Selasa, 28 Februari 2012

ARAB CITY Melaka akan dibuka

Tadi aku terbaca tentang arab city di internet, teruja gak aku.. maklumlah, tak payah le susah2 nak pergi negara arab, sebab kat malaysia pun dah ada.. haa.. kalau nak pergi menunaikan umrah dan haji tu mestilah kena pergi sana yer, kat sini tak ada yop...

Menurut sumber, Arab City Melaka ini dibangunkan di kawasan seluas 3.6 hektar di Pulau Melaka yang merangkumi 123 ruang niaga selain restoran makanan Arab, taman tema, muzium warisan Mesir dan pusat spa...



Arabian Oasis yang terletak di Pulau Melaka seluas 1.62 hektar merupakan frasa projek pertama Arab City dan akan siap sepenuhnya pada bulan mac 2012





Gambar2 ARAB CITY yg dipaparkan di atas  ini akan siap pada bulan mac dan seperti dalam gambaran tersebut.. peh cantikkan.. tu yg membuatkan aku selalu nak pergi melaka ni.. hu hu..

dibawah ini pula gambar tapak projek ARAB CITY di Pulau Melaka..




jadi pada korang yg suka travel2 ni apa kata jadikan ARAB CITY sebagai tempat untuk korang bercuti.. tapi sayang sebab belum siap lagi.. he he he...

Tiada ulasan :

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..