huhuhu seram.

      Padam
  4. fuuufuuu, ak membaca sambil menggunakan imaginasi utk membayangkan situasi..boleh tahan angker..kekeke naseb baik bca di pagi hari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hui kalo siap berimaginasi memang ler komiko..eheh nh pun tak berani.

      Padam
  5. Assalammualaikum nasir.. :)

    Uhuhh, ingatkan adik beradik nasir tdi,keh3, hamzah juga blkgnya @__@ wehehehe.

    urmm..dari kecik lagi kita dgr mcm2 citer pasal lebuhrya karak..pling femes, yg kete volkswgen color kuning tu. Dulu bca pasalnye kt majalah mastika.

    tak nafikan la, laluan lebuhrya karak ni seram..tpi,bukn sbb hantu..tpi struktur/keadaan jalan rya nya sndiri..

    Nasir mesti dah prnh lalu kan?? sudah lah kawasan bergunung ganang, berkona-kona..pastu ada yg jalannya belah sana atas, belah kita plak kt bwh..

    Keadaan jalan pun dah ckup seram dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehe lana,kami hanya saudara sesama islam.hehe

      ye btl tu lana, nasir pulak pernah tgk telemovie pasal karak ni.. masa tulah fist time nasir tahu.

      nasir tak penah pun lalu laluan karak ni. tapi kalo ada kesempatan nak gak lalu..eheh.

      Padam
  6. seramnye...~_~ hope kite semue xterlibat ngan kejadian cam kat atas kan.. nie adew lak burung antu mengeluarkan bunyi nyer, poksu.. meremang bulu roma bace.. huhu...

    BalasPadam
  7. Huhuhu soramnya... Dah la i salu drve alone... Sungguhpun x drve d hgway karak.. But still soram ag bl bc kisah ni

    BalasPadam
  8. seram kot,dulu masa duk matrik pahang,rajin gak lalu lebuh raya karak tu.

    BalasPadam
  9. syukur alhamdulillah, sy blm penah lalui walau dah banyak kali dgr citer seram mcm ni....tkut drive mlm2 kalau tak berteman.

    BalasPadam
  10. alamak, dh terbca.. harap2 tak teringat apa2 lah pasal cerita2 gini.. nanti asyik terbayang je

    BalasPadam
  11. eh! apsal aku telah membaca cerita ni di malam hari...NH kau memg kannnnnn....

    nasib baik xlalu lebuh raya karak ni...hehe...memg xkan la...harap maaf ye karak...hheeee

    BalasPadam
  12. walau pernah guna jalan tu tp tak nak berdepan dgn kejadian2 mcm tu.. Moga2 Allah melindungi semua yg menggunakan lebuhraya karak.. sesungguh mereka juga makhluk Allah..

    BalasPadam
  13. krap jgak dgr citer2 cmni kt area situ...

    BalasPadam
  14. salam..
    sy pernah la lalu beberapa kali..
    dgn bas dan memandu kereta (pemandunya bukan saya la kan)
    scenery memang cantik ..petang2 kalu mendung berkabus and boleh nampak pemandangan yg sangat indah..
    Syukur dkurniakan nikmat melihat..
    and mulut memuji kebesaran Allah..
    serius memang lawa..
    tak pernah la terlibat ngn kejadian pelik..alhmdulillah..mintak di jauhkan la..
    kecuali ajal memang tersurat begitu..
    semua orang pun kalau bole mahu meninggal dalam keadaan yang baik dan jauh dr aib dan siksa..insyaAllah..

    tp ade satu hari tu..x ingat tahun ble..last year kot..or last 2 years yang ad kejadian kemalangan bas dgn apa tah tu yg meragut nyawa..nak ke genting kot bas tu..time kejadian ..mmg just setengah jam kot melalui jln tu ngn kabus n ujan renyai2..terdetik kt hati..bahaya ni..jalan mesti licin..moga di jauhkan dr bhya..

    tup3..sampai kuantan..tgk berita kemalangan bru je berlaku jam dekat2 time kami lalu situ..

    Mengucap panjang..syukur tidak terlibat..takziah buat ahli keluarga mangsa kemalangan tu...kesian sgt tgk berita waktu tu..

    apa pun..back to yang SATU itu..ALLAH swt..

    BalasPadam
  15. Aku dan husband baru kena semalam.kami dalam perjalanan dari Kuantan ke KL..dengan mulut celupar bercerita dengan husband pasal mimpi aku.ada seram sikit.tak lama kemudian kereta jadi berat.husband cakap minyak dah tekan full tapi time turun bukit kereta cuma 100km aje.pelik betul.

    Aku dah Xberani pandang belakang.ada sorang mamat muka buruk dan macam dilenyek kereta dok belakang seat driver husband.Tapi husband xnmpak.

    Tuhan je la tahu betapa takutnya.

    Dalam 5km ke tol Gombak,baru kereta ringan.dan lembaga itu pun dah xkelihatan.



    BalasPadam
  16. Sahabat saya pun pernah alami ketika memandu lori keseorangan.Ekoran kepenatan,beliau berehat sebentar di tepi highway.Baru nak terlayang,pintu lori diketuk bertalu-talu.Rupa-rupanya seorang apek tua berseluar pendek sambil menjinjing plastik.Timbul rasa kasihan lalu mempersilakan apek tua naik lorinya.Menurut apek,dia ingin balik ke rumahnya dipersimpangan Bentong.Apek itu tersenyum sambil berkata tak takutkah dengan hantu tak berkepala.Kawan saya pun mengertetawakan apek itu.lalu apek menanggalkan kepalanya.kawan saya terus berhenti tanpa sedari yg dia terkencing dalam seluar.moral kisah ini kita perlu beringat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..