Diam tak diam dah 5 hari NH tak Update entri.. haiii... Diam tak diam juga dah 5 hari NH tak menjengah blog kengkawan semua.. apa dahh.. urmmm...
Ok lah tanpa membuang waktu, kita teruskan saja dengan kisah yang NH rasa ianya cukup hiba dan sedih... Di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari, begitulah yang di alami pada Pasangan suami isteri ini apabila Bayi kembar didalam kandungan isterinya, telah hilang secara misteri, sedih bukan? tapi itulah hakikat yang terpaksa di terima dengan rehda.. Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang.. pasti ada hikmah yang tersembunyi.. nak tahu kisahnya, Baca Artikel di bawah ini...
Ok lah tanpa membuang waktu, kita teruskan saja dengan kisah yang NH rasa ianya cukup hiba dan sedih... Di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari, begitulah yang di alami pada Pasangan suami isteri ini apabila Bayi kembar didalam kandungan isterinya, telah hilang secara misteri, sedih bukan? tapi itulah hakikat yang terpaksa di terima dengan rehda.. Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang.. pasti ada hikmah yang tersembunyi.. nak tahu kisahnya, Baca Artikel di bawah ini...
Detik penantian 5 tahun seorang suami bagi menimang anak sulung hancur setelah anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya telah hilang secara misteri.
Kejadian yang berlaku di Pokok Sena itu tidak diduga dan kehilangan itu berlaku semasa dia bermimpi sewaktu tidur di rumah ibunya, Che Som Endut di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.
Lebih memeranjatkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungan mangsa tersebut di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang telah dipercayai hilang di malam yang sama.
“Pada malam tersebut, saya telah bermimpi didatangi 5 wanita berjubah mendekati saya dan membacakan sesuatu sebelum mereka hilang setelah azan Subuh berkumandang. Setelah terjaga, saya mendapati perut saya yang selama ini besar dan berat (berisi kandungan) , tiba-tiba telah ringan dan kempis,” ujar mangsa.
“Saya terkejut dan mula mengesyaki ada perkara buruk yang tidak kena berlaku dan lantas mengejutkan suami saya, Aziz Hussein bagi memberitahu apa yang berlaku. Apabila tiba di Klinik Kesihatan Pokok Sena bagi tujuan pemeriksaan pada lebih kurang pukul 9 pagi esoknya, bayi kembar dalam kandungan saya telah disahkan hilang. Saya berasa sangat sebak hanya mampu menangis,” jelas Norliana penuh hiba.
Mangsa yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, telah dijadualkan bersalin pada 3 November lepas. Berikutan peristiwa itu, dia mengambil keputusan bagi tinggal bersama ibunya di rumah ibunya sejak sebulan yang lepas bagi memudahkan mangsa bersalin kelak.
Norliana menjelaskan lebih lanjut, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawa beliau membuat ujian pengimbasan kandungan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul dan dia dimaklumkan mengandung kembar perempuan.
“Akan tetapi semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul bagi mengesahkan dakwaan itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang,” jelas Norliana lagi.
Norliana juga turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarganya dua hari lepas bagi mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku ini. Pengamal perubatan itu juga menyatakan bahawa bayi kembar itu benar-benar hilang dalam kandungan.
NH: Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Bersabarlah dan redhalah menerima ujian dari-NYA.. InsyaAllah akan ada kurnia ganti yang lebih baik di hari mendatang..
Credit By melayukini.net
.
9 ulasan :
Nasir maybe anak dia diambi oleh orang bunian walallahualam.. sume ni kuasa tuhan semoga ibu tu tabah... kesihan dia ...
pergh..memang menakutkan bila kejadian macma ni berlaku
nauzubillahi min zaalik,,, follow here :) http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/aku-benci-bila-kau-buat-aku-cinta-kamu.html
banyak kes bayi hilang dalam perut. Kebanyakkan bayi yg hilang dalam perut ni usia dlm 7 bulan la.. Hanya Allah je yang tahu apa yg berlaku. Doktor sendiri tak dapat bagi jawapan.
ORANG JOHOR SUKA MAIN BOMOH
TERGAMAK BAGI MAK MAKAN DAGING BABI
NAK TAU STATUS KANDUNGAN DIANA & FASHA HALAL KE LUAR NIKAH
kalau menurut org tua2 dulu memang dorang prcaya bayi tu di culik bunian tp sejauh mana kebenaran kita sendiri pun tak pasti. ada jugak yg cerita bayi tu akan dtg sepintas lalu sehingga besar jumpa mak kandung dia. tp mcm biasa la tu cerita dr mulut ke mulut..
seram pula... kesian kat ibu tu
Wuu kesian nya kat mak dia.
Perkara yang paling mia takut masa mengandungkan sofea.. Selalu ngaji minta dijauhkan perkara2 buruk...
salam, baru je sy kehilangan anak buah kembar dlm kandungan :( hurm..
Catat Ulasan