Selasa, 15 Mei 2012

Tindakan SAMAN Jika Anda Sms Sambil Berjalan




Menarik tak tajuk di atas, Ha pasti korang terkejut bila baca entry ni, tapi pada yang tinggal di malaysia korang jangan duk risau.. kenapa? cer baca petikan di bawah ini..



FORT LEE (New Jersey): Pejalan kaki yang suka menggunakan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) perlu berhati-hati.


Polis di bandar ini berkata, mereka akan mula menyaman sebanyak AS$85 (RM255) terhadap pejalan kaki yang ditangkap menaip mesej pesanan ringkas pada telefon bimbit masing-masing sambil berjalan.

“Ia satu gangguan besar. Pejalan kaki tidak melihat arah yang mereka tuju dan mereka tidak sedar,” kata Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli.




Menurutnya, bandar berkenaan yang didiami hampir 35,000 penduduk, menyaksikan tiga kematian di kalangan pejalan kaki selepas mereka terbabit dalam kemalangan tahun ini.

Beliau berharap tindakan menyaman pejalan kaki yang berkelakuan membahayakan ketika berjalan akan menjadikan bandar itu lebih selamat.


Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju mengenai cadangan menyaman itu.



“Ketika berjalan, saya tetap akan melihat sekeliling. Saya tidak melihat ke bawah sepanjang masa,” kata penduduk, Sue Choe.

Seorang wanita lain mengadu mengenai jumlah saman itu yang dianggapnya terlalu tinggi.


Anggota polis menyerahkan risalah sepanjang kempen singkat Mac lalu sebelum bertindak secara agresif terhadap ‘pejalan kaki berbahaya.’ Setakat ini, 117 saman sudah dikeluarkan, menurut Rekod New Jersey.

Dua profesor di Universiti Stony Brook di New York menjalankan kajian berjalan kaki sambil menghantar atau membaca mesej pesanan ringkas pada telefon. Mereka mendapati, pengguna khidmat itu berkemungkinan 60 peratus terbabas berbanding pejalan kaki lain.


“Kami mahu meningkatkan kesedaran bahawa gangguan sebenar berlaku kerana menaip mesej pesanan ringkas pada telefon,” kata Eric Lamberg, penyelidik bersama kajian itu.


“Menaip mesej pada telefon sambil berjalan lebih banyak menjejaskan keupayaan anda berbanding berbual.” - Agensi



NH: Kalau dekat malaysia lagi teror, Sambil sms sambil memandu.. kan?

6 ulasan :

FEDO berkata...

Wow. Skang ne saya selalu jalan smbil taip2 d handphone atau seangkatannya.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya buat kt mlaysia gak huhu

NAL berkata...

kalau buat kat Malaysia, confirm la ramai kena saman termasuk NAL =)

Unknown berkata...

hahahaha..jangan la dibuat kat malaysia ni.hehehehe

Muttallif berkata...

Betul! sambil SMS sambil memandu...bahaya tu

Nurul Farhan berkata...

haha.. bgus jgk tindakan nih.. ;D

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..