Rabu, 12 Disember 2012

VIDEO SERAM!! Hantu Budak Muncul Dalam Lif...

12.12.12... Memang cantik tarikh hari ni... mungkin ada sesiapa di antara korang  yang mempunyai kenangan pada tarikh ini, mungkin kenangan manis, pahit, sedih, gembira atau kenangan seram mugkin?  pasti ianya tidak akan dapat dilupakan selagi hayat dikandung badan... Walau apapun yang korang lalui, semoga korang sentiasa happy dalam meneruskan kehidupan di dunia ini... InsyaAllah hendaknya...


Video seram pada kali ni NH nak korang merasai sendiri pengalaman seram apabila di ganggu hantu... Haaa... releks jangan gelabah puyoh ok.. haha...

Cuba korang bayangkan ketika korang sedang menaiki Lif di pejabat? di Hotel? di Pasaraya? atau yang sewaktu dengannya... sedang korang dalam lif tersebut, tiba2 lampu di dalam lif berkelip2 dan terus terpadam, dan korang mula panik, korang cuba bertabah tapi perasaan takut serta panik itu terus menerus menghantui korang, seketika kemudian lampu yang terpadam tadi menyala... secara tiba2 muncul satu makhluk yang menyeramkan berada di sebelah korang... apa yang akan korang lakukan? menangis? menghentak2kan kaki? menampar-nampar pipi gebu korang sambil menjerit sekuat hati? cuba bertabah? terus menggelabah? atau lebih teruk terlintas difikiran korang nak jadi labah2 haha... mengarut.... apapun yang korang rasakan ketika itu hanya korang yang dapat merasainya sendiri...

video di bawah ini adalah sebuah rancangan pekena orang yang dibawakan dari negara Brazil.. macam juga yang NH kongsi sebelum ni.. tapi video kali ni lagi power ranger kot.. huii.. memang scary... tak percaya? korang tengok sendiri...


Seram Dakkk??? Huh memang super seram!! kasihan pulak NH tengok mangsa2 yang terkena... Lagi2 yang last tu siap pecut lagi... haiss...

12 ulasan :

Muttallif berkata...

Salam NH. Prank tu memang boleh buat orang terkencing. Menakutkan.

nasir hamzah berkata...

ye Tallif... memang teruk betul.. haiss..

boni kacak berkata...

gila betul dorang ni.. yang kena tu kebanyakannya orang tua. dibuatnya orang tu ada sakit jantung memang sia2 je.hahahaha

Tinta Lana berkata...

Salam.

Nasir..lana dah pernh tgk video ni..tak ingt kat blog sapa.

Rasa nak ketawa pun ada, hahaha. Jahat kan diorg pekena org mcm tu..yg berdua dlm lif ok lgi..yg sorg2, huhuhu

KY berkata...

KY kalau video seram memang tak berani tengok hehehe

pada KY hari2 adalah kenangan

Mia Liana berkata...

hmmmm.... tak mo tengok citer seram... huhuhu

nasir hamzah berkata...

huhu betul tu boni, prank ni sangat2 merbahaya...

nasir hamzah berkata...

Waalaikumsalam Lana, Nasir fist time tengok.. tulah Lana, bayangkanlah kalau kita berada di tempat mangsa.. entah apa jadi agaknya.. lemah satu badan.. haha...

nasir hamzah berkata...

Sesekali tu cubalah tengok Ky, Nanti lama jadi berani lah.. alahh dia berlakon je tu, bukan betul2 pun.. hehe..

nasir hamzah berkata...

Mia Liana, adehh tak seram sangatlah.. hehe

etuza berkata...

asalam nasir..tq ke laman Pakcik ..bersua kembali di Jendela maya.
Masih seram ke cerita

caliph shuriken berkata...

prank cmni klau x kena gaya mau nyesal x sudah team produksi tu, erkk...

PERHATIAN

Cerita hantu dan kisah-kisah seram di Blog Nasir Hamzah ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Penulis blog tidak menggalakkan kepercayaan kepada tahyul dan khurafat. Anggaplah kisah-kisah seram ini sekadar hiburan untuk anda semua.. Ribuan terima kasih diatas sokongan yg anda berikan. Sila berkunjung kembali..