Memaparkan catatan dengan label batu yang pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label batu yang pelik. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mei 2012

PELIK: Batu Misteri Terbakar Dengan Tiba-Tiba.


Batu pun boleh terbakar dengan sendirinya.. pelik bukan? begitulah yang berlaku pada seorang wanita yang berasal dari California ini bilamana pehanya melecur akibat letupan dari batu yang tersimpan di dalam seluarnya.. Nh terkejut gak bila membaca berita ini.. Tapi semuanya terjawab apabila dikatakan batu misteri ini mengandungi bahan yang.... bahan aper? eh korang bacalah sendiri artikel yang di petik dari hmetro di bawah ini yer..


CALIFORNIA: Seorang wanita mengalami lecur tahap dua dan tiga apabila batu berwarna yang dikutip oleh keluarganya dari pantai di selatan California, tiba-tiba terbakar, di dalam poket seluarnya.

Lyn Hiner berkata, “Kami sedang berbual mengenai siapa perlu menjemput pengasuh apabila tiba-tiba kaki saya terasa panas.”

Katanya lagi, “Saya ingatkan saya digigit serangga, lalu saya memukul seluar dan tiba-tiba ia saya terbakar.”

Batu berwarna hijau dan jingga itu dijumpai dan dikutip oleh anak perempuan Lyn di Pantai San Onofre di California Selatan.

Lyn, 43, meletakkan batu itu di dalam poket seluarnya apabila mereka meninggalkan pantai.
Sewaktu dia dan suaminya Rob Hiner, bersedia untuk keluar makan malam, tiba-tiba batu itu meletup dalam poket seluarnya.

Rob berkata, “Api terang. Kami tak tahu apa yang berlaku dan reaksi kami adalah memukul untuk mematikan api itu.”

Katanya, mereka tidak berjaya memadamkan api itu lalu terus menarik seluar Lyn.
Bomba tiba kerana penggera asap di rumah mereka berbunyi disebabkan api dari batu itu.
Ketua Bomba Orange County, Kapten Marc Stone berkata, “Suaminya berada di luar sambil memegang paip air cuba untuk menyejukkan kaki isterinya.”

Ahli Sains yang menyiasat letupan misteri berkata, ada tujuh ketul batu yang dikutip anak Lyn dari pantai itu dan ujian mendapatai ia mengandungi fosforus, bahan kimia berwarna jingga mudah terbakar yang digunakan untuk mancis, pada batu itu.- Agensi
Hmetro

Khamis, 10 Mei 2012

PELIK: Gambar Batu Tersenyum Di Sebuah Pergunungan





Senyumlah senyumlah Ahaaiii cek mek molek.. Ingat tak lagu yg di dendangkan oleh Dato' M Daud Kilau? Haa.. Lagu ini adalah salah satu lagu yg NH minati.. Ok bukan lagu ini yg NH nak kongsikan pada korang akan tetapi NH nak korang lihat sendiri betapa comelnya bila sebuah BATU tersenyum manis..




I sometimes get a sudden curiosity and I am wondering how many “faces” are seen in landforms or in the nature like mountains, cave and rocks. Out of many faces I found, the one below is the most memorable and enjoyable to me. Why? I’m not sure whether I am in delusion or not, but I see the “face” is smiling to me! Can you see it?

sumber: melayukini.net


NH: Batu pun boleh tersenyum, Malu lah kita sebagai manusia yg susah sangat nak memberi sebuah senyuman, ingat! senyum itu satu sedekah..

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..